Teringin mahu lihat kereta berwajah baru. Ini perkara yang anda perlu anda tahu sebelum cat kereta.

Tahukah anda cat kereta dan warna kereta adalah salah satu sebab yang mendorong kepada seseorang untuk membeli sebuah kereta. Tapi, kadang-kadang kita nak tukar cat kereta. Kos cat kereta ni tak menentu. Kos cat kereta ditentukan berdasarkan jenis cat, size kereta dan bermacam lagi. Sebelum ke bengkel kereta untuk mengecat kereta, korang sangat digalakkan untuk buat research sikit mengenai cat kereta. Hari ini Qoala akan berkongsikan tentang cat kereta dan juga jenis cat kereta yang perlu korang tahu sebelum korang mencorak langkah ke bengkel kereta. 

Jenis Cat Kereta: Jenis cat kereta yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam menepati kehendak dan citarasa pengguna. Ada pelbagai jenis cat yang mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Jenis dan kos harga kereta juga dapat menjadi perbandingan yang sangat ketara antara kereta biasa dan juga kereta mewah. Ada empat jenis cat kereta yang ditawarkan dalam pasaran:

Cat Warna Solid (Solid Paint)

Cat warna solid adalah antara kos cat kereta yang termurah berbanding yang lain. Ini kerana, cat warna solid ini adalah cat asas tanpa mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai perlindungan. Tapi, sekarang ada banyak pembuat kerta yang gunakan cat solid ni yang tidak lagi disaluti  dengan clear coat atau lapisan jernih. Ini kerana ia mengunakan campuran cat acrylic dan juga isocynate. Kedua-dua campuran ni menjadikan ia lebih melekat, kuat dan juga tahan lama. Cara ini juga dapat mengurangkan kos cat kereta kepada lebih rendah. Walau bagaimanapun, warna cat solid ni kurang menarik sebab ia tidak berkilat dan juga tidak bersinar. Dan disebabkan itu, pilihan warna yang ditawarkan juga berada pada tahap yang limited. Kebiasaannya warna yang digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning. Kos cat kereta warna solid ini juga tidak begitu mahal. Proses baik pulih untuk cat jenis ini adalah murah dan mudah. Tapi, namun begitu, warna cat solid ni sukar untuk tahahn lama. Ia cepat serta mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci. 

Warna Metalik (Metallic Paint): Sama macam nama, cat warna metallic mengandungi serbuk logam atau juga dikenali sebagai metal. Ini sahaja yang membezakan ia daripada cat warna solid. Jenis cat ini mempunyai pilihan yang pelbagai kerana kualiti cat ini bergantung kepada kandungan serbuk logam yang dimasukkan ke dalam campuran cat ini. Ini akan mempengaruhi kos cat kereta tersebut. Menariknya, cat jenis warna metalik ni mudah dijaga dan dicuci. Oleh itu, korang tak perlu risau tentang masalah yang korang mungkin hadapi seperti cat warna solid.

 Cat Kilauan Mutiara (Pearlescent Paint): Cat ini semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana ia sangat cantik dan membuat pemilik berasa “premium”. Cat ini mempunyai campuran kristal seramik dan bukannya serbuk logam. Ini dapat memberikan imej yang sangat unik berbanding pilihan cat yang sebelum ini. Ia juga dapat membiaskan cahaya dan menukar warna mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan. Harganya mestilah lebih mahal tetapi kualitinya terjamin. Ia juga senang dijaga dan ini telah menyebabkan ramai pemilik kenderaan mewah untuk memilih jenis cat ini.

Tujuh Cara Korang Boleh Merosakkan Cat Kereta Tanpa Mengetahuinya

Rutin harian korang boleh merosakkan cat kereta korang tanpa korang sedari. Kejadian sehari-hari yang tidak sengaja seperti tertumpah bahan api, tulisan nakal dengan jari atau najis burung boleh meninggalkan kesan yang berpanjangan dan calar pada permukaan kereta korang atau, lebih buruk lagi, menyebabkan hakisan. Berikut adalah beberapa cara yang korang boleh merosakkan cat kereta korang– dan tips dari Ford bagaimana mengelakkannya:

Serangga Penyet : Bila nampak je serangga kadang-kadang kita terus tepuk, dan serangga tu pun penyet dekat atas permukaan kereta kita. Serangga mungkin kecil tetapi boleh melakukan kerosakan pada cat kereta. Serangga sebenarnya berasid dan jika tidak dibersihkan dengan betul dari permukaan kereta, mereka sebenarnya boleh menggores ke dalam cat. Tip: Jangan melengahkan membersih serangga penyet dari kereta terlalu lama – lama kelamaan, ianya akan menjadi lebih sukar untuk hilang. Kalau korang tak bertindak cepat, ia hanya memerlukan sedikit pembersih bug dan tar, kain cuci yang lembut dan gosok.

Bahan api tumpah : Kadang-kadang masa tuang minyak, kita tak perasan ada limpahan minyak ke kereta kita. Terutamanya bila kita isi melebihi tahap minyak kereta tersebut. Bila korang biarkan dan tak bersih kesan minyak tu cepat-cepat, bahan api yang tertumpah tu boleh meresap ke dalam lapisan atas cat. Kesannya? Cat akan kehilangan sinarnya dan meninggalkan kesan hitam pada lapisan cat kereta sehingga menyukarkan proses nak hilang. Petua: Untuk mengelakkan meninggalkan cacat cela bahan api berwarna coklat sekitar penutup tangki minyak kereta korang. Kalau minyak meleleh ke badan kereta korang, cuba bersihkannya secepat mungkin dengan kain microfiber halus. Kalau dapat sapu Detailer secepat mungkin lagi elok.

Najis Burung:Bila korang terkena serangan najis burung, memang korang kena cepat-cepat pergi carwash. Sebabnya, bukan saja hodoh, tapi sebenarnya ia boleh menyebabkan kerosakan serius kepada cat kereta korang. Dengan diet yang penuh dengan buah, benih dan juga cebisan kerikil, najisnya berasid dan kasar boleh mengotorkan, kusam dan mencalarkan cat kereta korang, dan menghilangkan kilat jika dibiarkan berlarutan pada kereta korang terlalu lama. Petua: Semburkan sedikit pencuci ke tempat yang terkena dangunakan kain microfiber lembut untuk perlahan-lahan mengelapnya. Gunakan gerakan mengangkat untuk mengelakkan mengheret mana-mana batu-batu kecil di seluruh cat.

Serpihan Batu: keadaan jalan pun boleh jadi sebab. Batu longgar, batu kecil dan serpihan ada di semua jalan raya. Serpihan kecil boleh terpelanting atas kereta kita dan merosakkan kualiti cat kereta. 

Kain Cuci Kereta Yang Kotor: Tak kira berapa kali korang cuci kereta, tapi bila korang guna kain cuci kereta yang kotor, kereta korang akan kekal kotor dan juga menyebabkan kerosakkan kekal pada cat kereta. Walaupun korang gunakan kain yang bersih, tapi once dia jatuh terkena tanah dan pasir, kain tersebut akan melekat dengan kotoran. Kalau korang teruskan mencuci tanpa membersihkan kain terlebih dahulu, ia akan meninggalkan calar pada cat kereta. 

Wrap atau Cat Kereta: Dengan teknologi moden zaman sekarang, wrap atau membalut kereta menggunakan pelekat vinil sebagai alternatif baharu menukar cat kereta kini sudah menjadi satu trend. Walaupun wrap kereta ni masih agak baru di Malaysia, tapi sebenarnya kaedah ni telah lama wujud sejak 1950-an. Kalau dibandingkan faktor kos, harga pelekat vinil adalah jauh lebih mahal berbanding cat dan kini harganya dikategorikan sebagai kompetitif. Jadi, wrap atau cat kereta? Mana satu yang lebih baik? Pertama, kita kena tahu dulu definisi kedua-dua kaedah ni.

Cat Kereta: Cat kereta adalah satu kaedah yang digunakan untuk aspek kecantikan kenderaan dan perlindungan. Jenis cat yang paling banyak digunakan ialah cat lapisan poliuretana akrilik berasaskan air (water-based acrylic polyurethane enamel) kerana kurang mencemarkan alam sekitar. Bagi mengecat sebuah kereta,  banyak lapisan cat berbeza diperlukan dengan kadar ketebalan 0.1mm, bermula cat primer, cat asas (base coat) dan disudahkan cat jernih (clear coat).

Wrap: Kaedah wrap kereta adalah satu kaedah membalut luaran kereta dengan pelekat vinil. Dari pandangan mata kasar, nampak macam lapisan cat tapi sebenarnya bukan. Ada pelbagai pilihan pelekat vinil satu warna atau pelbagai warna atau bercorak. Di luar negara, kos menggunakan pelekat vinil bercorak adalah lebih murah berbanding mengecat biasa. Malah keadah ini seakan sudah jadi trend kalangan pemilik kereta mewah dan prestasi.

Kenapa Kena Dapatkan Kelulusan JPJ: Secara amnya, korang boleh menukar warna asal kereta korang kepada apa jua jenis warna sekalipun asalkan korang inform perubahan ini kepada pihak JPJ. Kalau korang tak memaklumkan penukaran warna cat kereta, korang mungkin berpotensi untuk dikenakan saman. Malah, dalam kes tertentu, korang mungkin boleh dikenakan saman untuk dua kesalahan trafik yang berbeza. Sebagai contoh, kalau korang memandu kenderaan melebihi had laju, korang akan menerima saman kesalahan trafik tersebut (saman speedtrack atau AES). Jika pihak polis mendapati warna kereta yang disaman adalah berbeza dengan rekod JPJ sedia ada, korang mungkin juga akan menerima saman kerana menukar warna cat kenderaan tanpa kebenaran. Dah kena dua kali saman. Daripada aspek tuntutan insurans kereta pula, tiada implikasi yang boleh dikaitkan dengan penukaran warna kenderaan. Namun begitu, perbezaan antara rekod pendaftaran dan keadaan semasa kereta mungkin boleh menjadi sumber pertikaian atau komplikasi semasa tuntutan insurans. 

Contohnya, jika kenderaan korang terlibat dalam kemalangan dan pihak insurans mendapati warna kereta yang dinyatakan dalam rekod pendaftaran tidak sama dengan warna semasa kenderaan, besar kemungkinan pihak insurans tidak mahu menanggung kerugian yang dialami oleh pemilik.Buat masa ini, urusan permohonan penukaran warna ini hanya boleh dilakukan di kaunter JPJ. Untuk memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang Notis Pertukaran Butir-Butir Kenderaan Dan Pemunya Berdaftar (JPJ K8) di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ. Sumber: Qoala