Memang extreme gila permainan ni. Ini 5 tarikan yang gila untuk menguji adrenalin anda.

Berjalan ke taman tema tidak lengkap jika anda tidak mencuba permainan yang disediakan. Zaman sekarang pelbagai pilihan tarikan yang disediakan dan masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri. Jom lihat 5 tarikan yang gila untuk peminat yang sukakan aktiviti menguji adrenalin.

Dodonpa (Jepun)

Pada tahun 2001, Dodonpa dinobatkan sebagai roller coaster terpantas di dunia. Roller coaster yang terletak di Fuji Q Highland ini mempunyai track sepanjang 1,189 meter dan ketinggian 52 mater. Selain daripada itu, Dodonpa mempunyai cerunan yang mencapai 90 darjah yang pasti menguji adrenalin anda.

Insanity The Ride (Amerika Syarikat)

Insanity the Ride terletak di Stratosphere Hotel and Casino, Las Vegas. Terletak pada ketinggian sekitar 274 meter dan kelebaran sepanjang 19 meter di menara hotel, pengunjung akan dipusingkan dengan kelajuan mencapai 60 km per jam dengan sudut hingga 70 darjah. Ini pasti membuat anda kecut perut.

Top Thrill Dragster (Amerika Syarikat)

Kenderaan yang terletak di Cedar Point Amusement Park ini mempunyai ketinggian sekitar 128 meter dan mempunyai kelajuan mencapai 190 km / jam. Malah cerunnya mencapai 90 darjah. Disebabkan features inilah yang menyebabkan ramai pengunjung menarik diri daripada menaikinya.

X2 Six Flags Magic Mountain (Amerika Syarikat)

X2 Six Flags Magic Mountain adalah roller coaster empat dimensi pertama di dunia. Setiap pengunjung yang menaiki kenderaan ini akan duduk di tempat duduk yang membolehkan mereka berpusing hingga 360 darjah. Ini menjadikan pengunjung berpusing dan merasai sendiri tungangan secara empat dimensi.

Tower of Terror (Australia)

Tarikan di Dreamworld ini adalah roller coaster terpantas keempat di dunia. Pengunjung akan dibawa naik dan turun dari ketinggian 113 meter. Dengan kelajuan mencapai 160km / jam, tunggangan ini hanya memerlukan masa sekitar 6.5 saat untuk sampai ke bawah. Jadi untuk anda yang sukakan aktiviti yang menguji adrenalin, boleh masukkan senarai di atas di dalam wishlist anda! Sumber: murai.my

Negara Kecil Tetapi Banyak Keunikan. Ketahui 5 Negara Terkecil Di Dunia.

Monaco antara salah sebuah negara terkecil di dunia. Setiap negara mempunyai kawasan yang luas dan terbahagi kepada beberapa negeri dan daerah tetapi ada juga negara kecil dengan bilangan penduduk sedikit. Meskipun negara ini kecil tetapi ia mempunyai tarikan tersendiri dan malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Berikut adalah lima negara terkecil di dunia dan fakta di sebaliknya.

1. Vatican City

Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang hanya mempunyai keluasan 0.44 kilometer persegi. Ia juga dikenali sebagai sebuah negara yang menganut sistem pemerintahan Teokrasi iaitu berlandaskan agama. Negara itu juga hanya mempunyai 1,000 penduduk dan dikenali sebagai ‘enklave’ kerana ia terletak di dalam negara lain iaitu Itali. Kawasan vatican juga menjadi destinasi pelancongan yang tidak pernah sepi dengan pengunjung dari seluruh dunia. Sebagai tanda sempadan dengan Itali, Vatican dikelilingi oleh tembok-tembok di sekitar Rome.

2. Monaco

Siapa sangka Monaco adalah salah satu negara terkecil di dunia dengan hanya berkeluasan 2.02 kilometer persegi. Meskipun kecil namun jumlah penduduknya lebih padat iaitu 30,000 orang. Monaco masih termasuk dalam benua Eropah dan dikelilingi oleh negara besar lain seperti Perancis dan menghadap Lautan Mediterenian.

3. Liechtenstein

Terletak di Eropah, negara terkecil berikutnya adalah Liechtenstein yang berkeluasan 160 kilometer persegi, dengan populasi penduduk hanya 37,000 orang. Negara itu dipimpin oleh seorang perdana menteri dengan majoriti penduduk beragama katolik Rome. Kehidupan masyarakat di Liechtenstein sangat dipengaruhi daripada negara sekelilingnya memandangkan kebanyakan penduduknya berasal dari Jerman, Switzerland dan Austria.

4. Nauru

Nauru adalah antara lima negara terkecil di dunia yang terletak di Australia. Keluasannya juga hanya berukuran 21 kilometer persegi dengan 9,540 penduduk. Sebelum ini Nauru pernah bergelar sebagai sebuah negara kaya kerana mempunyai lombong fosfat yang digunakan untuk membuat bahan letupan. Bagaimanapun disebabkan pelbagai faktor geografi Nauru mengalami pelbagai perubahan dan kerosakan sehingga menjejaskan penghasilan fosfat.

5. Tuvalu

Tuvalu atau Kepulauan Ellice terletak di antara Hawaii dan Australia, lebih tepat di Lautan Pasitik. Negara itu hanya memiliki keluasan 26 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk hanya 10,000 orang. Bagaimanapun, semakin ramai yang berpindah keluar daripada kepulauan itu disebabkan paras air laut yang terus meningkat apatah lagi kedudukan Tuvalu terletak di tanah rendah.

Pelik Tapi Mengejutkan. Ini 5 Lokasi Di Dunia Tak Boleh Dijejaki Oleh Kaum Wanita

Walaupun perjuangan golongan aktivis tentang wujudnya segregasi (bezakan lelaki dan wanita) dibuat, tetapi masih wujud tempat-tempat seperti ini. Bunyinya agak pelik, tetapi ada beberapa bahagian di dunia tidak boleh dijejaki kaum wanita. Ini kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang kepada adat resam dan kepercayaan tradisional di kawasan tertentu.

Bagaimanapun sebahagian daripada kepercayaan ini tidak lagi terpakai dalam amalan harian, terutamanya pantang larang dan adat yang melibatkan perbezaan layanan antara lelaki dan wanita. Berikut adalah beberapa kawasan di mana wanita dilarang memasuki atau mendekati kawasan tersebut.

1. Lorong Herbertstrasse, Jerman

Walaupun bukan kerana adat atau kepercayaan tradisional, tempat ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Jalan Herbertstrasse di Jerman melarang wanita masuk kerana ia merupakan lorong kegiatan yang tidak baik. Pada masa lalu, kerajaan Nazi Jerman memilih untuk mendirikan pagar untuk menyembunyikan aktiviti yang berlaku di bahagian dalamnya. Uniknya, pagar ini masih didirikan walaupun sudah banyak kali diruntuhkan oleh gerakan-gerakan aktivis yang cuba menghalang pengeksploitasian wanita dan larangan untuk wanita masuk berjaya dikekalkan.

2. Kuil Shabarimala, India

Kuil ini merupakan kuil Hindu yang terletak di Kerala, India. Sejak tahun 1991, kuil ini telah menjadi zon terhad untuk wanita yang sedang dalam proses ovulasi. Bagaimanapun, larangan itu berjaya dicabar oleh pertubuhan hak asasi manusia pada 2018. Mahkamah India terpaksa mengisytiharkan bahawa semua penganut Hindu harus dibenarkan memasuki kuil tanpa mengira jantina. Tetapi ini menyebabkan kontroversi besar kerana pada penghujung tahun 2019, kerajaan Kerala mengumumkan bahawa mereka akan melarang mana-mana wanita daripada memasuki kuil.

3. Pulau Okinoshima, Jepun

Pulau di Jepun ini dianggap sebagai salah satu tempat suci masyarakat Jepun. Okinoshima juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, dan wanita dilarang memasuki pulau itu. Bukan itu sahaja, hanya 200 orang sahaja dibenarkan memasuki pulau itu pada 27 Mei setiap tahun. 27 Mei merupakan upacara memperingati peperangan yang berlaku tidak jauh dari pulau tersebut. Majlis tersebut memerlukan semua yang hadir berendam di pantai tanpa memakai tali. Aktiviti berendam ini merupakan aktiviti yang wajib untuk menyucikan pelancong lelaki sebelum berjalan ke kawasan lain.

4. Gunung Omine, Jepun

Tapak suci Gunung Omine, yang juga terletak di Jepun, telah menjadi salah satu tempat ibadat utama Shugendo, iaitu agama purba yang diamalkan oleh etnik minoriti di Jepun. Selama lebih dari 1,300 tahun, hanya kumpulan lelaki dibenarkan mendaki gunung dan mencapai kuil yang dibina di atasnya. Pada tahun 1872, kerajaan Jepun mengharamkan sebarang aktiviti kerana jantina menghalang mereka daripada memasuki tempat tertentu. Namun, menariknya wanita di sini tidak menimbulkan kontroversi, malah menghormati tuntutan sami di sana, tidak seperti yang berlaku di Kuil Shabarimala.

5. Pergunungan Athos, Greece

Selama lebih 1,000 tahun, kawasan pergunungan ini sebenarnya dibuka untuk latihan sami. Gunung Athos dipanggil “Agion Oros” di Greece, yang bermaksud gunung suci kawasan larangan untuk wanita. Malah, haiwan betina juga dilarang menjejaki gunung tersebut. Wanita juga dilarang menghampiri kawasan itu sejauh lebih kurang 500 meter sebelum disifatkan memasuki kawasan larangan.

Tradisi ini dikekalkan untuk memperingati kemunculan Perawan Maria di kawasan yang menukar kawasan itu menjadi doktrin Ortodoks Kristian, dan mereka akan memastikan bahawa hanya Mary adalah satu-satunya wanita yang menjejakkan kaki di kawasan itu.