Guna sebiji lemon aja boleh cantik satu badan. Ketahui tips mudah dan lebih jimat ini.

Jimat dan cepat. Itulah perkara pertama yang berada di fikiran bila kita nak rawat kecantikan diri sendiri di rumah. Ada banyak cara yang murah lagi jimat boleh kita praktikkan. Salah satunya adalah hanya menggunakan sebiji lemon saja. Dari sebiji buah ini macam macam petua cantik boleh dilakukan di rumah dari rambut sampai ke kaki.

1. Hilangkan jerawat

Sapu jus lemon pada kulit bermasalah lalu biarkan seketika kemudian dibilas. Jika kulit berminyak lakukan rutin ini dua kali seminggu dan untuk kulit kering seminggu sekali sudah mencukupi.

2. Naikkan seri muka

Campurkan jus lemon dengan madu dan lumur pada wajah. Gabungan keduanya mampu menaikkan seri muka.

3. Kuku sihat

Sapu jus lemon pada kuku, biar kering dan bilas.

4. Cerahkan ketiak dan siku yang hitam

Potong lemon dan gosok pada bahagian yang gelap. Buat dengan teratur.

5. Turunkan berat

Minum segelas lemon dicampur dengan madu setiap hari atau air suam dicampur dengan lemon yang disimpan semalaman dalam peti.

6. Rawat rambut

Ratakan jus lemon ke atas kepala dan urut lalu dibilas, ia melancarkan pengaliran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.

7. Buang kulit mati

Lemon yang sudah digunakan jangan dibuang, kulit bahagian dalam boleh dibuat skrub. Gosokkan saja pada wajah, leher, siku dan lutut.

8. Hilang bintik hitam pada wajah

Cuci wajah dengan air yang dicampur perahan lemon. Banyak manfaat lemon ini, kan. Jadi berbaloi sangat membelinya walau sedikit mahal namun dapat dimanfaatkan untuk rawatan seluruh tubuh. Sumber: pesona pengantin.

Muka Dah Cantik Tapi Mulut Pula Berbau. Semua Golongan Perlu Ikhtiar Cara Ini.

Agak susah sebenarnya untuk menyedari masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Lagi-lagi jika majlis perkahwinan anda hampir tiba. Anda perlu mengambil berat terhadap perkara ini kerana pada majlis perkahwinan kita akan bertemu dengan ramai orang. Malulah kalau mulut berbau nanti. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti ibu bapa, adik beradik atau kawan rapat. Jadi, jika anda mengalami nafas berbau cuba cari di bawah ini.

1. Membersihkan Gigi & Mulut Setiap Hari

Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa sekurang kurangnya dua atau tiga minit untuk memberus gigi dan lidah anda.

2. Membersihkan Lidah Setiap Hari

Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.

3. Minum Air

Anda disarankan untuk meminum air sekerap yang boleh sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair.

4. Elakkan Mengguna Pencuci Mulut Yang Mempunyai Alkohol

Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Jika hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.

5. Mengunyah Gula Getah Tanpa Gula

Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang.

6. Memeriksa Gigi Anda Jika Terdapat Tanda-Tanda Penyakit Gusi Dan Tulang

Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah :

  • Gusi yang bengkak dan merah
  • Gusi yang senang berdarah apabila disentuh
  • Gusi yang sakit
  • Nanah keluar dari gusi yang bengkak
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi ketika mengunyah
  • Terdapat karang gigi

Sumber : myhealth