Biar betul buat pasport harga mahal macam ni. Ini 8 negara dengan kos buat pasport termahal di dunia.

Di Malaysia, rata-rata sudah mengetahui bahawa kos membuat pasport tidaklah terlalu mahal iaitu RM200 dan pasport anda akan aktif selama tempoh 5 tahun lamanya. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur kerana harganya tidak begitu membebankan jika dibanding dengan barisan negara ini mempunyai harga mahal untuk membuat pasport. Jom semak secara langsung senarai negara dengan kos pasport paling mahal di dunia, menurut Telegraph.uk:

Singapura

Negara pertama dalam senarai kos pasport paling mahal di dunia ialah Singapura. Seperti yang kita tahu, kebanyakan rakyat Singapura sendiri hidup di atas garis kemiskinan atau mempunyai taraf kehidupan yang baik. Jadi tidak hairan jika untuk memohon pasport, kerajaan Singapura menetapkan harga yang cukup tinggi. Dianggarkan bahawa harga purata yang ditanggung oleh rakyat Singapura membuat pasport sekitar £43.88 pounds iaitu setara dengan RM 231.26

United Kingdom

Selain itu, terdapat negara asal Ratu Elizabeth II, iaitu United Kingdom. Di negara ini juga untuk memohon kos membuat pasport agak mahal. Untuk kos pasport sendiri sekitar £85 pounds atau setara dengan RM447.98 untuk orang dewasa dengan jumlah 50 halaman.

Amerika Syarikat

Pasport keenam paling mahal di dunia diduduki oleh negara Amerika Syarikat. Dengan populasi 327 juta, kos purata membuat pasport di negara itu, ia dicatatkan pada sekitar £86.6 pounds atau sekitar RM 456.41

Kanada

Kelima, ialah negara jiran kepada Amerika Syarikat, iaitu Kanada. Negara ini adalah salah satu negara di dunia yang membolehkan warganya mempunyai  2 kewarganegaraan yang sama seperti Amerika Syarikat. Dasar itu menjadikan penduduk di sana dari pelbagai budaya bercampur dari Perancis ke Britain yang semuanya berkumpul di negara Kanada. Manakala kos pasport di Kanada adalah sekitar £90 pounds atau bersamaan dengan RM 474.33 untuk jangka waktu 10 tahun.

New Zealand

Duduk di kedudukan keempat adalah New Zealand yang termasuk dalam benua Oceania bersama dengan Australia. Salah satu daripada pendapatan terbesar yang diperoleh oleh kerajaan New Zealand dalam bajet kerajaannya berasal dari sektor pelancongan. Harga pasport sendiri mencapai £94 pounds atau sekitar RM 495.41 untuk orang dewasa.

Turki

Duduk di urutan ketiga paling mahal ialah negara di mana bahagian rantau ini termasuk di Asia dan sebahagiannya di Eropah. Kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menentukan harga yang ingin membuat pasport dengan kos purata sekitar £142.89 pounds atau sekitar RM 753.08.

Australia

Kedua termahal jatuh kepada negara yang popular dengan binatang Kangaroo, iaitu Australia. Negara ini ternyata mempunyai kos membuat pasport agak mahal mencapai £157.62 pounds atau setara dengan RM 830.71. Sama seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Switzerland dan Turki, Australia juga mengiktiraf penduduk yang mempunyai 2 kewarganegaraan.

Syria 

Siapa sangka, Syria yang sedang dilanda p3rang juga dikira memiliki salah satu pasport paling mahal di dunia, rakyat di negara tersebut dikenakan kos  memperbaharui pasport sebanyak £287 pounds iaitu sekitar RM 1512.59. Nah, itu sedikit maklumat mengenai kos membuat pasport paling mahal di dunia. Dari lapan negara, jadi bersyukurlah negara kita masih murah untuk buat pasport. Sumber: murai.my

Wow Ada Juga Tandas Termahal Di Dunia. Ketahui 5 Jenis Tandas Yang Termahal Di Dunia.

Kita tidak pernah terfikir untuk membelanjakan jumlah yang banyak untuk sesebuah tandas. Menurut Money Inc, berikut adalah 5 jenis tandas yang dikategorikan tandas paling mahal di dunia:

Tandas ISS

Dengan harga $19 juta, tandas ini adalah tandas termahal yang pernah dibuat dalam sejarah tandas. Ia dibina oleh Rusia untuk stesen angkasa pada tahun 2008 dan kosnya agak tinggi kerana menggunakan teknologi khas bagi membolehkan angkasawan menggunakannya di angkasa lepas yang mempunyai sifar graviti.

Tandas Emas Hang Fung

Tandas daripada emas yang berharga $5 juta ini dihasilkan oleh syarikat Hang Fung Gold Technology Group untuk satu bilik demonstrasi tandas yang dikenali sebagai “The Hall of Gold”. Menurut Money Inc, tandas ini dapat dilihat dan dikunjungi oleh orang ramai, dan banyak pelancong berduyun-duyun ke ruangan ini untuk mengambil gambar mereka bersama tandas ini.

Tandas Taman Seni Moon River

Tandas ini merupakan tandas awam yang terletak di Taman Seni Moon River di China. Tandas ini dikatakan terletak dalam sebuah gua buatan manusia dan pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam untuk merasai pengalaman membuang air berlatar belakangkan keindahan semula jadi.

Tandas Bertatahkan Swarovski

Menurut Money Inc, tandas ini merupakan hasil idea Jemal Wright, seorang pereka yang mencipta tandas bertatahkan batu permata Swarovski. Rekabentuk tandas ini menampilkan setiap inci bahagian dan bucu tandas ini bertatahkan batu permata Swarovski.

Tandas Kayu Dagobert

Tandas yang diperbuat daripada kayu ini dihasilkan oleh syarikat Herbeau dan dijual pada harga $14,123. Apa yang menjadikannya mahal adalah reka bentuk yang unik, tempat meletakkan tangan dan tandas ini juga akan memainkan lagu, “Le Bon Roi Dagobert,” setiap kali penutupnya diangkat. Jelas sekali, dari dulu sehingga sekarang, masih ramai yang menghasilkan barang-barang yang unik dan salah satunya adalah tandas yang seperti di atas. Sumber: murai.my