Hobi baru anda berkhemah. Ini 7 perkara penting yang boleh dilakukan bagi penggemar aktiviti berkhemah.

Umum kita ketahui sejak kebelakangan ini, makin ramai yang suka pergi ke berkhemah. Seperti menjadi satu trend baru untuk keluar beriadah menikmati keindahan alam di dalam hutan sambil bersantai bersama rakan-rakan. Bagi anda yang suka dengan aktiviti ini, berikut adalah 7 idea kreatif yang boleh dilakukan menurut Spaceships and Laser Beams.

Cawan Plastik Atau Seramik Sebagai Speaker: Kalau nak layan lagu semasa berkhemah, boleh guna tips ini untuk menguatkan bunyi. Letakkan talifon bimbit anda di dalam cawan yang kosong dan biarkan lagu kegemaran anda dimainkan. Cawan yang kosong ini berfungsi sebagai speaker anda.

Keropok Jagung Untuk Memulakan Api: Sekiranya anda terlupa bawa bahan penghidup api, gunakan keropok jagung seperti Doritos untuk memulakan nyalaan. Letakkan beberapa keping keropok jagung dan bakar bersama kayu api, pasti ini dapat memudahkan lagi proses pembakaran kayu.

Bakar Daun Sej Untuk Menghalau Nyamuk: Menurut Spaceships and Laser Beams, sekiranya anda berdarah manis dan nyamuk amat tertarik dengan anda, campakkan sejambak ikatan daun sej ke dalam unggun api. Asap yang dihasilkan akan mencegah nyamuk daripada datang ke kawasan itu.

Menggunakan Lampu Berkuasa Solar: Bukan saja dapat menjimatkan penggunaan bateri dan elektrik, lampu berkuasa solar ini lebih mudah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Tidak perlu membazir membeli bateri yang kadangkala merisaukan kita akan tempoh bertahan sesuatu bateri.

Elakkan Serangga Masuk Ke Dalam Kasut: Kadangkala tanpa sedar, bagun saja pagi, pasti akan ada serangga kecil yang masuk ke dalam kasut. Jadi untuk megelakkanya, anda boleh sumbat dengan kain atau baju untuk mengelakkan serangga atau haiwan kecil daripada masuk ke dalam kasut.

Bungkus Arang Menggunakan Sarang Telur: Menurut Spaceships and Laser Beams, petua ini amat mudah dan efektif. Bungkus arang bersama-sama sarang telur, kemudian sekiranya hendak menyalakan api, masukkan sekali sarang telur untuk membakar.

Pecahkan Telur Siap-Siap: Telur amat senang pecah jika cara dibungkus tidak betul. Anda boleh isi telur dalam bekas atau botol dan dikocak bersama bahan perasa siap-siap. Sampai sahaja masa untuk masak, anda cuma perlu tuangkan di dalam kuali sahaja. Jadi diharapkan petua di atas dapat membantu dan memudahkan dalam meneruskan hobi berkhemah anda. Selamat mencuba. Sumber: murai.my

Destinasi Pelancongan Catat Sifar Kes Covid-19. Ini 8 Destinasi Pelancongan Bebas Covid.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendakwah beberapa negara ini tidak terjejas dengan virus Covid-19. Covid-19 telah melumpuhkan pelbagai sektor ekonomi di seluruh dunia sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ekoran terpaksa melaksanakan pelbagai perintah sekatan bagi membendung penularan wabak. Pelbagai sekatan itu juga turut menyukarkan perancangan seseorang untuk melancong ke destinasi pilihan, malah terpaksa berdepan dengan pelbagai peraturan yang ketat sebelum memasuki sesebuah negara. Bagaimanapun, banyak negara berganding bahu demi menaikkan semula ekonomi dunia disamping melakukan pelbagai kaedah pencegahan dalam meredakan pandemik. Dalam pada itu, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat beberapa negara yang dikatakan sudah bebas daripada wabak atau tidak mempunyai kes Covid-19, termasuklah;

Tokelau

Terletak di lautan Pasifik Selatan, Tokelau yang mempunyai sekitar 1,500 penduduk telah disenaraikan sebagai bebas Covid-19 oleh WHO. Memandangkan tempat itu tiada lapangan terbang, ia boleh diakses dengan kapal, bot layar dan helikopter.

Tuvalu

Menurut laporan WHO, hampir 50 daripada 100 orang telah diberi vaksin sepenuhnya di Tuvalu, walaupun penduduknya tidak ramai namun tetap melakukan kuarantin dan menutup sempadan bagi elak jangkitan virus itu. Ia juga antara negara pulau yang terletak di Pasifik Selatan terdiri daripada sekumpulan enam atol dan tiga pulau terumbu.

Kepulauan Pitcairn

Pulau-pulau ini terletak di Lautan Pasifik yang terdiri daripada empat pulau, iaitu, Henderson, Oeno, Pitcairn, Ducie. Ia juga sebuah Wilayah Luar Negara British dikenali sebagai wilayah paling kurang penduduk di dunia. Berdasarkan rekod, penduduk Polinesia mempunyai 50 orang yang pertama tiba di Kepulauan Pitcairn, ia adalah satu-satunya pulau yang didiami. Malah, mereka bebas dari terkena jangkitan virus itu.

Saint Helena

Terletak di Lautan Atlantik Selatan, Saint Helena dianggap sebagai salah satu lokasi paling terpencil di dunia. Ia juga terletak lebih daripada 1,200 batu di pantai barat dari barat daya Afrika, dan 2,500 batu dari Rio de Janeiro. Tempat itu mempunyai populasi kira-kira 4,500 orang yang berjaya mengelakkan terkena virus. Pun begitu, mengikut laporan WHO, 58 orang setiap seratus penduduk telah divaksin sepenuhnya di sini.

Nauru

Manakala, Nauru pula merupakan negara pulau kecil yang terletak di timur laut Australia dan mempunyai pantai berpasir putih, terumbu karang, termasuk Teluk Anibare di pantai timur. Menurut WHO, pulau itu bebas daripada serangan Covid-19 selain berfungsi sebagai tempat berteduh dan laluan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua sebelum ini.

Micronesia

Mikronesia sohor di seluruh Pasifik Barat yang terdiri daripada empat pulau, dan lebih daripada 600 pulau disekitarnya. Empat pulau utamanya ialah Korsae, Chuuk, Yap, dan Pohnpei. Menariknya, destinasi ini turut terkenal sebagai pusat penyelaman yang penuh dengan bangkai kapal, pantai berlorek palma dan runtuhan purba, selain bebas daripada gejala virus berbahaya itu.

Niue

Tidak ketinggalan Niue yang merupakan sebuah negara kepulauan di Lautan Pasifik Selatan berjaya menjauhkan diri daripada virus Covid-19. Ia juga tular di dunia sebagai tapak menyelam terumbu karang batu dan cenuram batu kapur. Tempat bak syurga ini merupakan salah satu negara terkecil namun terkenal sebagai salah satu tempat pertumbuhan karang terbesar di Bumi.

Turkmenistan

Walaupun Turkmenistan terletak di Asia Tengah, ramai yang terkejut bagaimana ia berjaya menangkis wabak Covid-19, sedangkan virus berbahaya itu menular dengan cepat. Bagaimanapun, negara itu belum melaporkan sebarang kes itu secara rasmi, manakala pegawainya mengehadkan acara keagamaan besar-besaran, sekatan perjalanan keluar masuk, dan menggalakkan pemakaian topeng muka. Sumber: mstar

Mahu Cara Mudah Dan Jimat Ketika Bercuti. Ini 6 Tips Mudah Rancang Percutian Bersama Keluarga.

Sekarang dah nak masuk hujung tahun, pasti ramai yang dah merancang nak bawa anak anak keluar dari ibukota, melancong, beriadah dan sebagainya. Ibubapa lah yang dipertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan yang berkaitan. Dari perancangan tempat percutian, penginapan, pengangkutan dan juga aktiviti percutian. Maklumlah dan hujung tahun, anak anak juga perlukan ruang untuk dibawa beriadah dan kita sebagai ibubapa yang bekerja haruslah berkorban meluangkan masa bercuti bersama. Kami juga ingin berkongsi dengan pembaca tips percutian dengan cara yang lebih jimat:

Rancang percutian lebih awal: Biasanya tiket penerbangan lebih murah jika ditempah awal atau mungkin kita boleh tempah sewaktu promo atau sebagainya. Tapi ingat, kita haruslah rajin cek harga semasa setiap hari supaya tak terlepas harga istimewa yang ditawarkan.

Tempahan Penginapan secara online: Mungkin semua dah tahu kan, harga hotel akan menjadi lebih mahal jika walk inatau terus ke kaunter hotel. Jangan pulak kita salahkan hotel jika harga yang dikenakan mencekik darah. Banyak saluran yang kita boleh periksa seperti, Trivago, Traveloka, Airbnb dan sebagainya.

Tak Perlu Hotel 5 Bintang: Tak perlu cari tempat penginapan yang mahal kerana kita akan lebih banyak menghabiskan masa diluar. Lebih jimat lagi jika kita mencari tempat penginapan yang menyediakan dapur untuk memasak. Sekurang-kurangnya sarapan pagi atau makan malam kita boleh masak sahaja. Itu kan lebih jimat dari makan diluar. Tempat penginapan juga haruslah berhampiran dengan destinasi menarik yang boleh kita lawati. Ini akan menjimatkan kos pengangkutan.

Sewa Kereta :Jika tempat percutian hanyalah di dalam negara, tak salah sekiranya jika kita memandu sendiri, ini akan lebih menjimatkan.

Pilih Aktiviti Yang Percuma :Cari aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma atau kos yang lebih rendah seperti melawat muzium, mandi air terjun, atau beli secara pakej kerana kos harga pakej lebih murah berbanding kos yang dibeli berasingan. Bawa makanan ringan dan minuman semasa keluar berjalan.

Senarai Perbelanjaan: Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu sahaja dan cuba untuk ikut senarai tersebut. Perancangan perjalanan sangat menjimatkan wang anda. Sebenarnya kalau bercuti masa bukan musim cuti sekolah lagi lah jimat tapi apakan daya…kita perlu fikirkan kepentingan keluarga juga. Wang ringgit kan boleh dicari dari luangkan masa bersama keluarga tercinta. Harap tips kali ini dapat dimanfaatkan untuk anda meminimakan perbelanjaan tapi memaksimakan kepuasan. Selamat Bercuti. Sumber: murai.my