Pelakon senior tampil ajar cara pakai kain batik. Sekali rupanya setiap lipatan dan corak tu ada maksudnya yang tersendiri.

Soalan kepada kaum hawa di luar sana, korang kalau duduk dekat rumah lebih selesa pakai kain batik ke pakai seluar? Kalau korang suka pakai kain batik, korang tahu tak sebenarnya cara pemakaian kain batik ni sebenarnya ada maksudnya yang tersendiri. Tapi, zaman sekarang ni ramai orang dah tak kisah dan main ‘bedal’ je pakai asal selesa dan tak tertanggal.

Tetapi, baru-baru ini seorang pelakon ‘senior’ yang popular dengan watak keibuan drama-drama Melayu, Rosnah Johari telah berkongsikan cara memakai kain batik yang betul mengikut 4 maksud yang tertentu. Nak pakai kain batik ni bukannya main sarung je tau, tapi sebenarnya setiap cara pemakaian itu membawa maksud dan identiti tertentu kepada si pemakai. Ini cara-cara pakai kain batik yang betul melalui perkongsian daripada @sharanlagongran:

1. Corak bunga di dalam

Menurut video ini, jika corak bunga ‘disimpan’ di bahagian dalam, ia bermaksud si pemakai itu masih lagi anak dara dan belum berkahwin.

2. Corak bunga di depan

Kalau si pemakai memakai kain batik yang corak bunganya di bahagian depan, ia bermaksud si pemakai itu seorang janda. Pun begitu, difahamkan ada juga beza jika bunga itu dipakai di bahagian depan kiri atau kanan. Katanya jika di bahagian kiri, ia melambangkan seorang wanita yang kehilangan suami (cerai m4.ti). Manakala jika dipakai di bahagian kanan pula, dia seorang janda yang dipisah hidup.

3. Corak bunga di belakang

Kalau korang jumpa perempuan pakai kain batik corak bunganya di belakang, jangan berani nak try ya sebab ia melambangkan wanita itu dah berkahwin! Ini kalau try habislah bersilat korang nak jawab dengan suami dia! So, korang yang selama ni pakai kain batik main bedal asal tak lucut tu dah boleh lah praktikkan pakai dengan betul mengikut status korang. Yang anak dara tu manatau ada kumbang yang perasan…hihihi Sumber: TikTok & Blog

Kulit Muka Nampak Flawless Menggunakan Kiub Ais. Lihat Perkongsian Tips Sihat Guna Kiub Ais.

Girls yang ada masalah kulit muka mesti selalu stress kan nak maintain jaga. Kadang-kadang bukan dalam kalangan girls je, masalah acne semua tu boys pun ada juga. So, ada tips yang dikongsi menerusi Tweet dari ShuhadahAzman dengan menggunakan ais je. 5 benefits of ice cubes for skin. 1)It increases the absorption of other products 2) Calms inflammation 3) Eliminates dark circles 4)instant glow for skin 5)Flawless makeup. Adah nak share sekali ice cube recipe that good for your skin.

Kelebihan kiub ais untuk kulit muka

Melalui tweet dari hakak silau ini, terdapat lima kelebihan menggunakan kiub ais untuk kulit muka kita. Ia dapat meningkatkan penyerapan produk lain, mengurangkan keradangan, menghapus dark circles, kulit cepat glowing dan menjadikan makeup nampak flawless.

‘Resepi’ dari kiub ais yang bagus untuk kulit muka

Melalui thread Twitter ini juga telah dikongsikan tiga ‘resepi’ yang boleh dicuba untuk merawat kulit muka menggunakan kiub ais.

“Green tea puffy eye cubes”

Green Tea atau teh hijau sangat bagus untuk bahagian mata untuk tampak lebih segar. Gunakan strong green tea, tuangkan ke dalam bekas kiub ais dan bekukan. Gabungan caffeine dan ais dapat mengurangkan bengkak dan cecair berlebihan di sekeliling bahagian mata.

“Ice water”

Tips paling mudah dan semua orang boleh buat, cuci je muka guna air biasa dalam bekas ais! Menurut laman Healthline, rawatan kulit muka menggunakan ais dapat mengurangkan keradangan dan mengecilkan liang pori pada kulit muka supaya nampak tidak berminyak.

“Cucumber ice cubes”

Pasti kebanyakan sudah tahu bahawa timun sering digunakan dalam bahan untuk skincare kerana ia secara semula jadi dapat menyejukkan dan menenangkan iritasi kulit muka selain membersihkan dan melembabkan kulit supaya nampak lebih berseri-seri. Blend je timun tu dengan air sikit dan bekukan dalam bekas kiub ais. Lepastu, boleh lah tuamkan ke muka.

Apapun tips dan resepi yang dikongsikan, penting untuk kita tahu jenis kulit muka dan bahan yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk kulit kita. Hal ini disebabkan oleh jenis kulit muka setiap orang adalah berbeza. Hakak silau ini juga ingatkan, kalau uols ada kulit muka yang sensitif dengan bahan-bahan dia share tu, just try guna ice water je. Selamat mencuba.

Rupanya Kulit Pisang Mampu Cantikkan Kulit. Ini Antara Rahsianya Yang Patut Kita Ketahui

Tahukah anda, selain mengandungi kandungan vitamin yang diperlukan untuk tubuh, buah ini mempunyai zat yang sangat tinggi dan kandungan gizi yang baik jika dibandingkan dengan epal atau buah-buahan yang lain. Ia juga diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalium, zat besi, kalsium dan fosforus. Tambahan lagi, pisang mengandungi vitamin C, B kompleks, B6 dan serotonin yang bertindak aktif sebagai neurotransmitter untuk melancarkan fungsi otak.

Apa yang menarik ialah menggunakan pisang dalam rutin kecantikan anda bukan saja dapat memberi keberkesanan yang ketara. Hakikatnya ia tidak mahal dan rejimnya mudah dilakukan di dalam keselesaan rumah anda. Ini dia 8 manfaat kulit pisang untuk kulit dan tubuh anda:

1. JERAWAT DEGIL

Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisinya dapat menenangkan kulit yang meradang selain mengurangkan jerawat yang tidak menentu. Tidak sukar untuk merawat kulit menggunakan kulit pisang. Caranya dengan menggosok kulit pisang pada kulit wajah. Lakukan perlahan-lahan dengan cara yang lembut. Selepas digosok rata, biarkan selama 10-15 minit sebelum bilas dengan air. Untuk lebih berkesan, lakukan cara ini dua kali sehari dan lihat perubahannya.

2. HILANGKAN KEDUTAN

Seperti merawat jerawat degil, untuk pudarkan kedutan pada wajah, anda perlu gosok kulit pisang pada kulit dan biarkan semalaman. Jika tidak selesa dan rasa lekit, anda boleh biarkannya anggaran 30–45 minit. Kemudian cuci bersih dan ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2–3 kali seminggu untuk dapatkan kesan optimum.

3. KULIT CERAH & HALUS

Tampil cantik berkulit lembut dan sihat menjadi dambaan setiap individu, terutama wanita. Kandungan zat dalam pisang seperti vitamin B6, B, C, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi terbukti dapat meningkatkan lagi kecantikan kulit wajah anda. Gunakan pisang sebagai bahan utama untuk membuat masker. Tak perlu belanja tinggi, dengan melakukan rutin ini dengan kerap, kulit anda akan tampil cerah, bersih dan putih. Bukan saja dapat mencerahkan kulit, tapi ia juga dapat membantu melembutkan kulit kasar dan kering.

Tidak sukar untuk membuat masker pisang, anda hanya perlu lenyek pisang sehingga halus dan campurkan satu sudu kecil madu, gaul rata. Selepas itu sapukan pada muka. Jika anda lakukan rutin ini secara kerap setiap minggu, hasilnya kulit akan lebih halus dan lembut!

4. TANGGALKAN SEL KULIT MATI

Kulit kotor dan berminyak antaranya berpunca dari sel-sel kulit mati yang terjerat pada pori. Atasinya dengan buah pisang yang dapat membantu menghilangkan kulit mati. Ambil pisang dan hancurkan sehingga lumat dan halus. Kemudian oleskan pada wajah dan biarkan seketika hingga ia kering. Lepas itu, bilas bersih dengan air.

5. MEMUTIHKAN GIGI

Dengan menggunakan kulit pisang bahagian dalam, gosok pada gigi dengan gerakan memutar. Hasilnya senyuman akan tampil lebih menawan dengan gigi yang putih. Manfaat kulit pisang untuk memutihkan gigi dapat dilihat apabila anda mempraktikan rutin ini secara kerap untuk dua minggu atau lebih. Mudah dan hasilnya pasti memuaskan!

6. KULIT GATAL & RUAM

Ambil kulit pisang dan gosokkan pada bahagian kulit yang gatal atau merah. Hasilnya, kulit akan kembali halus dan mampu mengurang dan menghilangkan rasa gatal.

7. REDAKAN SAKIT KEPALA

Percaya atau tidak, kulit pisang boleh merawat sakit kepala. Bagaimana caranya? Mudah saja. Kisar kulit pisang dan kemudian tempelkan pada dahi atau kepala anda dengan kain. Biarkan antara 20–30 minit, atau sehingga sakit kepala anda reda dan hilang.

8. UBATI LUKA

Jika terdapat kecederaan luka pada kulit, ambil kulit pisang pada bahagian dalam dan gosokkan berulang kali. Pastikan anda menggunakan kulit pisang yang masih segar. Semua petua kecantikan dan rawatan ini jelas mudah untuk dilakukan. Yang paling penting, ia juga murah. Selamat mencuba!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.