Bukan senang nak dapatkan kulit yang cantik. Sekali ini antara amalan yang perlu diamalkan dalam penjagaan kulit.

Kumpulan BLACKPINK merupakan antara artis Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di negara mereka, namun juga di seluruh dunia. Tak pelik lah kalau jumlah pengikut mereka di Instagram dah menghampiri 50 juta! Selain berbakat dalam menari dan menyanyi, ahli BLACKPINK iaitu Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie ini juga popular dengan kecantikan mereka yang tersendiri. Jangan risau, korang pun boleh dapatkan kulit yang flawless macam mereka. Ikuti sahaja enam tips penjagaan kulit seperti yang diamalkan oleh artis K-Pop ini!

#1 Cuci muka dengan kaedah Double Cleansing 

Langkah pertama untuk kulit cantik ialah kena sentiasa cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit masing-masing. Kalau kulit korang jenis berminyak, elakkan guna cleanser untuk kulit kering. Kaedah Double Cleansing ini memang sinonim dalam kalangan orang Korea di mana mereka akan cuci wajah dengan oil cleanser terlebih dahulu sebelum mencuci muka dengan pencuci muka biasa. Step ini sangat penting terutamanya untuk korang yang pakai mekap setiap hari.

#2 Guna lip scrub dengan kerap 

Jangan ingat kulit muka je kena exfoliate tau sebab bibir pun perlu penjagaan yang rapi terutamanya kalau anda seorang yang pakai gincu dengan kerap. So, guna lah scrub bibir untuk buang sel-sel kulit mati pada kawasan tersebut. Antara jenama lip scrub yang bagus di pasaran ialah Innisfree, Sephora Lip Scrub, Etude House dan Bubblegum Lip Scrub. Untuk korang yang tak pernah skrub bibir, step ini dilakukan sebelum tidur sebanyak 3-4 kali seminggu. Jangan lupa juga untuk pakai pelembab bibir lepas buat langkah ni.

#3 Buat urutan wajah lepas pakai pelembab 

Ramai dah tahu pakai moisturizer atau pelembab merupakan step yang paling basic dalam penjagaan kulit. Namun, tak semua tahu bahawa untuk urutan wajah ketika pakai pelembab boleh membantu mengurangkan penuaan? Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh YouTuber ini untuk urut wajah dengan betul.

#4 Pakai facial masks dengan kerap 

Selain pakai serum dan moisturizer, kaum wanita dan lelaki juga disarankan untuk pakai facial masks sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Sama macam Jisoo BLACKPINK ini sebab dia dikatakan memiliki kulit jenis kering, jadi dia perlu pakai sheet mask dengan kerap iaitu 2-3 kali sehari. Kebanyakan jenama sheet masks boleh didapati dengan mudah di drugstore seperti Watson dan Guardian. Lebihan essence yang ada pada mask tu pula boleh dipakai pada leher dan tangan.

#5 Makan makanan yang berkhasiat 

Tak ada gunanya juga kalau korang spend beratus ringgit untuk beli skincare products tapi dalam masa yang sama, korang banyak makan makanan segera dan bergula. Ini kerana sedikit sebanyak gaya pemakanan akan mempengaruhi juga kesihatan kulit. Menurut Zoom TV Entertainment, Jennie dikatakan pernah mendedahkan bahawa dia akan elakkan dari mengambil makanan tinggi garam. Sebaliknya, dia banyak minum jus buahan segar dan jus detox.

#6 Ambil makanan yang mempunyai kolagen 

Selain itu, ahli BLACKPINK juga dikatakan sangat rajin makan sup kolagen yang dimasak menggunakan resepi ibu kepada Rose. Difahamkan, makanan yang tinggi kandungan kolagen boleh memberikan anda kulit yang anjal. Antaranya makanan yang boleh kita cuba ialah ayam, buah beri, tomato dan kekacang. Pendek kata, selain pakai produk kecantikan, kita juga kena rajin makan sayur dan buah kalau nak wajah tanpa cela. Kalau kulit dah flawless nanti, mekap pun akan jadi lebih smooth je kan. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada diri masing-masing, dan yang penting, sayangi diri anda.  Sumber: Daily Vanity, Zoom TV Entertainment, Healthline

Muka Berpeluh Dan Bercapuk Kerana Mask. Ini 5 Langkah Mudah Dapat Kekalkan Solekan Anda.

Terdapat beberapa cara untuk membuatkan solekan anda tetap mampan meskipun memakai topeng wajah. Cuaca panas seperti di Malaysia dan harus memakai topeng muka untuk mengecah Covid-19 membuatkan wajah seseorang lebih mudah berpeluh. Bagi kaum wanita yang menggunakan solekan, ia juga mudah luntur dan itu belum lagi ia melekat pada topeng muka yang dipakai. Tapi jangan bimbang, ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mencegah solekan anda cair dan antaranya adalah;

1. Menggunakan pelembap

Solekan yang tahan panas dan peluh perlu memiliki dasar yang padu. Sebelum bersolek, berikan nutrisi kepada kulit wajah dengan menggunakan pelembap untuk menghindar kulit daripada kering selain membuatkan solekan anda tahan lebih lama.

2. Memakai primer

Sebelum menggunakan bahan lain, sapu primer pada kulit. Primer dipakai setelah pelembap dan menyapu bedak asas. Primer membuatkan kulit wajah tampak halus dan rata, malah ia akan menjadikan bedak asas melekat dan tahan lebih lama. Sebaik-baiknya pilih produk primer yang sesuai dengan kulit wajah dan paling penting ia memiliki fungsi mencegah kulit berminyak.

Dengan kaedah yang betul, solekan mampu bertahan lebih lama.

3. Sapu bedak asas

Selepas melakukan dua langkah tersebut, baharulah sapukan bedak asas yang sesuai dengan warna kulit anda. Untuk mendapatkan hasil yang cantik, gunakan beauty blender agar bedak dapat bersatu dengan kulit.

4. Solekan kalis air

Antara kunci solekan tahan lama adalah dengan memilih produk kalis air. Pilih maskara, pembayang mata dan kening yang kalis air.

5. Semburan penahan solekan (setting spray)

Akhiri proses solekan anda dengan menggunakan setting spray sebagai sentuhan terakhir. Ia berfungsi sebagai pengunci solekan agar ia terletak dan tahan lebih lama. Setting spray juga sangat berguna sebagai agen pencegah minyak pada wajah anda terutamanya yang banyak menjalani aktiviti luar. Sumber: mstar

Beli Produk Kecantikan Di Farmasi Dengan Mudah. Ini Tips Mudah Berbelanja Produk Kecantikan Di Farmasi.

Walaupun saat in banyak online store tetapi drugstore masih menjadi kegemaran orang ramai untuk berbelanja produk kecantikan. Produk kecantikan sudah sebati dengan masyarakat kini sehingga mudah didapati secara dalam talian dengan menekan butang klik ‘buy’ ke jenama pilihan, namun masih ramai berkunjung ke farmasi untuk mendapatkan keperluan diri. Secara teorinya, farmasi sememangnya menjadi tempat yang praktis untuk berbelanja produk kecantikan dengan kelengkapan dan stok banyak.

Kebiasaannya, farmasi atau kedai ubat-ubatan itu menawarkan kelengkapan seperti produk rawatan kulit, barangan solek, rawatan rambut, dan sebagainya. Tak cukup dengan itu, kebanyakan kedai kecantikan sering memberikan promosi menarik seperti diskaun besar-besaran atau beli satu percuma satu. Ia tentunya untuk menarik lebih ramai pelanggan datang sekaligus mendapatkan pelanggan tetap. Pun begitu, anda disarankan untuk membuat perancangan sebelum berbelanja produk kecantikan, termasuklah:

1. Senaraikan produk

Tip pertama ini merupakan kaedah paling penting sebelum pergi berbelanja ke drugstore, kerana senarai produk yang ingin dibeli boleh menjadi panduan untuk anda berada di kedai ubat. Anda disarankan untuk mencatat produk apa sahaja yang perlu restock di rumah yang diperlukan, contohnya skincare seperti toner, serum, lipstick, haircare atau produk lain. Setelah mencatat semua produk yang diperlukan, anda tidak akan tergesa-gesa atau bingung mencari sesuatu yang ingin dibeli disamping dapat mengelakkan membeli barangan yang tidak diperlukan sekali.

2. Cari review produk

Setelah produk yang ingin dibeli selesai dicatat, tip kedua perlu mencari reviu produk terlebih dahulu sama ada kualiti barang pilihan itu mempunyai penilaian menarik atau sebaliknya. Kaedah itu berkesan untuk mendapatkan pengetahuan berkenaan produk kecantikan yang dijual di pelbagai kedai, malah mudah untuk kita bandingkan produk jenama A dan B. Dalam pada itu, kebimbangan dan rasa bingung pengguna akan mulai reda kerana telahmenentukan produk yang akan dibeli sesuai dengan reviu sebelumnya.

3. Bandingkan harga

Bercakap mengenai harga, siapapun ingin mendapatkan harga yang terbaik keatas pembelian produk selain kualitinya yang tinggi. Bandingkan terlebih dahulu harga produk disetiap media sosial yang dimiliki oleh drugstore tersebut tentang promosi yang ditawarkan. Begitu juga, ketika anda berada di pusat beli-belah, kunjungi beberapa drugstore dan lakukan perbandingan harga sehingga mendapat produk yang harganya lebih murah ataupun promosi menarik.

4. Transaksi tanpa tunai

Bagi memudahkan seseorang untuk berbelanja, sebaiknya gunakan kaedah pembayaran secara cashless atau tanpa tunai. Anda boleh mengamalkan penggunaan kad debit, kad kredit, atau aplikasi dalam talian yang mudah digunakan. Dengan cara itu, pelanggan tidak perlu menunggu wang kembalian dari juruwang dan merapikan wang satu persatu ke dalam dompet. Bukan itu sahaja, bayaran tanpa tunai juga boleh meminimumkan hubungan kita dengan orang lain, seperti kurang bersentuhan atau menerima wang secara bertukar-tukar dari juruwang disamping dapat mengelakkan penularan Covid-19. Sumber: mstar.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.