Mahu cara mudah untuk check saman JPJ. Ini 6 cara check saman polis dan JPJ secara online.

Hampir semua urusan boleh dilakukan secara online sahaja pada zaman sekarang ini termasuklah check saman JPJ atau semak saman polis. Anda dah tak perlu lagi bersusah payah pergi ke pejabat atau membuat panggilan telefon seperti dulu-dulu hanya untuk cek saman dan membuat pembayaran saman. Anda hanya memerlukan telefon pintar dan internet, sangat mudah kan. Dalam artikel kali ini, Qoala akan berkongsikan enam cara menyemak saman anda secara online melalui portal JPJ, MyEG, MyBayar Saman dan banyak lagi.

Yang paling menarik, nak check saman online ini sangatlah pantas dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Urusan anda untuk semak dan selesaikan bayaran saman yang mungkin dah lama tertunggak akan menjadi lebih mudah. Jom sama-sama kita tengok enam cara check saman PDRM online dan cara check saman JPJ online. Tak perlulah anda bersesak-sesak di kaunter semata-mata nak semak berapa jumlah saman yang telah dikenakan kepada anda selepas ini.

Elakkan Nama Disenarai Hitam, 6 Cara Check Saman Online yang Anda Perlu Tahu

Kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah kena saman sampailah bila kita nak renew insurans kereta. Sedar-sedar dah berbulan-bulan saman tertunggak. Selepas ini, anda boleh terus check saman anda secara online menerusi enam cara yang Qoala akan kongsikan dalam bahagian ini. Sebelum itu, ketahui kesalahan-kesalahan jalan raya yang boleh menyebabkan anda disaman oleh pihak polis dan JPJ. Antara kesalahan jalan raya adalah seperti: Berikut merupakan enam cara semak saman secara online untuk anda pilih:

Check Saman JPJ: Melalui portal JPJ, anda boleh semak saman JPJ dengan merujuk rekod notis dan saman yang dikeluarkan ke atas kereta anda sekiranya anda telah melakukan kesalahan trafik. Selain semak saman JPJ di portal ini, anda juga boleh menyemak saman AES (Automated Enforcement System) atau Sistem Penguatkuasaan Jalan Raya Automatik. Saman AES ini merupakan kesalahan yang dikesan oleh sistem pengesanan dan perakam kesalahan lalu lintas automatik. Contohnya, anda melakukan kesalahan tak mematuhi lampu isyarat atau memandu melebihi had laju di lebuhraya, sistem AES ini mampu menangkap kesalahan anda secara automatik.

Bagaimana Cara Semak Saman di Portal JPJ

Pergi ke laman web JPJ dan klik pada bahagian Semak Saman JPJ: Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kereta. Selepas itu, anda perlu memilih jenis pengenalan diri seperti Orang Awam Malaysia (MyKad) dan sebagainya. Kemudian, semua maklumat berkaitan saman JPJ dan saman AES anda akan dipaparkan. Sekiranya anda mahu terus menyelesaikan pembayaran saman JPJ atau saman AES, anda boleh melakukannya secara online melalui perkhidmatan e-Services. Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran di mana-mana Pejabat JPJ Negeri atau mana-mana Cawangan JPJ.

MyEG Check Saman : Anda mungkin biasa dengan MyEG, sebuah portal sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah insurans kereta, perbaharui permit pembantu rumah, renew lesen memandu, renew roadtax kereta dan banyak lagi. Tahukah anda, portal MyEG juga membolehkan anda untuk cek saman secara online? Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menggunakan portal ini untuk menyemak saman PDRM, JPJ, dan AES.

MyBayar Saman Check: MyBayar Saman ini mempunyai sistem yang sangat mudah yang membolehkan anda mendaftar sama ada melalui laman web atau aplikasi. Portal check saman yang dilancarkan oleh PDRM ini memberi kemudahan membayar saman kepada orang ramai tanpa perlu beratur di mana-mana kaunter PDRM atau JPJ. Melalui Platform ini, anda boleh semak dan bayar saman polis dan JPJ secara online tanpa sebarang caj perkhidmatan. 

SSO PDRM Check Saman: SSO PDRM juga merupakan salah satu portal check saman dari PDRM. Apa yang membezakan SSO dari portal MyBayar Saman yang juga disediakan oleh PDRM adalah anda hanya boleh check saman yang dikenakan oleh pihak polis atau PDRM sahaja. Ini bermakna anda tak boleh check saman JPJ.

RILEK Check Saman: Rilek merupakan singkatan untuk ‘Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan’. Laman web kendalian kerajaan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kepada rakyat Malaysia. Dengan rilek, anda bukan sahaja boleh check saman PDRM atau JPJ, anda juga boleh membuat semakan saman DBKL dan juga status insolvensi.

Bagaimana Cara Semak Saman di Rilek: Layari laman web RILEK, dan daftar sebagai pengguna baharu RILEK, seteleh selesai, log masuk atau login RILEK menggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda, selepas itu, klik pada menu “Search By” kemudian pilih semak saman dan isikan maklumat yang diperlukan. Anda akan dapat lihat maklumat tentang bayaran saman anda yang tertunggak akan dipaparkan.Yang menariknya tentang RILEK ini, anda boleh membuat pembayaran dan menjelaskan saman anda secara online menerusi perkhidmatan online banking di Malaysia seperti RHB, Maybank, CIMB dan lain-lain lagi.

Check Saman SMS: Anda juga boleh check saman JPJ atau semak saman polis melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Perlu diingatkan, perkhidmatan SMS ini sedikit berbeza dengan portal semak saman yang telah dikongsikan di atas. Sekiranya anda memilih untuk cek saman polis melalui SMS, setiap SMS yang dihantar tertakluk pada caj perkhidmatan sebanyak 15 sen. 

Bagaimana Cara Semak Saman Melalui SMS: Secara amnya, terdapat dua cara check saman melalui sms – cara cek saman guna IC, cek saman polis melalui no plat: Baiklah ini cara cek saman polis SMS, anda perlu taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888 atau 32728. Ini pula cara cek saman JPJ SMS, anda perlu taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan dan Hantar ke 15888

Apa Akan Jadi Kalau Anda Tak Bayar Saman: Anda mungkin tertanya-tanya apa akibatnya kalau tak bayar saman? Pertama sekali, kalau anda lambat menjelaskan saman, anda akan dikenakan kompaun dan jumlah kompaun biasanya bergantung pada seberapa cepat anda jelaskan kompaun tersebut. Konsepnya begini, lagi lambat anda bayar, lagi banyaklah amaun yang perlu dibayar kerana jumlahnya akan terus meningkat sehingga amaun maksimum. Untuk mengelakkan diri anda daripada dikompaun lebih tinggi, anda boleh menjelaskan bayaran saman dalam masa 1-15 hari untuk menikmati diskaun sehingga 50 peratus.

Sekiranya anda bayar dalam tempoh 31-60 hari, anda perlu membayar amaun penuh. Contohnya, anda dikenakan saman sebanyak RM150 apabila melakukan kesalahan memandu dengan lesen tamat tempoh. Sekiranya, anda membayar dalam tempoh satu hingga 15 hari, jumlah yang anda perlu bayar boleh dikurangkan sehingga 50 peratus iaitu sekitar RM70. Selepas tempoh 15 hari tamat dan anda masih belum menjelaskan saman tertunggak tersebut, jumlah tersebut akan meningkat sekitar RM110 hingga RM120. Selepas sebulan (dalam tempoh 31 hari sehingga 60 hari), anda perlu membayar jumlah yang penuh.

Kalau anda masih belum menjelaskan bayaran saman yang tertunggak, jangan terkejut jika anda menerima surat dari mahkamah yang menyeru anda masuk court. Bukan itu sahaja, segala dokumen berkaitan dengan kenderaan anda seperti lesen memandu dan cukai jalan kereta akan disenaraihitamkan. Banyak lagi akibat yang akan anda tanggung sekiranya lambat atau berdegil untuk membayar saman. Oleh itu, sekali lagi Qoala nak nasihatkan supaya anda periksa saman anda dengan enam cara yang telah dikongsikan dalam artikel ini.

Diharapkan perkongsian artikel kali ini akan memudahkan urusan berkaitan dengan saman. Anda pilih sahaja mana-mana portal yang anda rasa sesuai dengan anda. Jangan lupa check saman ya. Sumber: Qoala.