Ramai yang dah tak sabar nak travel tapi tak nak lakukan ujian RT PCR. Sekali ini antara 8 negara yang tak perlukan ujian PCR

 Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan bahawa negara kita akan mulakan fasa peralihan endemik bermula 1 April ini. Haa, sudah semestinya berita gembira ini membuka mata orang ramai lagi-lagi yang gemar untuk melancong ke sana sini kan? Tapi, kalau kita relate dengan keadaan semasa, keperluan untuk melakukan ujian kendiri RT-PCR amatlah penting tau! Korang tak perlu risau! Sebenarnya ada je beberapa negara yang tidak mewajibkan pelancong untuk melakukan ujian tersebut sebelum ke negara mereka. Asalkan jaga SOP. Jom kita explore satu-satu!

1. Bahrain

Bahrain telah mansuhkan keperluan ujian PCR sebelum berlepas tanpa mengira status vaksinasi dan kanak-kanak di bawah umur enam tahun dikecualikan dari melakukan ujian tersebut. Walau bagaimanapun, pengembara yang telah menerima vksin dan tiba ke Bahrain perlu melakukan ujian PCR. Selain itu, untuk yang belum menerima vksinasi, perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari selepas ketibaan.

2. Mesir

Selain Bahrain, Mesir juga telah menghapuskan keperluan ujian RT-PCR bagi pelancong yang telah diberi vksin sepenuhnya. Walaupun vksin jenis Covaxin tidak disenaraikan, tapi yang dah divaksin dengan AstraZeneca dan Covishield kini boleh terbang ke negara ini tanpa ujian RT-PCR. Tapi! Pastikan korang yang nak ke Mesir tu alert dengan kehendak negara tersebut sebab korang still kena isi borang pengisytiharan kesihatan bila berada di sini.

3. Lebanon

Untuk pengembara yang diberi vksin sepenuhnya, yang telah menerima kedua-dua dos vksin, korang pun boleh melancong ke Lebanon tau! Paling penting, korang semua dah terima suntikan kedua sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perjalanan mereka. Tapi untuk negara Lebanon ni, cara diorang agak lain sikit yang mana pelancong kena memuatnaik memuatsijil vksinasi mereka di laman web Kementerian Kesihatan sebagai bukti diri telah lengkap divksin.

4. Turki

Istabul Aku Datang! Haa, korang mesti familiar kan dengan ayat ni? Hehehe… Pengembara yang diberi vksin sepenuhnya dari semua negara dikecualikan daripada menyediakan ujian RT-PCR apabila tiba di Turki. Pengembara hanya perlu mengisi borang kesihatan 72 jam sebelum ketibaan di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tiada keperluan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk diimunisasi.

5. Perancis

Paris! Berita gembira terutamanya untuk pasangan yang baru lepas kahwin dan merancang untuk honeymoon tu, Perancis boleh masuk dalam list! Ini kerana, Perancis juga memutuskan untuk menghapuskan keperluan ujian RT-PCR untuk pengembara yang diberi vksin sepenuhnya. Sehingga 12 Februari, hanya mereka yang melancong dari negara EU ke Perancis dikecualikan daripada menjalani ujian dan kini pengembara dari semua negara turut dikecualikan dari melakukan ujian tersebut. Bukan itu je, Perancis juga hanya akan menerima sijil vksin yang menyatakan bahawa dos kedua telah diambil dalam tempoh 9 bulan yang lalu.

6. Norway

Yang keenam, Sekatan perjalanan semasa masuk ke Norway juga telah ditarik balik melainkan sesiapa yang melancong ke kepulauan Svalbard, pengembara yang diberi vaksin tidak akan memerlukan ujian RT-PCR untuk memasuki negara ini.

7. Croatia

Croatia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa keperluan ujian RT-PCR mandatori bagi mereka yang telah diberi vksin sepenuhnya. Kedua-dua jenis vksin iaitu Covaxin dan Covishield telah diluluskan untuk masuk ke negara ini. Walau bagaimanapun, pelancong yang nak melancong ke Croatia ni kena bagi bukti sijil dos penggalak itu kalau diorang dah telah divaksin selama lebih daripada 180 hari sebelum perjalanan.

8. Denmark

Bermula dari 1 Februari, pelancong yang telah pulih daripada Covid-19 dan telah menerima suntikan lengkap vksin boleh memasuki Denmark tanpa menjalani ujian RT-PCR dari mana-mana negara. Semua vksin yang diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah atau World Health Organization (WHO) akan diterima oleh Denmark. Sesiapa nak ke Denmark tu, korang kena tahu yang tarikh penerimaan vksin akan ditandakan sah selama 9 bulan sebaik saja seseorang itu telah menerima suntikan penggalak. Haa, excited tak korang? Mana satu negara yang korang nak pergi dulu? Mana tahu sama dengan pilihan min ke… Hehehe… Sumber: Timestravel

Destinasi Pelancongan Catat Sifar Kes Covid-19. Ini 8 Destinasi Pelancongan Bebas Covid.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendakwah beberapa negara ini tidak terjejas dengan virus Covid-19. Covid-19 telah melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ekoran terpaksa melaksanakan pelbagai perintah sekatan bagi membendung penularan wabak. Pelbagai sekatan itu juga turut menyukarkan perancangan seseorang untuk melancong ke destinasi pilihan, malah terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan yang ketat sebelum memasuki sesebuah negara.


Bagaimanapun, banyak negara berganding bahu demi menaikkan semula ekonomi dunia disamping melakukan pelbagai kaedah pencegahan dalam meredakan pandemik. Dalam pada itu, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat beberapa negara yang dikatakan sudah bebas daripada wabak atau tidak mempunyai kes Covid-19, termasuklah;

1. Tokelau

Terletak di lautan Pasifik Selatan, Tokelau yang mempunyai sekitar 1,500 penduduk telah disenaraikan sebagai bebas Covid-19 oleh WHO. Memandangkan tempat itu tiada lapangan terbang, ia boleh diakses dengan kapal, bot layar dan helikopter.

2. Tuvalu

Menurut laporan WHO, hampir 50 daripada 100 orang telah diberi vaksin sepenuhnya di Tuvalu, walaupun penduduknya tidak ramai namun tetap melakukan kuarantin dan menutup sempadan bagi elak jangkitan virus itu. Ia juga antara negara pulau yang terletak di Pasifik Selatan terdiri daripada sekumpulan enam atol dan tiga pulau terumbu.

3. Kepulauan Pitcairn

Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik yang terdiri daripada empat pulau, iaitu, Henderson, Oeno, Pitcairn, Ducie. Ia juga sebuah Wilayah Luar Negara British dikenali sebagai wilayah paling kurang penduduk di dunia. Berdasarkan rekod, penduduk Polinesia mempunyai 50 orang yang pertama tiba di Kepulauan Pitcairn, ia adalah satu-satunya pulau yang didiami. Malah, mereka bebas dari terkena jangkitan virus itu.

4. Saint Helena

Terletak di Lautan Atlantik Selatan, Saint Helena dianggap sebagai salah satu lokasi paling terpencil di dunia. Ia juga terletak lebih daripada 1,200 batu di pantai barat dari barat daya Afrika, dan 2,500 batu dari Rio de Janeiro. Tempat itu mempunyai populasi kira-kira 4,500 orang yang berjaya mengelakkan terkena virus. Pun begitu, mengikut laporan WHO, 58 orang setiap seratus penduduk telah divaksin sepenuhnya di sini.

5. Nauru

Manakala, Nauru pula merupakan negara pulau kecil yang terletak di timur laut Australia dan mempunyai pantai berpasir putih, terumbu karang, termasuk Teluk Anibare di pantai timur. Menurut WHO, pulau itu bebas daripada serangan Covid-19 selain berfungsi sebagai tempat berteduh dan laluan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum ini.

6. Micronesia

Mikronesia sohor di seluruh Pasifik Barat yang terdiri daripada empat pulau, dan lebih daripada 600 pulau disekitarnya. Empat pulau utamanya ialah Korsae, Chuuk, Yap, dan Pohnpei. Menariknya, destinasi ini turut terkenal sebagai pusat penyelaman yang penuh dengan bangkai kapal, pantai berlorek palma dan runtuhan purba, selain bebas daripada gejala virus berbahaya itu.

7. Niue

Tidak ketinggalan Niue yang merupakan sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik Selatan berjaya menjauhkan diri daripada virus Covid-19. Ia juga tular di dunia sebagai tapak menyelam terumbu karang batu dan cenuram batu kapur. Tempat bak syurga ini merupakan salah satu negara terkecil namun terkenal sebagai salah satu tempat pertumbuhan karang terbesar di Bumi.

8. Turkmenistan

Walaupun Turkmenistan terletak di Asia Tengah, ramai yang terkejut bagaimana ia berjaya menangkis wabak Covid-19, sedangkan virus berbahaya itu menular dengan cepat. Bagaimanapun, negara itu belum melaporkan sebarang kes itu secara rasmi, manakala pegawainya mengehadkan acara keagamaan besar-besaran, sekatan perjalanan keluar masuk, dan menggalakkan pemakaian topeng muka. Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.