Jangan risau jika anda kontak rapat. Ketahui 4 perkara yang korang boleh lakukan sekiranya menjadi kontak rapat.

Jumlah angka mereka yang telah dijangkiti Covid-19 semakin hari semakin bertambah, hal ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan hampir seluruh dunia mencatatkan kes-kes baru terutamanya apabila tersebarnya varian Omicron yang dikelaskan sebagai ‘super spreader’. Hari demi hari, pasti ada sahaja berita kurang ‘enak’ tentang kenalan atau sudara mara yang dijangkiti virus tersebut. Selain pengambilan vaksinasi serta dos penggalak, kerajaan turut mengesyorkan supaya kita kekal mengikuti segala SOP yang dikeluarkan dan mengamalkan kesihatan awam kendiri.

Namun, sekiranya korang terpaksa tinggal dengan mereka yang dijangkiti, jangan panik dan ikuti langkah-langkah serta cara yang kitorang kongsi ini. Sudah tentu, adalah menjadi kerisauan kepada ramai sekiranya mereka turut dijangkiti, namun perlu diingatkan, kita boleh mencegahnya. Salah satu cara ianya merebak adalah melalui udara. Jadi pentingnya untuk kita mengenakan pelitup muka yang bersesuaian ketika dirumah, selain itu, korang boleh jugak follow tips ni okay?

Pastikan udara di dalam rumah ‘ditukar’

Kalau korang masih belum tahu, virus Covid-19 ni boleh tersebar menerusi titisan cecair dan ianya akan mudah berjangkit sekiranya penghidap batuk mahupun bersin. Jadi salah satu cara yang boleh dilakukan adalah memastikan pengudaraan yang baik di rumah. Seperti perkongsian di Twitter ini, adalah disyorkan supaya udara di dalam rumah untuk ‘ditukar’ seeloknya sebanyak 3 kitaran.

Asingkan pinggan mangkuk untuk kegunaan pesakit

Selain udara, perlu dipastikan agar pinggan mangkuk yang digunakan pesakit diasingkan dan dibasuh secara berasingan daripada pinggan lain atau dibasuh menggunakan air panas bagi mengelakkan sebarang kemungkinan jangkitan berlaku. Untuk lebih mudah, gunakan pinggan mangkuk pakai buang sementara waktu untuk kegunaan pesakit tersebut.

Sentiasa memakai pelitup muka di rumah

Pastikan korang sentiasa memakai pelitup muka di rumah, lebih-lebih lagi apabila berada di ruangan yang terpaksa ‘dikongsi’ bersama pesakit seperti ruang tamu, ruang makan dan sebagainya. Jangan terus masuk atau berkongsi ‘ruang’ yang sama, tunggu beberapa minit atau ‘tukarkan angin’ seperti tips pertama tadi.

Pastikan ruang ‘berkongsi’ telah dinyahkuman

Memang agak sukar sekiranya kita tinggal serumah dengan mereka yang disahkan positif tetapi ia tidak bermakna kita terus ‘memulaukan’ mereka. Sebaliknya, kita perlu laksanakan langkah pencegahan terutamanya dari segi kebersihan rumah dari segala jenis virus dan kuman yang sememangnya tak nampak oleh mata kasar. Ketika ini, sangatlah digalakkan untuk korang setidaknya mempunyai ‘kit’ atau pek pencegahan jangkitan seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, penyembur pembasmi kuman dan lain-lain. Salah satu jenama yang ‘laku keras’ dan sering dicari oleh ramai pengguna lebih-lebih lagi semasa pandemik ini ialah Clorox!

Kalau nak tahu, rangkaian produk Clorox Expert ini dapat membunuh sehingga 99.9 peratus virus dan bakteria selain terbukti secara klinikal dapat membunuh virus Covid-19, hanya dalam 1 minit! Antara produk yang korang boleh cuba atau masukkan dalam pek pencegahan korang termasuklah, Clorox Expert Disinfecting Wipes dan Clorox Expert Disinfecting Spray.

Selain pada tu, untuk korang bersihkan rumah pulak, ada pelbagai rangkaian produk Clorox yang boleh digunakan seperti rangkaian produk pembersihan lantai, bilik mandi, dapur dan sebagainya. Ada produk untuk membersihkan lantai, membersih dan membasmi kuman, pembersihan dapur dan banyak lagi! Sumber: lobak merah

Jom Booking Slot Vaksin Untuk Anak Anda. Ketahui 10 Langkah Mendaftar Dengan Mudah Di MySejahtera.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu. Ibu bapa atau penjaga di seluruh negara sudah boleh mula mendaftarkan anak mereka untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera sejak 7 Mac lalu. Sebelum ini, sistem tempahan temu janji untuk PICKids ini hanya boleh dibuat oleh ibu bapa di Lembah Klang sahaja. Perkhabaran terbaharu ini adalah usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan kanak-kanak termasuk perlindungan terhadap varian Omicron yang lebih mudah dijangkiti.

Selepas kanak-kanak didaftarkan sebagai tanggungan (dependent) oleh ibu bapa atau penjaga di MySejahtera, ibu bapa atau penjaga boleh memilih PPV pilihan mereka berdasarkan lokasi, tarikh dan masa pilihan untuk menempah janji temu. Ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk mengemas kini MySejahtera kepada versi terkini sebelum meneruskan untuk membuat janji temu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin turut turun padang bertemu dengan kanak-kanak yang akan mengambil vaksin.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftarkan PICKids di MySejahtera.

1. Daftar anak sebagai tanggungan (dependent) di aplikasi MySejahtera anda

2. Pergi ke skrin utama aplikasi MySejahtera dan klik pada vaksinasi Covid-19.

3. Klik pada nama anak yang ingin diberikan vaksin

4. Klik pada pautan biru ‘Klik di sini untuk menempah janji temu tanggungan anda’.

5. Sahkan dan nyatakan bahawa tanggungan anda tidak pernah mengalami alahan yang teruk dan tidak menggunakan ubat blood-thinning. Jika anda menjawab ‘tidak’ kepada mana-mana soalan tersebut, tanggungan anda akan menjalani penilaian pra-vaksinasi.

6. Jika kedua-dua kotak pada soalan tersebut ditandakan, anda boleh teruskan memilih jenis vaksin dan pusat vaksinasi pilihan. Anda perlu memilih Pfizer (Children) sebagai jenis vaksin

7. Pilih nama PPV dan lokasi PPV pilihan

8. Pilih slot janji temu yang tersedia. Klik ‘See more’ untuk melihat slot-slot tersedia yang lain.

9. Sebelum klik sahkan, pastikan semua maklumat yang dipilih betul (jenis vaksin, PPV, tarikh dan masa janji temu).

10. Slot vaksinasi yang disahkan akan dipaparkan.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menasihatkan ibu bapa supaya mendapatkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak yang layak bagi melindungi mereka daripada komplikasi yang serius, khususnya daripada dijangkiti Sindrom Radang Berbilang Sistem dalam Kanak-kanak (MIS-C). “Pada Februari lalu, dilaporkan tujuh kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Malaysia telah meninggal dunia akibat MIS-C daripada jangkitan Covid-19 dan kes juga menunjukkan peningkatan.

“Penyelidikan membuktikan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun berkesan dan mampu meningkatkan imuniti dan juga dapat mengurangkan risiko sakit yang serius akibat Covid-19. Sila lindungi keluarga anda dengan mendapatkan vaksin,” katanya. Ibu bapa atau penjaga juga boleh merujuk laman web ProtectHealth di www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV pilihan yang berdaftar di bawah ProtectHealth sebagai senarai rujukan di ‘Find Vaccination Centre (PPV)’.

Sehingga kini, terdapat 821 PPV fasiliti kesihatan swasta (klinik swasta, hospital pakar swasta, hospital swasta dan pusat penjagaan ambulatori) dan 91 PPV offsite yang berdaftar di bawah ProtectHealth yang menyediakan vaksin untuk PICKids. Sehingga 28 Februari 2022, sebanyak 879,264 dos vaksinasi untuk PICKids telah diberikan sejak dimulakan pada 3 Februari 2022 dan daripada jumlah itum sebanyak 568, 731 dos atau 64.6 peratus disumbangkan oleh Pengamal Perubatan Swasta dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth. Sumber: mstar