Selalu runsing nak hilangkan kesan kuning pada ketiak baju, rupanya cuka dapat bantu selesaikan masalah tersebut, warna pakaian juga akan kekal

Cuka mempunyai pelbagai kegunaan termasuk mencuci baju. Selain dijadikan bahan tambahan dalam masakan, cuka juga dapat digunakan sebagai bahan pencuci pelbagai barangan di rumah termasuk mencuci pakaian. Namun tidak ramai menggunakan cuka ketika mencuci pakaian kerana bimbang baunya yang kuat akan melekat pada baju. Jangan bimbang, pakaian bukan sahaja tidak akan berbau cuka tetapi ini beberapa manfaat menggunakan bahan itu ketika mencuci pakaian anda. Jika kita menggunakan cuka sebagai bahamn pencuci ia juga dapat mengekalkan warna. Caranya dengan menambahkan setengah cawan cuka putih ketika membilas pakaian akan menghilangkan sisa sabun yang membuatkan pakaian berwarna hitam tidak kelihatan kusam.

Tahukah anda cuka juga dapat menghilangkan bau asap. Jika pakaian anda berbau seperti rokok atau asap jerebu, tambahkan sahaja setengah cawan cuka ke dalam mesin basuh ketika mencuci. Ia mampu menanggalkan semua bau-bau yang melekat pada pakaian anda. Selain itu, cuka juga dapat menghilangkan kotoran pada ketiak baju. Penggunaan deoderan boleh menyebabkan bahagian ketiak baju berwarna kuning tetapi dengan menyental sabun pencuci dan cuka ke bahagian itu, ia boleh menghilangkan kesan itu dengan cepat. Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, rendam pakaian yang sudah disental ke dalam bekas berisi air selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Pada masa yang sama cuka juga dapat membersihkan mesin basuh. Mesin basuh adalah antara tempat yang paling kotor kerana bakteria dan kotoran ketika mencuci baju akan melekat di celah-celah dan menyebabkan cucian seterusnya tidak bersih sepenuhnya. Selain menggunakan serbuk pencuci mesin basuh, cuka juga boleh digunakan untuk mencuci mesin basuh dan hasilnya cukup menakjubkan. Sumber, mstar.

Memang Jimat Duit Betul. Ketahui Cara Mudah Membuat Pembersih DIY Ini. Ia Mampu Buat Rumah Anda Harum Bersih Dan Segar. Pelbagai bahan semula jadi boleh digunakan untuk membuatkan rumah anda berbau harum. Siapa yang tak suka berada dalam ruang yang memiliki aroma segar dan nyaman? Apatah lagi kalau sudah seharian di pejabat dan akhirnya dapat pulang ke rumah yang bersih dan wangi. Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya. Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu. Bagaimanapun untuk berjimat dan hasil yang cukup memberangsangkan terdapat beberapa cara yang boleh anda buat sendiri (DIY) bagi membuatkan kediaman anda berbau harum. Seperti dikongsi Nik Zainah Muhammad, berikut adalah empat cara untuk membersihkan rumah sekali gus memberi haruman segar kepada kediaman anda.

Habuk juga tak melekat pada perabot. Bahan-bahan ialah satu penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air. Cara-caranya: Bancuh kedua-dua bahan ini sehingga sebati dan kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini akan membuatkan habuk tidak mudah melekat pada perabot anda malah membuatkan rumah berbau harum. Dapat Mengilatkan lantai. Lantai melekit memang boleh buat rasa tidak selesa apatah lagi di bahagian dapur. Jangan bimbang, ada cara mudah untuk selesaikan masalah itu! Bahan-bahan: Satu penutup pencuci lantai, cuka dan air panas. Cara-caranya: Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu sehingga kotoran dan habuk dibersihkan. Satukan semua bahan-bahan di atas dan mula mengemop lantai anda. Ulang proses mengemop beberapa kali sehingga lantai bersih. Hasilnya lantai akan menjadi lebih licin dan berkilat seperti baharu menukar jubin. Kena cuba!

Dapat jadikan wangian rumah. Selain menggunakan penyegar udara, anda boleh juga cuba petua ini untuk memastikan kediaman anada sentiasa wangi dan segar. Bahan-bahan: Satu penutup pelembut fabrik dan cuka. Cara-caranya: Mudah! Gabungkan kedua-dua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan kedua-dua bahan ini akan memberi bau yang segar dan memberi udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan semua perabot berfabrik disembur dengan rata agar baunya lebih tahan lama. Dapat Segarkan bilik air. Bahan-bahan ialaah satu sudu kecil soda bikarbonat, satu sudu kecil cuka dan satu cawan air. Cara-caranya: Satukan kesemua bahan-bahan ini dan masukkan ke dalam bekas penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya, bilik air berbau lebih segar dan harum. Sumber, mstar.