Tahukah anda menahan bersin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan seseorang. Bersin merupakan salah satu perkara semula jadi yang biasa berlaku pada manusia sebagai cara tubuh untuk mengeluarkan bakteria, debu dan kotoran lain daripada hidung dan tekak. Ketika seseorang itu bersin, semburan yang keluar biasanya sangat kuat malah mengeluarkan bunyi yang kuat dan biasanya akan berlaku beberapa kali. Bagaimanapun ketika hendak bersin terutamanya di tempat awam, ramai yang cuba menahan kerana bimbang akan menyebabkan orang di sekeliling tidak selesa. Apatah lagi ketika pandemik, ramai lebih berhati-hati untuk bersin kerana bimbang cecair yang keluar ketika bersin akan menyebabkan jangkitan kepada orang lain. Menurut kajian dilakukan American Journal of Rhinology & Allergy, menahan bersin memberi tekanan sebanyak 20 kali lebih besar berbanding melepaskannya. Perkara ini boleh memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan seseorang termasuklah;
Antara salah satunya ialah sakit dada. Menahan bersin boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada kerana ia menekan bahagian diafragma dan otot di dada yang membantu seseorang bernafas. Tidak hanya itu, ketika seseorang menahan bersin, ia juga akan memberi tekanan kepada tulang rusuk. Akan menyebabkan gegendang telinga rosak, meskipun jarang berlaku, tetapi tabiat itu boleh memberi kesan kepada gegendang telinga memandangkan hidung dan telinga terhubung melalui saluran eustaschius. Ketika menahan bersin, ada kemungkinan terjadi peningkatan tekanan di hidung yang kemudian mengalir ke telinga melalui saluran tersebut yang boleh menyebabkan trauma kepada telinga anda.
Jangkitan telinga juga boleh berlaku, ketika seseorang mengalami demam, bersin boleh menyebabkan virus atau bakteria yang ditahan keluar akan mengalir ke bahagian telinga melalui saluran eustachius dan menyebabkan jangkitan telinga. Bersin boleh mengeluarkan banyak tekanan dan ketika berusaha menahan bersin, perkara ini boleh menyebabkan masalah pembuluh darah pada bahagian mata, hidung dan gegendang telinga. Pada 2015, sebuah laporan menunjukkan tabiat menahan bersin boleh menyebabkan keretakan tulang di bahagian tekak namun keadaan ini jarang sekali terjadi. Atas sebab itu, jangan sesekali cuba menahan bersin dan lepaskan agar tidak memberi kesan kepada kesihatan. Sumber, mstar.
Ini Fakta Tentang Bersin Yang Perlu Anda Tahu. Menakutkan sebenarnya bersin ini. Apatah lagi bila kita makan di luar dan kita boleh nampak tukang masak atau pembancuh air bersin. Kalau saya nampak, memang saya akan angkat kaki. Tetapi tahukah anda mengapa sangat-sangat disarankan jika kita bersin, kita perlu menutup mulut dan tidak hanya bersin secara terbuka? Berikut adalah beberapa fakta yang kami kongsikan berkenaan bersin yang mungkin akan membuatkan anda mengubah tabiat bersin anda. Bersin mampu bergerak sejauh 8 meter, menurut satu kajian “Violent expiratory events: on coughing and sneezing” yang dilakukan oleh penyelidik MIT, dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi, jarak paling jauh sebiji partikel air bersin mampu mencapai jarak 8 meter yang bersamaan dengan lebih kurang 4 biji kereta atau panjang satu kontena lori.
Pesakit yang mengalami sinusitis jarang bersin kerana proses bersin itu jarang diaktifkan oleh badan mereka. Bersin sebenarnya banyak memberi kesan positif pada hidup seseorang, kata Noam A.Cohen, penyelidik dari University of Pnnsyvania. Apabila bersin berfungsi dengan sempurna, badan kita akan mengaktifkan saraf untuk bersin supaya partikel kuman ‘jahat’ yang kita sedut ketika bernafas diperangkap, kemudian dikeluarkan semula ketika bersin. Setiap kali anda bersin, sebanyak hampir 100 ribu kuman dikeluarkan ke udara dan kuman-kuman ini, ada yang akan terapung dan melayang ke siling. Penemuan penyelidik MIT pada tahun 2014 mampu memberikan perspektif baru pada rekaan ruang udara yang dipasang di bangunan-bangunan kerana jika tidak ada tindakan diambil, siling boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.
Ketika kita tidur, saraf yang mengawal refleks bersin juga tidur. Kondisi ketika kita tidur yang dinamakan rapid eye movement atonia atau REM atonia yang kita lakukan tanpa sedar ketika tidur, membuatkan neuron motor bersin ditutup sementara. Yang pasti, kita akan terjaga dulu sebelum bersin setiap kali kita tidur. Walau apa pun anda lakukan, anda akan memejamkan mata ketika bersin. Jika anda bersin pada ketika memandu, pastikan tangan anda memegang stereng dengan betul. Ini adalah satu tindakan refleks luar kawal yang pasti berlaku kerana otak kita akan mengarahkan mata kita dipejamkan ketika bersin. Menurut kajian Saint Louis University School of Medicine, jika mahu bersin, jangan tahan kerana ada kemungkinan anda akan mengalami kecederaan apabila menahan bersin yang sudah separuh jalan keluar. Tetapi peluangnya untuk berlaku amatlah rendah. Antara kecederaan yang boleh berlaku adalah pecah salur darah di mata, kecederaan pada gegendang telinga dan kecederaan pada salur darah di kepala.
Tahukah anda, cara terbaik untuk menghilangkan rasa hendak bersin adalah dengan menyapu hidung, bernafas dengan kuat atau menekan bahagian di antara bibir atas dan hidung dengan jari. Ini amat berguna kalau anda sedang bermain sorok-sorok untuk mengelakkan anda ditangkap. Pastikan ini jadi amalan anda selepas ini. Dengan menggunakan tisu atau sapu tangan, tutup mulut anda setiap kali anda bersin. Ini untuk mengelakkan kuman-kuman yang terdapat di dalam bersin anda terbang ke udara. Jika anda terpaksa menggunakan tangan untuk menutup bersin, pastikan anda membasuh tangan anda dengan sabun selepas itu. Ini adalah mitos yang masih disebar sehingga kini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah saluran darah di jantung kita akan berubah menjadi sempit. Ketika kita hendak bersin, kita sebenarnya menarik nafas yang panjang yang menyebabkan tekanan pada dada meningkat, yang akan menurunkan kadar peredaran darah. Situasi ini hanya berlaku pada satu kali degupan jantung sahaja dan tidaklah sehingga jantung kita benar-benar terhenti, seperti yang ramai percayai. Tekanan darah kita menurun, tidaklah sampai berhenti jantung kita. Sumber, iluminasi