Bahaya juga kalau sering tidur dalam keadaan TV terpasang ni, banyak risiko yang menanti anda tidak tahu

Tahukah anda bahaya menanti anda sekiranya tidur di hadapan televisyen yang terpasang. Ada antara kita sering mengalami kesukaran untuk tidur ketika suasana di rumah atau bilik dalam keadaan sunyi. Bagi membantu seseorang hilang rasa cemas dan takut, membiarkan televisyen terpasang antara yang sering dilakukan bagi mempercepatkan mata terlelap. Tidur dengan televisyen terpasang umumnya adalah perkara biasa. Tetapi adakah perbuatan itu selamat termasuk dari segi kesihatan. Pakar menyatakan, perbuatan itu bukan idea yang baik kerana seseorang akan terpapar kepada cahaya biru dari televisyen yang meningkatkan risiko diabetes, obesiti dan sebagainya. Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku disebabkan tabiat itu.

Menurunkan penghasilan melatonin. Melatonin merupakan hormon yang membantu seseorang tidur. Hormon ini yang memberi signal kepada tubuh untuk berehat dan tidur. Televisyen dapat mengurangkan penghasilan melatonin dan mengganggu otak untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersedia untuk tidur ataupun sebaliknya. Ia senang merangsang otak. Penyelidik mengatakan menonton atau mendengar suara dari televisyen membuatkan banyak stimulasi berlaku kepada otak. Ketika televisyen dipasang, otak akan tetap menerima rangsangan yang membuatkan ia tetap aktif.

Risiko obesiti sangat tinggi. Sebuah kajian pada 2019 mendapati tidur dengan cahaya buatan seperti yang berasal dari televisyen dikaitkan dengan peningkatan berat badan. Kajian ini mendapati bahawa risiko ini disebabkan penurunan kuantiti dan kualiti tidur seseorang sehingga memberi kesan kepada berat badan mereka. Banyak masalah kesihatan lain juga. Selain obesiti, tabiat itu juga boleh meningkatkan risiko kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Sumber, mstar.

Selalu Alami Letih Selepas Bangun Tidur. Cahaya Skrin Telefon Salah Satu Punca. Ini 7 Punca Anda Letih Sebaik Bangun Tidur. Tidur merupakan keperluan harian seseorang untuk menjadikan badan kembali segar. Namun, sesetengah orang mungkin mengalami rasa letih walaupun baru bangun tidur. Minum beralkohol antara salah satu sebab seseorang berasa letih ketika bangun tidur. Pun begitu, punca bangun tidur sentiasa berasa letih boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti, masalah kesihatan yang atau pengaruh tabiat harian. Menurut Medical News Today, rasa letih selepas bangun tidur tidak selalu menunjukkan penyakit yang serius. Namun, jika keletihan itu berlarutan dan menunjukkan tanda-tanda lain, pesakit disarankan berjumpa doktor untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, beberapa punca biasa yang mungkin menjadi faktor utama timbulnya rasa letih selepas bangun tidur ialah tabiat harian seseorang yang disalahgunakan, termasuklah;

Gangguan tidur (sleep disorder) seperti insomnia, sleep apnea, sindrom kaki gelisah dan bruxism (gigi mengetap semasa tidur) boleh menyebabkan keletihan selepas bangun. Sakit yang mengalami gangguan tidur biasanya akan kerap bangun sehingga kualiti tidurnya menurun dan tidak nyenyak. Selain daripada keletihan, gangguan tidur boleh menjejaskan perkara lain seperti sistem imuniti badan yang menurun, kesukaran menumpukan perhatian, sakit kepala, dan emosi yang tidak stabil atau sensitif. Punca bangun tidur sentiasa berasa letih juga boleh disebabkan oleh pengaruh alkohol dan kafein yang diambil secara berlebihan.Walaupun alkohol boleh menyebabkan seseorang mabuk dan cepat tertidur, bahan tersebut sebenarnya boleh memberikan tindak balas sebaliknya iaitu memburukkan kualiti tidur. Begitu juga dengan kafein, selain menyebabkan badan berasa letih, impak lain akan menyebabkan anda cenderung untuk membuang air kecil.

Dilaporkan oleh Healthline, keletihan yang disertai dengan pening, sakit kepala, boleh disebabkan oleh inersia tidur yang dianggap normal sebagai peringkat peralihan proses bangun tidur. Inersia tidur iaitu sifat semula jadi suatu keadaan yang cenderung menentang sebarang perubahan yang dilakukan seseorang biasanya beransur-ansur bertambah baik kira-kira 15 hingga 60 minit selepas bangun tidur. Faktor lain yang menyebabkan inersia tidur termasuklah bangun secara tiba-tiba semasa tidur nyenyak hingga menyebabkan seseorang itu tidak cukup tidur. Menurut ahli National Sleep Foundation, untuk mendapatkan corak tidur yang berkualiti, seseorang itu memerlukan rawatan atau rutin khas yang diperlukan untuk membiasakannya. Contohnya, mengehadkan tidur siang kepada kurang daripada satu jam, mewujudkan keadaan bilik yang selesa dan bersih, mengelakkan daripada terdedah cahaya skrin telefon bimbit kira-kira dua jam sebelum tidur.

Sebaliknya, jika anda melakukan perkara yang tidak baik sebelum tidur, seperti makan berlebihan, tidur siang lebih daripada dua jam, kesannya boleh menyebabkan kualiti tidur anda kurang baik dan badan akan mudah letih. Cahaya biru (blue light) atau pencahayaan buatan selalunya datang daripada televisyen, skrin telefon bimbit, komputer riba atau lampu. Pendedahan kepada cahaya biru mampu menyekat rembesan melatonin, iaitu hormon yang mengawal mood tidur anda. Akibatnya, badan menjadi sukar untuk tidur. Walaupun anda mungkin boleh tertidur kemudian, namun apabila bangun sahaja badan anda akan merasakan kesan keletihan, menjadikan anda kurang cergas. Kemurungan dan kebimbangan melampau (anxiety disorder) adalah sumber keletihan kronik yang kebiasaannya penghidapnya berumur 15 hingga 30 tahun.

Peningkatan tahap kemurungan dan kebimbangan berkemungkinan besar akan menyukarkan anda untuk tidur. Manakala, kesan lain menyebabkan keletihan yang berlebihan walaupun selepas tidur, kepada perasaan sedih yang berlarutan. Pendedahan sinar matahari khususnya di waktu pagi, mempunyai manfaat penting terhadap fungsi otak dan tubuh. Sekiranya badan anda kekurangan cahaya matahari, keadaan ini boleh menjadi salah satu punca bangun tidur sentiasa berasa letih. Kerana jumlah hormon melatonin dalam badan secara automatik meningkat, yang diketahui hormon tersebut sepatutnya berfungsi untuk memberikan isyarat kepada badan ketika sudah waktunya untuk tidur. Sumber: mstar. Anda Ada Masalah Susah Nak Lelap. Boleh Cuba Teknik Ni Untuk Lelapkan Mata Dalam Masa 2 Minit. Korang ada masalah nak tidur? Puas pusing kiri kanan dekat sejam lebih tapi tak tidur-tidur juga? Bila tidur tak cukup, mula lah bad mood esok harinya. Haa.. untuk korang yang ada masalah susah nak lelap tu, min nak share teknik untuk tidur dalam masa 2 minit. Korang boleh tengok video @justin_agustin kat bawah ni.

Sebenarnya dalam tentera ada teknik macam ni, min pun baru tahu. Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut, min ada senaraikan beberapa langkah untuk korang ikut. Tenangkan badan dan shutdown setiap anggota badan dari kepala hingga ke kaki dan fokus kepada pernafasan. Pastikan bahu tidak tegang dan longgar tangan di sisi badan. Bayangkan ada rasa suam yang mengalir dari kepala hingga ke hujung jari. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan. Ketika melakukan langkah ini, kosongkan fikiran dari sebarang bentuk stress. Bayangkan korang sedang baring dalam sebuah perahu di atas tasik yang tenang atau baring dalam hammock dalam bilik yang gelap gelita. Kalau rasa distracted, ulang ayat ni “Jangan fikir”. Min rasa nak cuba lah malam nanti.

Pasti Ramai Yang Alami Susah Tidur Walaupun Seharian Kepenatan. Sekali Ada Yang Dedahkan Orang Tidur Awal Dikatakan Lebih Bahagia. Ramai di antara kita mengalami susah tidur kerana kepenatan di siang hari. Ada segelintir orang senang tidur apabila badan terlalu letih, namun ada juga yang mengalami susah tidur kerana mengalami sakit badan kerana terlalu letih bekerja di siang hari. Kita disarankan untuk tidur selama 8 jam sehari, paling kurang pun jika tidak selama 8 jam, 7 jam sudah memadai. Tahukah anda ada satu kajian mengatakan bahawa orang yang tidur awal berpotensi untuk jadi kaya dan hidup lebih bahagia. Selain itu, ada beberapa kesan jika anda sering tidur lewat di waktu malam. Mari kita lihat,

Berat badan akan cepat menurun. Apabila anda tidak mudah tidur awal, anda akan mula tidur pada lewat malam. Oleh kerana susah untuk bangun awal pagi, anda terpaksa turun kerja tanpa sarapan. Itu bukanlah perkara yang baik untuk diamalkan. Kajian menunjukkan kebiasaan tidur lewat malam boleh menyebabkan insomnia. Oleh kerana tidak dapat tidur dengan lena pada malam hari, anda akan mengalami tekanan pada siang hari kerana rasa mengantuk. Ini akan menjejaskan kerja anda. Buang tabiat suka berfikir atau berkhayal ketika baring. Ianya adalah salah satu punca mengapa anda akan susah untuk tidur. Sebaiknya jangan bawa masalah pejabat ketika masuk ke dalam bilik tidur. Jangan fikirkan tentang masalah dan juga perkara-perkara yang negatif. Maafkan semua orang sebelum tidur, dan tidur lah dengan tenang

Seterusnya, Jangan bawa kerja pejabat balik ke rumah. Ini akan membuatkan anda sentiasa berfikir tentang kerja sahaja. Sebaiknya tinggalkan semua kertas kerja di pejabat. Pulang ke rumah dengan hati yang tenang dan lapangkan fikiran anda. Amalkan minum susu sebelum masuk tidur, jangan pula anda minum kopi. Kopi akan membuatkan mata anda susah mengantuk, dan ia akan membuatkan anda rasa susah untuk tidur. Jika anda bukan penggemar susu, amalkan minum air suam atau air kosong sebelum tidur. Tutup segala bunyi-bunyian yang mampu menganggu waktu tidur anda. Pastikan suasana senyap dan tenang. Ada segelintir orang tidak boleh tidur jika mendengar bunyi bising. Jika anda seorang yang sukakan suasana tenang, pastikan anda sudah tutup sebarang bunyian. Tutup mata dan nikmati masa rehat anda dengan tenang.

Selepas balik kerja, anda boleh melakukan riadah petang, seperti berlari atau bermain badminton. Bila anda rasa penat, anda mampu tidur dengan lena dan tenang. Bawa anak-anak berjalan dan menikmati keindahan alam disamping beriadah bersama keluarga. Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Memang sukar untuk tidur jika cahaya lampu yang masih menyala. Jika sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap atau cahaya samar-samar. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam keadaan gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata.

Faktor kebersihan dalam bilik juga mempengaruhi anda, jika bilik terlalu bersepah, ianya mempengaruhi emosi anda untuk tidur. Pastikan tempat tidur dalam keadaan bersih dan teratur. Sebelum tidur amalkan menyapu bilik dengan bersih supaya tidak mempunyai sebarang sampah atau benda-benda yang mampu menganggu anda untuk tidur. Sebelum tidur, amalkan membaca doa sebelum tidur. Pastikan anda kosongkan fikiran dan tidur dalam lindungan Allah s.w.t. Banyak manfaat bila anda membaca ayat-ayat Allah s.w.t sebelum tidur. Ia mampu melindungi anda dari gangguan jin dan syaitan ketika tidur. Dengan membaca doa, anda akan merasa lebih tenang. Pastikan badan anda sentiasa dalam keadaan yang sihat, tidur dengan secukupnya dan jangan terlalu memaksa diri berjaga di malam hari. Kerana ia memudaratkan kesihatan anda.