Memiliki kaki yang cantik merupakan satu anugerah buat wanita, Ini rutin penjagaan memiliki kaki cantik dan menarik

Kebanyakan wanita memang mementingkan penjagaan kaki mereka. Memiliki kaki cantik merupakan satu anugerah buat wanita. Tahukah anda kaki memerlukan penjagaan rutin agar kulit tidak mudah kering dan merekah. Selain itu, kaki yang putih dan bersih menjadi idaman semua kerana ia membuatkan mereka tampil yakin dan berani di hadapan khalayak ramai. Disebabkan itu, cara menjaga kaki supaya kekal bersih serta putih sangat penting dan sebenarnya ada beberapa rawatan mudah boleh dibuat asalkan dilakukan secara berkala. Selain untuk mengekalkan penampilan yang cantik, menjaga kaki juga berguna untuk menangani masalah seperti kulit kering, kasar, kusam, dan parut. Menurut laman Net Doctor UK, terdapat beberapa perkara yang boleh diamalkan seseorang supaya kaki sentiasa putih dan bersih di samping dapat mengelakkan masalah kulit berlaku, termasuklah;

Makanan berkhasiat salah satu cara penjagaan kulit, penjagaan paling asas dalam merawat bahagian kaki ialah makan makanan berkhasiat yang tinggi vitamin B12, C, E, zink, dan biotin. Anda boleh menemui kebaikan nutrien yang tinggi itu dalam ikan, daging, telur, produk tenusu, kacang, sayur-sayuran, terutamanya tomato dan lobak merah. Menariknya, makanan berkhasiat ini merupakan pengambilan terbaik yang memainkan peranan penting dalam melindungi serta membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kulit dan otot kaki supaya terbebas dari kulit kasar, pecah-pecah atau berkerak. Harus kerap kali pakai pelembab. Selain itu, penggunaan moisturizer atau pelembab badan cukup berkesan dalam mencegah pembentukan kulit keras atau kulit mti.

Bagaimanapun, anda disarankan memakai losyen yang mengandungi urea (Euciren) yang mampu mengikat air dalam lapisan tisu selain mengurangkan pembentukan sel kulit kering tambahan. Cara memakai pelembab misalnya pada waktu pagi sebelum menggunakan pelindung matahari dan ketika berada di dalam bilik berhawa dingin, atau pada waktu malam sebelum tidur. Perlu tahu rutin pengelupasan. Manakala untuk memastikan kaki bersih dan putih anda digalakkan untuk mengelupasnya secara berkala bagi menanggalkan sel kulit mti yang menyebabkan kusam. Proses pengelupasan ini boleh dilakukan menggunakan scrub, gel badan, serum badan, atau peremajaan badan dengan kaedah rawatan berasaskan cahaya yang biasanya terdapat di klinik kecantikan. Alternatif lain pula ialah pengelupasan air masin (2 sudu garam) yang telah dicampur dengan air suam dan merendam kaki selama 15 minit. Tetapi pastikan ketika melakukan rawatan semula jadi ini, kaki anda bukan dalam keadaan cedera.

Waxing adalah kaedah menarik bulu di sekeliling kaki dan bertujuan untuk menjadikan kulit kelihatan licin dan bersih. Begitu juga dengan pedikur, iaitu rangkaian rawatan yang khusus merawat kecantikan kuku kaki. Gabungan kedua-dua rawatan ini sememangnya berguna dalam menjadikan penampilan kaki bersih dan terawat disamping saranan untuk melakukan wax kira-kira sekali sebulan. Manakala pedikur pula, boleh dilakukan setiap dua minggu bergantung pada keadaan rambut dan kuku kaki anda. Kasut juga perlu pilih yang bersuaian, kepada penggunaan kasut yang anda gunakan setiap hari juga sangat penting. Ini kerana, pemakaian kasut yang tidak sesuai berkemungkinan besar akan merosakkan penampilan kaki. Sebagai contoh, kulit kaki akan mula menjadi lembab dan berpeluh, serta mengakibatkan jangkitan kulat yang boleh menyebabkan kecederaan sampingan jika seseorang itu kerap memakai kasut sempit. Oleh kerana itu, seboleh-bolehnya gunakan kasut mengikut saiz kaki tetapi tidak terlalu longgar atau sempit disamping materialnya mempunyai reka bentuk yang selesa digunakan tanpa rasa. Sumber, mstar.

Urat Bersimpul Tidak Boleh Buat Main. Rupanya Sesi Kaunseling Boleh Membantu. Vena varikos adalah masalah saluran darah yang biasanya boleh berlaku dibahagian kaki dan betis. Anda mungkin pernah melihat kaki seseorang yang uratnya seolah-olah berselirat dan bersimpul. Lebih menakutkan, simpulan urat itu berwarna kebiruan atau ungu gelap selain ia timbul. Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil vena varikos atau dalam kalangan masyarakat ia lebih dikenali sebagai urat bersimpul iaitu sakit pembuluh darah vena yang membengkak dan berbelit. Pakar Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Sufian Adenan berkata, sakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh. Malah kata Dr Mohd Sufian, urat bersimpul ini bukan sahaja dapat dilihat dengan mata kasar tetapi juga boleh menyebabkan bengkak pada buku lali, sakit kaki ketika berjalan, otot mudah menjadi kejang, ulser pada kaki serta kulit buku lali berubah warna kehitaman. “Masalah urat bersimpul ini biasanya berlaku pada bahagian kaki tetapi ia juga boleh terjadi pada bahagian badan lain.

Urat bersimpul berlaku akibat pemakaian kasut tumit tinggi terlalu kerap.“Kebanyakan kes vena varikos dialami mereka yang berumur 50 tahun ke atas tetapi ia juga boleh berlaku pada individu berusia seawal 30 tahun disebabkan faktor keturunan,” katanya. Jelasnya lagi, masalah urat bersimpul ini lima kali ganda lebih banyak berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Dr Mohd Sudian berkata, faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada sakit ini kerana sejarah keturunan keluarga, kehamilan, obesiti, postur badan (bediri atau duduk terlalu lama), pengambilan pil perancangan keluarga bagi wanita dan pengambilan pil rawatan hormon. “Gejala urat bersimpul ini biasanya pesakit akan mengalami lenguh dan sakit kaki, kegatalan, kaki menjadi bengkak, kekejangan otot kaki dan kerengsaan otot setempat. “Dianggarkan tiga ke enam peratus sakit vena varikos akan mengalami komplikasi ulser vena seumur hidup,” katanya.

Jelas Dr Mohd Sufian, komplikasi penyakit ini boleh berlaku sehingga tujuh peratus dan turut menyumbang kepada kemorosotan morbiditi. Perkara ini jelasnya disebabkan oleh pendarahan iaitu trauma setempat atau spontan kesan daripada vena varikos yang besar. “Selain itu, pesakit mungkin boleh mengalami komplikasi seperti keradangan vena di mana dinding vena dengan trombosis setempat yang menyebabkan kemerahan dan sakit pada kawasan kulit,” ujarnya. Sementara itu, Dr Mohd Sufian menjelaskan terdapat pelbagai kaedah rawatan boleh dilakukan oleh pesakit termasuklah kaunseling untuk memberi nasihat kepada pesakit supaya menggubah gaya hidup lebih sihat. Ini termasuklah menjelaskan tentang kebaikan menurunkan berat badan, melakukan aktiviti fizikal ringan dan sebagainya yang penting untuk memulihkan keadaan pesakit.

Pilihan sabun yang tepat adalah penjagaan tubuh jangka masa panjang.“Pesakit boleh datang untuk buat rawatan intervensi di klinik pakar dan biasanya doktor akan melakukan pengesanan diagnosis vena varikos melalui ujian duplex ultrasound. “Melalui ultrasound ini beberapa cadangan rawatan akan dibuat termasuk pembedahan pembuangan vena varikos,” katanya. Selain itu jelasnya, terdapat juga rawatan tanpa intervensi seperti penggunaan sarung kaki yang sangat sesuai bagi pesakit urat simpul tidak serius. Dr Mohd Sufian menjelaskan bahawa, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan pakaian yang ketat selain melakukan senaman melibatkan betis yang membantu melancarkan aliran darah ke jantung. “Kekerapan berjalan kaki atau mendaki bukit boleh mengurangkan gejala urat bersimpul malah menyihatkan tubuh badan. Paling utama adalah jalani kehidupan sihat dan amalkan diet,” katanya.