Memang pelik dan unik betul. Ketahui 4 muzium unik di seluruh dunia.

Adakah anda suka melawat muzium? Hari ni, admin nak kongsikan tentang 4 muzium paling unik di dunia. Ada di antara muzium dalam senarai ni yang boleh dilihat pamerannya hanya jika anda boleh snorkelling atau diving. Kalau nak tahu muzium apa tu, korang kena lah baca sampai habis.


1. The Cup Noodle Museum, Jepun

Bagi peminat tegar mi segera, Cup Noodle Museum di Jepun ini mungkin sudah memang ada dalam bucket list anda. Mempunyai dua cawangan di negara matahari terbit, pengunjung di muzium ini akan mempelajari sendiri sejarah mi segera.

Muzium ini turut mempamerkan pondok dimana Momofuku Ando, iaitu orang pertama yang mencipta mi segera menghasilkan salah satu makanan kegemaran masyarakat dunia. Selain itu, para pengunjung juga boleh menghasilkan cup noodle tersendiri. Selain mempunyai pameran berwarna-warni mi segera dari seluruh dunia, muzium ini juga mempunyai Instant Noodles Tunnel yang memaparkan 800 packaging produk mi segera yang semakin berkembang.

2. Cancun Underwater Museum of Art, Mexico

Jika anda pandai snorkelling atau diving, muzium ini mungkin akan menjadi pilihan anda. Terletak di antara pulau-pulau di Cancun dan Isla Mujeres, muzium ini merupakan muzium bawah laut paling besar di dunia. Setiap tahun, dikatakan hampir 750,000 pelancong akan datang ke sini.

Terdapat kira-kira 500 sculptures dipamerkan, muzium ini mengetengahkan pelbagai tema seperti kehidupan para nelayan dan banyak lagi.


3. The Museum of Broken Relationships, Croatia

Mungkin kedengaran aneh tetapi memang wujud sebuah muzium di dunia ini yang didekasikan khas untuk hubungan cinta yang tidak kesampaian. Terletak di Zagreb, Croatia, kebanyakan barang pameran di dalam muzium ini adalah barangan peribadi bekas kekasih beserta description pendek mengenai objek itu.

Idea disebalik pembangunan muzium ini bermula dengan satu jenaka antara Olinka Vištica dan Dražen Grubišić yang mahu membangunkan muzium untuk menempatkan barangan peribadi mereka apabila mereka memutuskan hubungan. Ia sebenarnya sebagai salah satu cara pasangan itu untuk mengenang memori mereka bersama. Siapa sangka, jenaka itu menjadi realiti dan muzium berkenaan dilahirkan.

4. The Museum of Bread Culture, Jerman

Anda peminat roti? Jika ya, kunjungan ke muzium ni mungkin akan buatkan anda terus mengidam nak makan roti. Diasaskan pada tahun 1955, Museum of Bread Culture yang terletak di Jerman ini bertujuan untuk memaparkan sejarah roti berusia 6,000 tahun yang berkait rapat dengan budaya dan pembangunan manusia.

Muzium ini mempamerkan lebih 18,000 objek dan 700 daripadanya adalah pameran kekal. Selain mengetengahkan kepentingan roti dalam masyarakat, muzium ini juga ada menunjukkan pelbagai cara membuat roti. Pun begitu, tiada roti sebenar yang dipamerkan di muzium ini kerana pengasasnya percaya roti bukanlah satu barang pameran tetapi makanan yang perlu dihidangkan panas setiap hari. Apa pendapat anda tentang muzium-muzium ini? Anda tahu mana-mana muzium unik lagi dalam dunia ni? Tinggalkan komen anda di ruangan komen. Sumber:lobak merah.

Teringin Ke Korea. Pastikan 5 Restoran Dan Kafe Milik Artis Kpop Ada Dalam Perancangan Anda Ke Sana.

Sebagai penggemar setia Kpop, pasti ada di antara kita yang mengimpikan untuk berkunjung ke Korea Selatan bagi melawat lokasi menarik dan mempunyai kaitan dengan artis kegemaran. Bermula daripada siri lokasi penggambaran video muzik, lokasi kegemaran artis Kpop, malah ada yang sanggup menunggu di hadapan syarikat agensi sekiranya bertuah bertemu selebriti kesayangan mereka. Sementara menunggu pandemik benar-benar berakhir dan boleh ke luar negara, apa yang wajib ada dalam bucket list anda ialah berkunjung ke restoran dan kafe milik idola Kpop di Korea. Berikut adalah senarai lima restoran dan kafe milik Kpop Idol yang mesti dilawati.

1. Magnate – Jimin ‘BTS’

Magnate yang dimiliki bapa kepada Jimin anggota kumpulan BTS ini mula beroperasi pada tahun 2019 dan menjadi tempat berkumpul peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Army. Bukan sahaja suasana kafe yang sangat luas dan selesa, ada di antara Army yang berkunjung mendakwa pernah berjumpa dengan bapa Jimin. Kafe ini menyediakan pelbagai menu minuman seperti kopi selain mengetengahkan reka bentuk dalamannya yang estetik. Alamat: 1786-19, Daeyeon-dong, Nam-gu, Busan.

2. Otsu Seiromushi – Jin ‘BTS’

Restoran milik Jin BTS juga menyajikan hidangan Jepun yang diuruskan oleh Jin dan abangnya. Kebiasaannya restoran ini beroperasi pada waktu malam dan hanya menerima pengunjung yang telah menempah awal. Rata-rata pengunjung perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam dalam senarai menunggu untuk menikmati hidangan di situ. Alamat: 30 Baekjegobun-ro 45-gil Songpa Ildong, Songpa-gu

3. Gongbench – Suga ‘BTS’

Kafe ini adalah tempat yang wajib dikunjungi terutamanya Army di Pulau Jeju. Menariknya, kafe ini terletak di tepi laut milik Suga BTS yang diuruskan oleh adiknya, Geumjae. Tidak hanya menyajikan pelbagai pastri dan kopi, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan laut Jeju yang indah bertentangan restoran disamping dapat melawat ke muzium seni yang bersambung dengan restoran.
Namun dilaporkan kafe itu telah bertukar milik. Alamat: 83, Dongbok-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do.

4. Kamong Espresso – KAI ‘EXO’

Kamong Espresso adalah tempat berkumpulnya ahli EXO dan peminat mereka yang dimiliki oleh Kai EXO yang diuruskan bersama kakaknya. Nama ‘Kamong’ diilhamkan daripada namanya sendiri dan anjingnya, yang digelar ‘Monggu’. Menghidangkan pelbagai jenis kopi dan pencuci mulut yang sesuai untuk penggemar makanan manis, kafe ini tidak pernah sepi daripada pengunjung.Reka bentuk dalaman juga didominasikan dengan warna monocrome sekaligus pilihan perabot ringkas tetapi elegen.