Sering kali sukar untuk memiliki kereta pertama. Ketahui tips beli kereta yang ramai terlepas pandang

Kebanyakan antara kita memang susah nak beli kereta, risau tak tahu bagaimana cara mengendalikannya. Ketahui tips beli kereta pertama ini dan apa yang patut kita tengok dulu ataupun main beli je. baca lebih lanjut di bawah. Jangan risau gais, harini Qoala nak cerita serba sedikit mengenai tips beli kereta pertama yang gerenti ramai yang still tak tahu. Bila sebut pasal kereta pertama ni, kita kena buat keputusan yang betul, kena fikir masak-masak. Bukan apa, kereta ni kan satu komitment yang besar. Silap beli, kena lah menanggung tujuh ke sembilan tahun nak membayarnya. Lagi satu korang kena ingat, kos ada kereta ni bukan takat bayar bulan-bulan je. Korang kena consider kereta punya maintenance, cukai jalan, insurans kereta dan banyak lagi lah. Haa dah ready ke nak ada kereta tu, kereta second ke kereta baru. Sebenarnya, tak kisah pun. Ikut kemampuan dan keinginan masing-masing. Yang penting, apa yang korang beli tu komitment dia tak memakan diri. Macam mana nak tahu, teruskan membaca.

Tips Beli Kereta Pertama Yang Tak Memakan Diri. Pastikan harga tak lebih 15 peratus dari income bulanan. Okay first thing first, tips beli kereta pertama yang korang wajib tahu ialah korang kena pastikan bayaran bulan bulan kereta tu tak lebih 15 peratus daripada gaji korang. Formula dia macam ni. Pendapatan bulanan X 15% = Jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan. Jadi misal kata korang punya monthly income RM3,000, monthly payment kena tak melebihi RM450. Jauhkan daripada kena tipu, bak kata orang, hidup ni tak selalunnya indah. Korang pun boleh kena tipu semasa beli kereta pertama kalau tak berhati-hati dan attention to detail. Iyalah, ada sesetengah penjual ni dia memang nak kaut untung saja. Kadang-kadang penjual kereta ni memang akan tabur yang manis saja. Orang putih kata, too good to be true. Jadi time korang nak beli kereta tu, ni yang patut korang semak.

Contohnya, kalau penjual minta korang untuk buat bayaran deposit kereta melalui akaun peribadi dia, itu terang-terang red flag. Korang patut mencari kereta di tempat lain. Kadar faedah yang paling rendah untuk kereta tempatan around 2.9 peratus dan 2.7 peratus untuk kereta import. Kalau penjual kereta tu letak kadar faedah yang terlalu rendah, memang tak masuk akal. Penjual memberi jaminan kelulusan loan kereta yang tinggi. Perlu tahu bezakan keperluan dan kehendak. Tips beli kereta pertama yang seterusnya ialah, korang kena ketahui kehendak dengan keperluan. Kalau korang dapat bezakan kedua-dua aspek ni, korang boleh mendapatkan kereta mengikut keperluan korang. Selalunya, pengedar kereta yang berpengalaman boleh teka korang sama ada korang pembeli pertama atau tak berdasarkan perwatakan korang. Dari situ, sesetengah pengedar kereta akan ambil kesempatan untuk jual kereta yang lebih daripada kemampuan korang. 

Tapi sebenarnya, diaorang tak salah pun. Itu kerja diaorang untuk buat sales. Kita, sebagai pembeli yang kena ada pendirian yang tetap. Sebab tulah korang disarankan untuk buat survey, kenal pasti keperluan atau kehendak. Dengan cara ni, korang boleh dapat make sure yang budget korang still tak lebih daripada monthly income korang. Perlu Buat Survey Masa Beli Kereta Pertama. Kereta ni boleh dikatakan antara item yang paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup. Dan sebab itu juga lah kenapa proses survey ni penting. Korang kena buat survey bukan takat harga je, tapi macam-macam aspek lagi kena ambil kira.  Sama macam beli laptop. Korang kena tengok spek-spek kereta tu sama ada kena dengan keperluan korang atau tak. Caranya mudah je. Korang pergi je dekat showroom jenama kereta yang korang minat tu tak kisah lah Proton atau Honda ke, Mercedes ke, dan tanya dekat sales person. Sales person tu akan terang dekat korang. 

Akhir sekali anda harus setkan priority atau tahu keutamaan korang ni tips beli kereta yang seterusnya. Memang tak salah pun kalau nak beli kereta based on rupa kereta tu ke prestasi ke. Tapi, aspek-aspek macam tu tak sepatutnya dijadikan sebagai keutamaan kalau korang nak beli kereta buat kali pertama.  Bak kata pepatah, biar papa asal nampak bergaya, Korang mungkin ada hati dekat sebuah sport car. Nampak cooll, mewah dan bergaya. Tapi, dalam pada nampak mewah tu, poket korang akan menangis bila time nak maintain sport car tu. Baiklah, benda-benda macam ni lah yang korang patut letak as higlight masa nak beli kereta pertama. Tak adalah backfire dekat kita pula, betul tak. Lagi satu, perkara utama kalau korang nak beli kereta ni, korang kena tahu pasal insuran kereta. Sebabnya, insurans kereta ni wajib di sisi undang-undang Malaysia. Kalau korang kena tahan dekat roadblock, pastu kereta korang takde insurans, haaa menjawablah korang. Sumber, Qoala.