Ada pelbagai sebab mengapa kucing suka menatap wajah pemiliknya. Sedar atau tidak, kucing mempunyai beberapa perilaku yang sukar difahami manusia dan salah satunya adalah ia gemar menatap wajah pemiliknya. Keadaan ini pastinya membuatkan kita tertanya-tanya mengapa si bulus berbuat demikian. Adakah ia sedang marah, gembira atau mahukan perhatian. Komunikasi kucing tidak mudah difahami kerana adakalanya ia akan menggunakan suara untuk meminta sesuatu tetapi adakalanya ia memberi isyarat menerusi bahasa tubuh. Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa kucing menatap wajah anda:
1. Rasa ingin tahu
Jika melihat kucing dalam keadaan tenang menatap wajah anda, ia sebenarnya hanya memperhatikan apa yang akan anda lakukan. Ini kerana bagi kucing, manusia adalah makhluk cukup menarik dan penyelamatnya termasuk menyediakan makanan, bermain dengannya dan menyayanginya.
2. Kelaparan
Kebiasaannya kucing akan mengiau atau menggesel di badan pemiliknya untuk memberitahu ia sedang lapar. Tetapi jika anda melihat kucing merenung wajah anda tanpa sebab, cuba periksa bekas makanannya kerana ia mungkin sedang kelaparan.
3. Sayang
Jika anda terbangun dan melihat kucing kesayangan berada di sisi anda dan sedang menatap wajah anda, itu petanda ia sayangkan anda. Begitu juga, apabila kucing perlahan-lahan baring di sebelah dan menatap wajah anda sebelum tertidur, ia cuba memberitahu ia selesa, percaya dan sayangkan pemiliknya.
4. Ketakutan
Seekor kucing yang merenung terus ke arah kucing lain dapat menandakan bahawa ia sedang gelisah, bersedia untuk menyerang atau melarikan diri. Namun hati-hati jika ia memberi pandangan sama kepada anda sambil mendengus, bulunya berdiri dan ekornya bergerak ke kiri dan ke kanan. Itu menandakan kucing sedang berasa takut, terancam atau marah. Dalam keadaan ini, elak menyentuh kucing anda dan jauhkan diri serta berinya ruang untuk meredakan kemarahannya. Sumber: mstar
Si Bulus Ni Macam Manusia Jugak Tau Siapa Sangka Dia Pun Boleh Cemburu. Ketahuilah Ini Beberapa Punca Dan Cara Atasi Kalau Kucing Korang Cemburu.
Seperti manusia, kucing juga mempunyai jenis personaliti yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah sifat cemburu, atau seolah-olah sedang cemburu. Antara contoh tingkah laku yang menunjukkan kucing anda cemburu adalah kecenderungan untuk menjadi agresif, kuat berdaya saing, atau berhierarki dalam mendapatkan apa yang diingini seperti makanan atau perhatian.
Kucing yang cemburu lebih cenderung untuk menarik perhatian dan ‘clingy’ berbanding dengan kucing yang lain. Meskipun telatah kucing yang cemburu ini kadang kala memenatkan, ada beberapa langkah yang anda boleh buat untuk menghentikan rasa cemburu kucing ini. Kuncinya adalah dengan mengenal pasti mengapa kucing anda berasa cemburu.
Kenapa kucing boleh cemburu?
Seperti manusia, kucing juga boleh berasa cemburu apabila mereka disisihkan atau persekitaran menjadi lain. Ada beberapa punca kecenderungan si bulus menjadi cemburu, antaranya adalah:
1. Kurang perhatian daripada tuan sendiri. Boleh jadi si tuan lebih memberi perhatian kepada haiwan lain atau kedatanganbayi baru.
2. Cara penjagaan semasa kucing kecil boleh membuatkan mereka menjadi terlalu bergantung kepada anda, sehingga menunjukkan tanda-tanda cemburu jika kurang perhatian. 3. Tiada ruang sendiri seperti tempat tidur boleh membuat kucing berasa terancam oleh haiwan peliharaan lain.
Tanda-tanda kucing cemburu: Tingkah-laku si bulus yang cemburu kebiasaannya termasuk mendesis (hissing), menggeram (growling) dan juga memukul objek yang dicemburui seperti telefon bimbit dan mainan. Kucing yang cemburu juga akan menceroboh ruang peribadi anda. Sebagai contoh, kucing akan menyelit atau baring di hadapan anda semasa anda sedang bermain permainan video atau menggunakan telefon bimbit. Kucing akan berusaha untuk membuat anda memberi perhatian kepada mereka.
Si bulus yang cemburu juga boleh bertindak mencari perhatian dengan menjadi lebih agresif seperti mencakar dan menggigit. Jadi, jika wayar pengecas telefon bimbit anda sering putus digigit kucing, mungkin dia memerlukan perhatian? Sesetengah kucing pula akan sengaja membuat air kecil ke dinding atau mana-mana kawasan rumah dengan sengaja meskipun mereka sudah dilatih untuk membuang ke pasir yang disediakan.
Macam mana nak atasi masalah ini? 1. Kenal pasti punca kucing anda cemburu. Boleh jadi ia disebabkan oleh kemunculan haiwan peliharaan baru ataupun kelahiran bayi. 2. Luang masa bersama kucing adalah cara yang paling mudah untuk atasi masalah ini. 3. Beri kucing ruang privasi yang secukupnya. Ingatkan pasangan je boleh cemburu, kucing pun sama?!