Individu yang kerap bersenam perlu tahu ni, rupanya oat salah satu makanan yang paling cepat recover selepas melakukan senaman

Era kini ramai yang kurang ambil perhatian tentang makanan, lebihkan bersenam tapi makan tak jaga. Tapi bersenam juga perlu untuk meningkat kesihatan diri. Korang dah bersenam ke belum hari ni? Bersenam kan bagus untuk kesihatan. Tak kisah la korang nak guna alatan senaman atau pergi gym sekalipun. Buat senaman mudah pun boleh. Asalkan dapat mengeluarkan peluh. Lepas bersenam, korang mesti penat dan hilang tenaga kan? Ada yang suka makan berat-berat lepas bersenam. Nak recover tenaga katanya. Sebenarnya lebih elok kalau korang makan makanan yang membantu korang pulih dengan lebih cepat selepas bersenam. Nak tahu apa dia baca ni.

Tahukah anda banyak kebaikan makan oat selepas bersenam ia pulih tenaga lebih cepat. Korang dah lama amalkan makan oat ni ke. Bagusnya korang ni! Oat merupakan contoh makanan bijirin penuh dan mengandungi tinggi fiber. Biskut oatmeal boleh bekalkan nutrien penting. Banyak manfaatnya berbanding biskut lain tau. Korang nak cari biskut oatmeal yang bagus dan berkualiti, kami rekomen korang yang ni. Biskut Oatmeal keluaran Myziff Bakers, sangat recommended. Nak tahu snek apa yang sesuai untuk korang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif sepanjang masa, semestinya biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers. Ramai juga yang recommended biskut oatmeal ni. Oleh sebab tu la kami nak kongsikan pada korang. Apa yang menariknya tentang biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers. Resipi biskut oatmeal yang sihat ini mengandungi 50% oat dan tak mengandungi telur di dalam ramuan. Paling penting, biskut oatmeal ni tiada bahan pengawet atau pewarna tiruan tau. Selamat dimakan dan bagus untuk kesihatan. Kami boleh jamin yang biskut oatmeal keluaran Myziff Bakers ialah 100% semula jadi dan halal. Biskut oatmeal macam ni la yang boleh berikan korang tenaga dan nutrien yang diperlukan setiap hari. Memang pilihan tepat la.

Tahukah anda apa yang bagusnya tentang oat ni kalau korang makan selepas bersenam. Ini kebaikannya, oatmeal kaya dengan nutrien, oat mempunyai nilai pemakanan yang hebat, sumber serat dan karbohidrat yang penting. Ramai yang suka makan oat sebab ia mengandungi sejumlah besar protein dan lemak berbanding bijirin lain. Oat juga kaya dengan vitamin dan mineral penting dalam amalan gaya hidup sihat. Oat dapat dihadam dengan lebih baik, macam kami cakap tadi, oat merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat. Karbohidrat ni penting untuk badan kita tau. Ini la sumber tenaga yang diperlukan oleh otot ketika melakukan senaman. Rupanya oat dihadam pada kadar yang perlahan. Kalau korang makan oat sebelum bersenam, korang akan bertenaga dengan lebih lama. Tak percaya cuba la nanti.Oat turut mempunyai gentian beta-glucan yang membantu pelepasan tenaga yang perlahan (slow energy release).

Seterusnya, oat dapat menjamin membekalkan tenaga sepanjang tempoh bersenam. Paling menarik, oat juga membantu mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan oat sebelum bersenam telah terbukti meningkatkan prestasi senaman. Oat juga mempunyai sejumlah besar zat besi yang membantu membawa oksigen ke otot sepanjang senaman. Oat bagus untuk mengawal berat badan. Bila bercerita pasal berat badan, mesti rasa malu. Itu perkara biasa. Tapi berat badan ni kalau tak dikawal, boleh risiko kepada obesiti pulak. Oleh sebab tu la ramai yang makan oat untuk jaga diet mereka. Nak turunkan atau kekalkan berat badan, kena la makan oat okay. Oat membantu mengawal pencernaan dan penyerapan nutrien. Korang akan rasa kenyang kalau makan oat, nak ambil snek pun kurang. Bagusnya.

Selain itu, Oat mengandungi protein yang tinggi berbanding dengan bijirin lain. Korang salah seorang yang mengamalkan rejim kecergasan (fitness regime) atau bersenam dengan mengangkat berat ke? Baik amalkan makan oat ni sebab ia mempunyai protein yang tinggi. Bayangkan 40 gram oat akan bagi korang sekitar 7 gram protein. Banyak faedahnya. Ada yang kata kualiti protein dalam oat tak sama seperti protein dalam daging atau ayam. Memang betul pun. Tapi menambahkan oat pada diet korang merupakan salah satu cara untuk meningkatkan pengambilan protein dengan mudah tau. Oleh sebab tu la, kami rekomen biskut oatmeal ni. Dengan biskut keluaran Myziff Bakers, korang tak perlu susah payah sediakan oatmeal. Nama pun biskut oatmeal, boleh terus makan je. Sumber, oh bulan.

Ketahui Cara Berkesan Menahan Lapar Semasa Diet. Fakta Terakhir Paling Menarik. Kajian membuktikan makan berhati-hati mampu menurunkan berat badan kerana otak memainkan peranan dalam merancang tindak balas kepada perlakuan seseorang terhadap sesuatu. Berdiet untuk menurunkan berat badan boleh terasa sangat menyeksakanterutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan. Anda pernah berada disituasi dimana sandwich dan milkshake menjadi menu ruji harian, namun faktor diet anda perlu melawan rasa lapar demi menurunkan berat badan. Jangan bimbang, beberapa kajian membuktikan kaedah dibawah membantu menahan rasa lapar bagi menyokong menurunkan berat badan, termasuk;

Sarapan membantu anda menurunkan lebih banyak berat badan. Ini mungkin bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini. Seperti yang dilaporkan oleh Trifecta Nutrition, beberapa kajian telah mengaitkan sarapan pagi dapat mengawal kalori harian dengan lebih baik, terutamanya jika sarapan mempunyai protein yang tinggi. Bagi anda yang sudah biasa bersarapan, cuba masukkan sebahagian protein dalam menu. Protein akan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama, tahap hormon kelaparan yang lebih rendah berpotensi membuat anda kurang makan pada hidangan seterusnya. Menurut Healthline, jumlah pengambilan protein adalah sekurang-kurangnya 20-30 peratus daripada jumlah pengambilan kalori atau 0.45-0.55 gram setiap paun berat badan (1-1.2 gram setiap kg berat badan).

Pengambilan serat yang tinggi akan melambatkan proses penghadaman dan menjejaskan pelepasan hormon kenyang yang meningkatkan kepuasan. Bukan itu sahaja, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang membantu menghasilkan asid lemak rantai pendek dalam usus yang dipercayai dapat memanjangkan rasa kenyang. Selain pengambilan gula yang betul, anda perlu mengelak pengambilan yang tidak perlu seperti yang menghasilkan ‘kalori kosong’. Makanan dengan ‘kalori kosong’ hanya menambah kalori tanpa memberi sebarang nutrisi. Seterusnya, kurangkan pengambilan gula tambahan (stevia) – gula mungkin memberi tenaga yang segera, tetapi ia akan menurunkan tahap tenaga badan serta-merta yang biasanya terdapat dalam roti putih, gula-gula, kek, dan biskut. Sebelum makan, anda perlu minum segelas air. Segelas air akan membuatkan anda lebih kenyang, dan kurang rasa lapar selepas makan. Menurut Medical News Today, kajian ke atas 50 wanita yang berlebihan berat badan mendapati, apabila mereka diminta minum 1.5 liter air sehari selama lapan minggu ia telah menyebabkan selera makan dan berat badan berkurangan.

Selain minum air, anda juga boleh cuba bersenam sebelum makan. Kajian semula terhadap 20 penyelidikan berbeza mendapati hormon kelaparan boleh ditindas dengan berkesan selepas bersenam, terutamanya senaman intensiti tinggi. Amalkan kesedaran dengan cara yang mudah termasuk makan secara berhemah. Otak memainkan peranan penting dari segi selera makan. Jika anda makan dengan fokus, berhati-hati, tanpa gangguan, anda tidak akan berasa cepat lapar dan tidak akan makan berlebihan dalam hidangan seterusnya. Bagaimana untuk makan dengan penuh perhatian? Anda perlu menjauhkan diri daripada gangguan seperti telefon bimbit, televisyen dan fokus pada rupa, tekstur, bau dan rasa makanan semasa anda makan.