Sering alami bad mood. Mungkin makanan penyebabnya. Ini 5 makanan yang boleh membuatkan anda bad mood.

Makanan bukan sahaja boleh buat seseorang gembira tetapi bad mood. Ada masa-masanya mood kita pasti akan tiba-tiba berubah daripada seorang yang ceria kepada mudah sensitif dan cepat marah tanpa sebarang sebab tertentu. Tapi pernahkah anda terfikir perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan? Ya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan seseorang mudah bad mood. Makanan atau minuman kegemaran sebenarnya tidak hanya membuat seseorang gembira. Pakar psikiatri, Dr Taylor Edwards memberitahu pola pemakanan dan mood manusia saling berkaitan selain ia bergantung kepada cara dan tabiat seseorang. Berikut adalah lima jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu mood seseorang:

1. Minuman dengan pemanis tambahan


Kurangkan atau elakkan minum minuman dengan pemanis tambahan seperti soda, jus kotak, minuman bertenaga dan air berkarbonat. Pemanis tambahan di dalam minuman berkenaan boleh membuatkan glukosa dalam darah seseorang melonjak dan turun dengan drastik yang membuatkan seseorang berasa cepat lesu dan mudah marah.

2. Kacang masin

Kekacang memang disarankan dalam diet seharian namun sebaik-baiknya hindari kacang masin. Ini kerana ia mengandungi natrium dalam jumlah yang tinggi dan perasa sehingga boleh membuatkan seseorang mudah tertekan, lesu dan sakit kepala.

3. Kek dan manisan

Biskut, kek, mufin dan sebagainya memang sedap dan mengiurkan. Akan tetapi, kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi boleh membuatkan seseorang berasa lebih cepat lesu, tertekan dan menggangu emosi seseorang.

4. Marjerin

Marjerin mengandungi lemak tepu yang tinggi dan sangat berbeza berbanding lemak yang terdapat dalam produk seperti minyak zaitun, mentega dan sebagainya. Pengambilan marjerin dengan kerap boleh mengakibatkan ketidakseimbangan gula dalam darah yang membolehkan memicu mood swing dan kenaikan berat badan secara mendadak.

5. Kopi

Kopi sering disebut sebagai pedang dua mata kerana jika pengambilannya secara sederhana, ia mampu memberi kesan baik kepada kesihatan dan sebaliknya. Kafein yang diambil secara berlebihan boleh mempengaruhi mood kerana ia akan menghasilkan kortisol iaitu hormon tekanan. Benar apabila minum kopi seseorang berasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk tetapi apabila kesannya mula berkurangan, seseorang lebih mudah berasa lesu, tidak bertenaga sama ada secara fizikal dan mental. Apabila itu berlaku, ia turut memicu gangguan lain seperti mood swing, tekanan dan sebagainya.

Nak Coklat Tahan Lebih Lama Dan Tak Menjejaskan Rasa. Ketahui 4 Cara Simpan Coklat Dengan Betul.

Coklat perlu disimpan dengan betul supaya dapat dinikmati tanpa sebarang perubahan rasa. Snek serta coklat antara makanan yang sering kita lihat dihidangkan di majlis-majlis atau sambutan tertentu. Tetapi anda pasti tidak akan menghabiskan coklat sekali gus dalam sehari, memandangkan makanan itu mengandungi kandungan gula tinggi. Sekiranya coklat masih ada baki atau stok banyak, anda harus menyimpannya dengan betul supaya ia boleh dinikmati untuk beberapa hari kemudian. Kualiti coklat perlu dijaga agar tidak berlaku perubahan rasa dan warna. Berikut cara penjagaan coklat.

1. Simpan pada suhu 16-21 darjah celcius

Sebaik-baiknya, coklat hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, kering, gelap atau di tempat yang mempunyai pendedahan minimum kepada cahaya. Menurut The Spruce Eats, coklat harus disimpan pada suhu konsisten 60-70 darjah Fahrenheit (16-21 darjah Celsius). Selain itu, disarankan kawasan penyimpanan mempunyai tahap kelembapan hanya 50 peratus bagi mengelakkan risiko pengeluapan kerana air boleh menyebabkan coklat reput.

2. Simpan di peti sejuk dalam keadaan tertentu

Harus diakui, tidak semua isi rumah mempunyai penghawa dingin, malah menyimpan coklat di rak makanan dapur jelas menjadikan coklat cair dengan cepat. Seperti yang dilaporkan oleh Serious Eats, coklat hendaklah diletakkan dalam bekas bertutup rapat sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Kerana suhu peti sejuk adalah kawasan yang sangat lembab yang merosakkan makanan, lebih-lebih lagi apabila menyimpan coklat tanpa ditutup.

3. Letakkan dalam bekas tertutup

Walaupun disimpan di luar peti sejuk, anda perlu meletakkan coklat dalam bekas tertutup, terutamanya jika coklat sudah terbuka. Secara teorinya, coklat mudah menyerap bau atau bau objek di sekelilingnya, seperti bawang putih atau rempah ratus. Kebiasaannya, oksigen atau udara adalah musuh pelbagai makanan dan boleh meresap atau menarik bau yang tidak diingini.

4. Beri perhatian kepada masa penyimpanan

Coklat mempunyai banyak jenis justeru masa penyimpanannya juga berbeza. Ini kerana, setiap makanan yang diproses dalam bungkusan memiliki tarikh luput yang telah disediakan, dan pengguna disarankan untuk memeriksa tarikh akhir makanan yang dikonsumsi. Tetapi secara amnya, coklat susu (milk chocolate) boleh bertahan sehingga setahun, manakala coklat gelap (dark chocolate) sehingga 2 tahun.