Rupanya asap rokok boleh jadi sebab bawah mata hitam macam panda, Ini antara punca bawah mata anda kelihatan hitam

Tanpa anda ketahui terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang mengalami masalah mata panda. Mata panda sering dianggap disebabkan oleh kurang tidur atau keletihan namun sebenarnya alasan itu kurang tepat. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor boleh menyebabkan seseorang mengalami mata panda iaitu lingkaran berwarna hitam di bawah mata. Ramai berasa kurang berkeyakinan apabila mata mereka terdapat lingkaran hitam dan ia mencacat penampilan terutamanya bagi yang berkulit cerah. Pun begitu, berita baiknya, mata panda bukanlah satu masalah yang membahayakan. Apa kata semak penyebab lain kepada masalah ini. Pelbagai faktor menyebabkan masalah mata panda termasuk penuaan, kurang zat besi dan trauma:

Kurang tidur salah satu penyebabnya, petikan dari All About Vision menyebut, kurang tidur boleh menyebabkan kulit tampak kusam, termasuk di bawah mata. Keadaan ini juga membuatkan terbentuknya kantung di bawah mata dan dapat memberikan bayangan lingkaran hitam, seperti mata panda. Tanda penuaan juga antara sebab, seiring bertambahnya usia, kolagen di kulit akan menipis. Keadaan ini membuat pembuluh darah di bahagian bawahnya semakin menipis, serta menyebabkan bawah mata tampak lebih gelap. Ketika seseorang mengalami elergi, tubuh bakal melepaskan zat kimia yang disebut histamin. Keadaan itu akan membuatkan pembuluh darah menjadi lebar dan menyebabkan bawah mata menjadi gelap. Apabila mata gatal, kita akan cenderung untuk menggosok-gosok bahagian mata. Apabila digosok secara berlebihan, pembuluh darah di bawah mata boleh pecah dan akan membentuk lingkaran hitam. Kekurangan air juga boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

Hidrasi atau menjaga keseimbangan cecair di dalam tubuh sangat penting untuk kesihatan dan penampilan. Ketika tubuh kekurangan air, bahagian bawah mata akan kelihatan cengkung dan berwarna lebih gelap. Hiperpigmentasi boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh termasuk kawasan mata. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh faktor paparan terhadap sinaran matahari berlebihan, perubahan hormon dan sebagainya. Kekurangan zat besi boleh jadi satu punca, kadar zat besi yang berada di bawah bacaan normal boleh mengganggu peredaran oksigen ke seluruh tubuh. Keadaan ini juga boleh mempengaruhi jaringan mata dan menyebabkan mata panda.

Terdedah kepada karbon monoksida daripada asap rokok boleh membuatkan kulit di bahagian bawah mata menjadi nipis dan memberi kesan warna gelap. Selain itu, tabiat merokok juga boleh mempercepatkan proses penuaan. Faktor genetik boleh juga dikaitkan, dalam beberapa kes, penyebab mata panda juga boleh disebabkan faktor genetik atau keturunan. Individu yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah sama biasanya akan mengalami perkara serupa. Kecederaan atau trauma akibat kemalangan boleh menyebabkan mata membentuk lingkaran hitam di sekitar mata. Bagi yang membuat pembedahan plastik di bahagian wajah turut mengalami masalah serupa. Bagaimanapun ia akan hilang dengan sendiri selepas luka pembedahan sembuh sepenuhnya. Sumber: mstar.

Wanita Hamil Tolong Berhenti Merokok. Jika Tidak, Ini Padahnya Terhadap Janin Anda. Merokok sememangnya satu tabiat yang merosakkan setiap aspek kehidupan manusia terutamanya kesihatan. Malangnya, perbuatan ini sudah dianggap sebagai norma atau trend dalam kehidupan masyarakat kini. Lebih menakutkan, ada juga ibu hamil yang merokok. Persoalannya, apakah kesannya terhadap bayi dalam kandungan mereka? Apakah bahaya yang menanti kepada bayi dan juga bakal ibu. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut untuk mengetahui kesan merokok terhadap janin dan juga wanita hamil. Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa kandungan nikotin yang terdapat dalam sebatang rokok sebenarnya akan meresap masuk ke dalam darah seterusnya merangsang ‘dopamine pathway’ yang berada di dalam otak. Ia mengakibatkan individu berasa teruja namun jika kandungan nikotin dalam darah berkurangan, mereka mula menjadi lesu. Akhirnya, ini akan menyebabkan ketagihan nikotin.

Merokok sangat berbahaya buat wanita hamil kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya. Bahan kimia ini jika disedut akan masuk ke dalam salur darah lalu mencemarkannya. Ia juga akan meresap masuk ke dalam janin melalui salur darah plasenta. Disebabkan bayi dan ibu adalah perhubungan secara terus dengan darah si ibu, bayi akan mudah terdedah kepadanya. Ini kemudiannya akan mengakibatkan pelbagai implikasi yang negatif. Kesan merokok terhadap janin dalam perut boleh sebab keguguran atau kematn janin. Menurut kajian yang dilakukan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), merokok meningkatkan peratusan keguguran dan kemtn janin akibat bahan kimia yang terdapat di dalam rokok. Dalam pada itu, keguguran janin biasa berlaku semasa 3 bulan pertama kehamilan. Kemtin janin pula selalu berlaku selepas 20 minggu kehamilan di mana bayi sudah mula matang. Jadi, ibu hamil sila berhenti segera untuk mengelakkan perkara ini berlaku ya.

Selain itu, ia boleh mengakibatkan kehamilan ektopik (luar rahim). Menurut kajian yang dikeluarkan oleh jurnal PLoS One, nikotin mampu menyebabkan kontraksi pada tiub fallopio. Ini kemudiannya akan menghalang janin daripada melepasinya lalu menyebabkan kehamilan luar rahim. Jika ini berlaku, janin tersebut perlu dikeluarkan untuk mengelakkan komplikasi serius yang boleh mengancam nyawa si ibu. Anda mahu jadi begitu? Jadi, segera berhenti merokok. Ketahui Plasenta previa (uri di bawah). Semasa kehamilan, uri kebiasaannya akan berada di dalam rahim dan menuju ke arah atas untuk memberi ruang serviks terbuka bagi tujuan melahirkan bayi kelak. Namun begitu, tabiat merokok akan meningkatkan risiko uri berada di bawah. Ini adalah berbahaya kerana ia mampu menyebabkan kekoyakan dan pendarahan pada plasenta.

Seterusnya, kelahiran bayi pramatang menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), merokok sememangnya mampu menyebabkan kelahiran bayi pramatang. Ini perlu dielakkan sama sekali kerana bayi pramatang akan mengalami pelbagai kondisi kesihatan, komplikasi dan kecacatan yang akhirnya boleh mengundang kepada kemtn bayi. Kelahiran bayi kurang berat, selain melahirkan bayi pramatang, tabiat merokok juga meningkatkan risiko bayi lahir kurang berat. Sama seperti bayi pramatang, bayi kurang berat juga akan mengalami pelbagai masalah kesihatan dan ketidakupayaan dan paling bahaya, ia juga mampu membawa maut. Kecacatan janin tabiat wanita hamil merokok juga mampu menyebabkan berlakunya kecacatan pada janin. Antara jenis kecacatan yang sering berlaku adalah masalah jantung berlubang dan masalah struktur jantung. Selain masalah jantung, merokok semasa hamil juga merupakan antara punca berlakunya kecacatan pada bibir bayi seperti sumbing.

Selain kesan merokok terhadap janin yang telah disenaraikan di atas, terdapat banyak lagi mudarat merokok. Jelas sekali, akan berlaku pelbagai komplikasi kepada janin dalam kandungan jika wanita hamil merokok. Oleh itu, berhentilah merokok tanpa mengira anda hamil atau tidak kerana merokok sememangnya akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan kita secara total. Ibu hamil, tolong berhenti merokok segera Kesimpulannya, tolonglah berhenti dari melakukan tabiat buruk ini. Sama ada ada mengandung atau tidak, itu bukan persoalannya. Merokok banyak kemuduratannya. Adakah anda mahu sesuatu perkara buruk terjadi kepada anda baru anda mahu berhenti, fikirkannya semula ya. Sumber, hello doktor.