Elakkan sentuh tempat banyak bakteria ketika menginap di hotel. Ini 5 benda yanag anda harus elakkan sentuh.

Hotel adalah tempat beristirehat dan bercuti yang digunakan oleh setiap orang. Oleh sebab setiap ruang di bilik akan digunakan oleh setiap tetamu, apatah lagi bagi mereka yang bercuti untuk jangka masa panjang. Kebersihan menjadi hal utama untuk kita beri perhatian ketika menginap di sesebuah hotel. Berikut beberapa benda yang harus anda hindari penggunaanya.

Alat Kawalan Jauh TV dan Penghawa Dingin


Tahukah anda, alat kawalan jauh salah satu benda paling kotor di bilik anda. Pekerja pembersihan bilik kadang kala bergerak cepat ke berbagai ruang dan terlupa untuk membersihkan alat kawalan jauh dan mungkin memiliki jumlah bakteria yang sama dengan tandas anda.

Telefon

Menurut siasatan yang dilakukan pada lima hotel ternama di Amerika, telefon yang ada di bilik hotel berkemungkinan kotor. Para tetamu sering menggunakannya,malah bernafas ke gagang telefon yang boleh menyebarkan bakteria dengan mudah. Kadang-kala petugas hotel terlepas pandang dengan tidak membersihkannya. Jadi anda boleh bersihkan sendiri telefon tersebut sebelum digunakan.

Selimut


Sentiasa periksa selimut dan bantal yang digunakan ketika tidur, kerana hotel yang memiliki pengunjung yang ramai, berkemungkinan ada potensi kuman dan bakteria merebak lebih cepat. Demi menjaga keselamatan, anda mungkin boleh usahakan bawa selimut sendiri, atau periksa dengan cara mengibas selimut agar dapat lihat seranggan atau habuk yang terperangkap.

Peti Ais


Peti ais kecil yang ada dalam bilik, merupakan salah satu benda yang terlepas pandang dalam pemeriksaan oleh pembersih kamar. Bila anda benar-benar ingin minuman sejuk, usahakan membelinya di luar atau menghubungi pekerja yang tersedia di hotel, untuk menghantar terus ke bilik hotel.

Gelas Minuman

Sesetengah tetamu agak bimbang untuk menggunakan gelas di dalam bilik, lebih-lebih lagi yang diletakkan di dalam bilik mandi. Difahamkan ada petugas hotel yang menggunakan tuala yang sama membersih tandas untuk mengelap gelas tersebut. Mungkin ini hanya spekulasi tetapi sebagai tetapi untuk pastikan kebersihan terjamin, bersihkan sendiri dengan sabun pencuci. Namun begitu, jangan disangka semua hotel itu tidak bersih, cuma kita harus lebih teliti dan berhati-hati. Sumber:murai.my

Memang Gah Sekali 7 Hotel Terbaik Di Dunia Ini Menurut Tripadvisor. Ternyata Yang Keempat Paling Memukau Jiwa.

Seronoknya kalau dapat pergi bercuti tahun ini dan menginap di hotel-hotel yang mewah dan menarik, pastinya ia menjanjikan pengalaman menginap yang mengagumkan. Kalau tak ada pendemik memang ramai yang dah seronok berjalan sakan tapi dengan penularan Covid-19 memaksa kita semua terkurung dalam kediaman masing-masing. Meskipun begitu, ini tidak bermakna kamu tidak boleh buat wishlist dan kumpul bajet untuk pergi melancong serta menginap di hotel terbaik dunia.

TripAdvisor sebagai laman pelancongan terbesar di dunia sering berkongsi cadangan hotel, percutian dan perjalanan terbaiknya. Pada pertengahan 2021, laman web ini sekali lagi akan mengadakan Anugerah Pilihan Pengembara yang merangkumi ulasan dari pengunjung sebagai penilaian utama. Salah satu kategorinya adalah hotel terbaik di dunia yang bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai perkhidmatan terbaik. Ini antara 7 hotel yang mendapat yang disenaraikan dan mungkin kamu boleh masukkan dalam wishlist untuk pergi melancong nanti.

1 Hotel Colline De France

Hotel gah ini terletak di Brazil rekaan hotel yang mewah bak istana ini digelar sebagai salah satu hotel terbaik dunia, apatah lagi layanan dan perkhidmatan yang diberikan memang top class!

2 Mandapa A Ritz-Carlton Reserve

Terpukau melihat keindahan alam semula jadi hotel yang satu ini, hotel Mandapa ini terletak di Ubud, Bali, Indonesia. Tempat penginapan ini memang menjadi tumpuan pelancong bagi menikmati dunia semulajadi yang menghijau dan tenang.

3 Hotel Gardena Grodnerhof

Sukakan penginapan bercirikan rekaan Eropah, tetapi dalam masa yang sama dapat menikmati memandangan alam semulajadi empat musim. Hotel Gardena Grodnerhof yang terletak di kawasan pergunungan Dolomites, Itali ini menjadi pilihan ramai pelancong dunia.

4 Hotel The Legian

Satu lagi hotel yang menarik di Bali, indonesia iaitu hotel The Legian yang menyajikan panorama yang mengasyikkan terutama di waktu senja. Hotel yang berhadapan dengan laut nan biru ini, menjanjikan pengalaman menginap yang tenang dan memuaskan jiwa raga.

5 Kandolhu

Resort yang ini pula memang cukup terkenal di Maldives, panorama yang dikelilingi lautan biru dan di temani dengan haiwan akuatik serta terumbu karang menjadikan resort ini destinasi percutian buat kaki travel dari seluruh dunia.

6 Sani Resort

Ingin menyelam dan bermain di pantai Halkidki, Greece? Nah, resort Sani ini destinasi terbaik untuk menginap apatah lagi rekaan resort yang bercirikan tropikal membuatkan ramai kaki travel jatuh cinta dengan resort unik ini.

7 Hotel Achtis

Satu lagi hotel yang terlertak di Greece, hotel ini menampilkan rekaan dan dekorasi yang unik dengan sedikit sentuhan semulajadi tropikal. Terbaiklah, harap-harap satu hari nanti dapat jejaklah salah satu hotel ini bila pandemik dah reda nanti. Sumber: murai.my