Bahaya kalau dibiarkan masalah tekanan dalam hidup, Ketahui tanda tanda anda mungkin hadapi sakit ini

Tanpa kita ketahui rupanya masalah tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tak kira peringkat umur. Tekanan adalah salah satu masalah mental yang mungkin dihidapi seseorang tanpa disedari. Masalah itu biasanya disebabkan perasaan sedih yang berpanjangan namun ia bukan rasa sedih yang biasa tetapi tidak mudah dikawal tanpa sebarang sebab tertentu. Berikut adalah tanda-tanda kemrngan yang umum terjadi pada seseorang tanpa disedari. Anda sering berasa sedih, tertekan atau kekosongan yang berterusan. Perasaan putus asa menguasai diri kerana hati mempengaruhi cara sudut pandang tentang kehidupan. Kerap berasa bersalah, diri tidak dihargai atau tidak berdaya. Selalu gelisah atau mudah marah. Kehilangan minat terhadap aktiviti harian atau hobi yang biasanya menarik termasuk terhadap pasangan.

Beberapa tanda boleh mengesan seseorang itu mengalami masalah dpresi. Selalu penat dan lelah setiap masa. Sukar memberi perhatian terhadap sesuatu perkara, mengingati sesuatu dengan terperinci atau sukar membuat keputusan. Sukar tidur seperti insomnia, terbangun tengah malam atau mengantuk sepanjang masa. Perubahan nafsu makan, tidak berselera atau menjadi kuat makan. Paling bahaya terfikir untuk menamatkan nyawa sendiri, mengalami masalah penghadaman. Sering berasa sakit seluruh badan, sakit kepala atau mudah mengalami kekejangan. Kemrngan boleh menyebabkan kehidupan seseorang itu musnah. Bagaimanapun tidak semua orang yang didiagnos kemrngan akan mengalami semua tanda-tanda tersebut kerana ia ada kalanya berbeza bagi setiap orang. Malah tiada sebab tertentu seseorang mengalami kemrngan dan biasanya ia disebabkan kombinasi pelbagai perkara termasuk genetik, psikologi, biokimia dan sebagainya.

Selain itu, kemrngan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, usia dan latar belakang sosio ekonomi. Meskipun terdapat beberapa faktor risiko berlakunya masalah itu, berikut adalah beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kemrngan. Mengalami trauma masa kecil atau remaja. Tidak mampu mengatasi peristiwa yang menyedihkan seperti kemtn orang tersayang atau tekanan hidup disebabkan pandemik dan kehilangan kerja. Mempunyai perasaan rendah diri terhadap diri sendiri. Sejarah keluarga yang mempunyai sakit mental termasuk gangguan bipolar atau kemurungan. Sejarah penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Tahukah anda, golongan wanita lebih mudah mengalami dpresi. Kesukaran menerima hakikat seperti disahkan menghidap kans3r atau sakit kronik yang lain. Kesukaran menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku seperti kecacatan kekal atau kehilangan orang tersayang. Pernah mengalami masalah mental lain sebelumnya seperti anoreksia, bulimia, gangguan tekanan pascatrauma (PTSD), anxiety dan sebagainya. Kesan sampingan ubat seperti Beta-blocker, Kortikosteroid, Statin iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat masalah kolesterol tinggi. Meskipun kemrngan boleh dialami sesiapa sahaja, tetapi fakta menunjukkan wanita adalah golongan lebih mudah mengalami masalah itu disebabkan faktor hormon dan didikan sejak kecil. Ini kerana golongan wanita sering dimomokkan dengan pemikiran bahawa mereka adalah insan yang lemah menyebabkan ia boleh mempengaruhi pemikiran dalam setiap perkara dilakukan. Atas sebab itu juga, wanita lebih kurang mendapatkan bantuan pakar apabila menghadapi masalah kemurungan sehingga ada kes sudah terlambat dan sukar diubati secara terapi mahupun ubat-ubatan. Sumber, mstar.

Bipolar Bahaya Jika Diabaikan. Ini Persoalan Bantu Anda Fahami Masalah Mental Ini. Masalah bipolar tidak boleh dipandang ringan. Kisah perceraian selebriti terkenal Kim Kardashian dan penyanyi rap Kanye West mendapat perhatian peminat di seluruh dunia. Tidak hanya itu, pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga mereka turut menjadi bualan peminat termasuk Kanye menuduh bekas isterinya menculik serta menghalangnya berjumpa dengan anak-anak mereka. Tidak hanya itu, Kanye hebat mengkritik hubungan Kim dan pelawak Pete Davidson, menghinanya di media sosial serta menghasut pengikutnya untuk membenci lelaki itu. Kanye turut percaya tindakannya itu adalah sebagai perjuangan untuk menyelamatkan keluarganya dan berharap dia dan bekas isteri akan kembali bersatu.

Umum mengetahui penyanyi rap bermasalah itu bersikap telus tentang gangguan bipolar yang dihidapinya dan memberitahu telah berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan untuk mengawal masalah tersebut. Masalah bipolar bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan dan pensyarah Psikologi di Universiti Taylor yang juga merupakan pakar dalam s3ks dan hubungan, Pang Chia Yee merungkai beberapa persoalan mengenai perkara itu. Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa gangguan bipolar adalah spektrum, bermakna ia boleh berkisar dari ringan hingga teruk. Terdapat juga beberapa jenis gangguan bipolar mengikut DSM-V (Manual Statistik Diagnostik). Secara amnya, pesakit bipolar akan mengalami perubahan emosi yang ekstrem, daripada kegembiraan melampau (juga dikenali sebagai mania) kepada melampau (kemurungan) – atau sebaliknya, dengan kehadiran “norma” di antara kedua-dua ekstrem tersebut.Beberapa yang mungkin perlu diperhatikan ialah; Penyalahgunaan alkohol atau dadah, perbelanjaan tidak terkawal dan perubahan yang kerap. Bagaimanapun, dalam konteks perhubungan, adalah lebih sukar bagi seseorang untuk mengenal pasti bahawa pasangan mereka mengalami gangguan bipolar berbanding pihak ketiga.

Berdasarkan tinjauan media sosial dan kenyataan-kenyataan dikeluarkan, ia menunjukkan tanda menghidap bipolar. Bagaimanapun ia tidak boleh disimpulkan semata-mata berdasarkan satu medium kerana mungkin terdapat fakta dan butiran lain yang tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gangguan bipolar, seperti tekanan sekeliling, genetik, ketidakseimbangan kimia dalam badan atau perubahan dalam otak manusia. Ini termasuklah tekanan emosi, kurang tidur, keretakan dalam hubungan atau perceraian, alkohol, dadah, cuaca, kehamilan, hilang pekerjaan atau lain-lain kehilangan, tekanan kewangan dan sebagainya.

Paling penting adalah mengenal pasti apakah pencetusnya dan mereka boleh bersikap jujur dan terbuka mengenai kisah hidup mereka. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apabila pesakit berada dalam situasi tersebut dan sebaik-baiknya mendapat bantuan profesional. Walaupun digalakkan untuk memujuk pasangan mereka mendapatkan bantuan profesional, stigma sosial boleh menjadi cabaran kerana individu tersebut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap penyakit mental dan berasa malu untuk mendapatkan bantuan. Cara lain untuk membantu mereka adalah pastikan pesakit tahu anda sentiasa menyokong selain memastikan ahli terapi serasi dengan pesakit. Sentiasa ingat bahawa keselamatan diri adalah perkara paling utama. Jika pasangan mula menunjukkan tindakan luar kawal seperti fizikal dan verbal, maklumkan kepada pihak polis, keluarga atau pun jiran. Atas sebab itu, jangan tunggu sehingga pesakit menjadi teruk baharu hendak berjumpa dengan pakar di hospital. Sumber: mstar