Panggung wayang paling kecil dalam dunia diiktiraf di Kanada. Hanya 13 orang sahaja boleh muat.

Bagi sesiapa yang biasa tengok wayang, bilangan tempat duduk dalam sesebuah hall berbeza bergantung kepada saiz. Kalau hall dia kecik, memang tak ramailah orang yang boleh dipenuhkan kat dalam. Ada juga hall wayang yang menggunakan kerusi lain daripada biasa contohnya hall beanie yang menggunakan bean bag sebagai seat. Bercakap pasal tempat duduk di panggung wayang, korang tahu tak ada sebuah pawagam di dunia ini yang hanya mempunyai 13 tempat duduk je. Habislah kalau dia buat tayangan filem Marvel kat situ, confirm berebut!

Little Prince Micro-Cinema telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai panggung wayang paling kecil yang masih beroperasi di dunia. Terletak di Stratford, Ontario, Kanada, panggung wayang yang dihias mengikut gaya teater kecil era Ratu Victoria ini dibuka pada Oktober 2021. Menurut portal Kosmo!, Leigh Cooney iaitu pemilik dan pengendali pawagam berkata, tapak Little Prince Micro-Cinema dahulunya adalah galeri dan kedai cenderamata bernama Meet Your Maker. Pada awalnya, pawagam mikro itu hanya dilengkapi skrin dan kerusi lipat.

Untuk info, Little Prince Micro-Cinema secara rasminya dianugerahkan Guinness World Record bagi kategori panggung wayang paling kecil pada 27 November 2021 selepas disahkan mempunyai luas sekitar 16.29 meter persegi. Sumber :lobakmerah

Mengejutkan 7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Vaksin. Tetapi Ada Syarat Lain Yang Perlu Dipatuhi.

Walaupun beberapa negara ini menerima pelancong tanpa vaksinasi, namun masih perlu menyediakan bukti ujian PCR yang negatif. Covid-19 telah mengubah arus kehidupan di dunia sehingga meruntuhkan sektor ekonomi, malah pelbagai negara menampung kerugian yang besar. Jalan keluar dan masuk ke setiap negara turut ditutup di samping masyarakat disarankan untuk mengambil vaksin dan kuarantin diri di rumah jika terdapat gejala awal Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang menolak ‘kebenaran’ pandemik ini sehingga menerima atau memberi peluang kepada pelancong untuk datang atau masuk ke negara mereka. Namun perlu diketahui, pelancong dinasihatkan untuk menyemak garis panduan negara-negara destinasi tujuan yang menerima pelancong tanpa vaksin;

1. Greece

Sesiapa yang ingin melawat Greece akan dikehendaki mengisi Borang Penumpang selewat-lewatnya sehari sebelum ketibaan. Menurut laporan, borang itu akan mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi berlepas penumpang, dan juga tempoh penginapan sebelumnya di negara lain. Selain itu, semua orang akan dikehendaki menyerahkan keputusan ujian Covid-19 negatif yang telah diperoleh dalam masa 72 jam selepas ketibaan di Greece. Sijil vaksinasi juga tidak diperlukan.

2. Portugal

Portugal terbuka kepada pelawat yang tidak divaksinasi, selagi mereka dapat membuktikan bahawa pengunjung tidak dijangkiti virus itu apabila memasuki negara itu.Menurut laporan, pengembara dikehendaki menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil dalam tempoh 72 waktu ketibaan mereka, atau 48 jam jika telah mengambil ujian antigen.

Pengembara juga perlu menyerahkan borang soal selidik pengembara sebelum berlepas. Dalam pada itu, syarikat penerbangan mungkin akan menolak pelancong untuk menaiki pesawat jika gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan.

3. Croatia

Bagi mereka yang tidak memiliki vaksin juga, boleh berkunjung ke negara Croatia bersama bukti ujian PCR Covid-19 negatif. Saringan perlulah diambil dalam tempoh 72 jam selepas ketibaan di negara itu, atau ujian antigen yang telah diambil dalam tempoh 48 jam selepas ketibaan. Pelancong juga boleh masuk dengan mendapatkan sijil doktor yang membuktikan bahawa mereka telah pulih, jika pernah positif antara 11 dan 180 hari sebelumnya.

4. Turki

Walaupun divaksinasi adalah salah satu cara melawat Turki, pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki negara ini dengan mengikuti peraturan tertentu. Pelancong perlu menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil 72 jam sebelum ketibaan mereka, atau telah menjalani ujian antigen pantas dalam masa 48 jam selepas ketibaan mereka. Pun begitu, pengunjung akan dikehendaki menunjukkan borang dalam talian yang telah dilengkapkan 72 jam sebelum perjalanan, malah mungkin tertakluk kepada saringan perubatan.

5. Mexico

Mexico juga terbuka kepada semua jenis pengembara, yang dilaporkan sebelum ini tiada sebarang keperluan untuk pelawat memberikan ujian PCR negatif atau kuarantin semasa ketibaan. Seperti yang diketahui, pengembara akan dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu, dan menunjukkan kod QR daripada borang semasa memasuki negara ini. Sebagai tambahan, penginapan di sana juga akan meminta tetamu mengisi borang soal selidik kesihatan semasa ketibaan.

6. Maldives

Sama seperti negara lain, Maldives juga mewajibkan semua pelawat memberikan ujian PCR negatif semasa ketibaan di sana. Ujian dan sijil PCR negatif mestilah dikeluarkan tidak lebih dari 96 jam sebelum berlepas, walaupun pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin. Selain itu mereka yang tidak diberi vaksin sepenuhnya akan dibenarkan masuk tetapi perlu mengasingkan diri selama 14 hari dan mengambil ujian sebelum meninggalkan kuarantin.

7. Costa rica

Pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki Costa Rica, tetapi peraturan di negara itu lebih ketat. Tidak seperti kebanyakan negara, pelancong yang tidak divaksinasi tidak perlu mengemukakan ujian Covid-19 untuk memasuki Costa Rica. Walau bagaimanapun, pelancong perlu membeli insurans perjalanan kesihatan khas dan melampirkannya pada pas Kesihatan.

Negara Kecil Tetapi Banyak Keunikan. Ketahui 5 Negara Terkecil Di Dunia.

Monaco antara salah sebuah negara terkecil di dunia. Setiap negara mempunyai kawasan yang luas dan terbahagi kepada beberapa negeri dan daerah tetapi ada juga negara kecil dengan bilangan penduduk sedikit. Meskipun negara ini kecil tetapi ia mempunyai tarikan tersendiri dan malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Berikut adalah lima negara terkecil di dunia dan fakta di sebaliknya.

1. Vatican City

Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang hanya mempunyai keluasan 0.44 kilometer persegi. Ia juga dikenali sebagai sebuah negara yang menganut sistem pemerintahan Teokrasi iaitu berlandaskan agama. Negara itu juga hanya mempunyai 1,000 penduduk dan dikenali sebagai ‘enklave’ kerana ia terletak di dalam negara lain iaitu Itali. Kawasan vatican juga menjadi destinasi pelancongan yang tidak pernah sepi dengan pengunjung dari seluruh dunia. Sebagai tanda sempadan dengan Itali, Vatican dikelilingi oleh tembok-tembok di sekitar Rome.

2. Monaco

Siapa sangka Monaco adalah salah satu negara terkecil di dunia dengan hanya berkeluasan 2.02 kilometer persegi. Meskipun kecil namun jumlah penduduknya lebih padat iaitu 30,000 orang. Monaco masih termasuk dalam benua Eropah dan dikelilingi oleh negara besar lain seperti Perancis dan menghadap Lautan Mediterenian.

3. Liechtenstein

Terletak di Eropah, negara terkecil berikutnya adalah Liechtenstein yang berkeluasan 160 kilometer persegi, dengan populasi penduduk hanya 37,000 orang. Negara itu dipimpin oleh seorang perdana menteri dengan majoriti penduduk beragama katolik Rome. Kehidupan masyarakat di Liechtenstein sangat dipengaruhi daripada negara sekelilingnya memandangkan kebanyakan penduduknya berasal dari Jerman, Switzerland dan Austria.

4. Nauru

Nauru adalah antara lima negara terkecil di dunia yang terletak di Australia. Keluasannya juga hanya berukuran 21 kilometer persegi dengan 9,540 penduduk. Sebelum ini Nauru pernah bergelar sebagai sebuah negara kaya kerana mempunyai lombong fosfat yang digunakan untuk membuat bahan letupan. Bagaimanapun disebabkan pelbagai faktor geografi Nauru mengalami pelbagai perubahan dan kerosakan sehingga menjejaskan penghasilan fosfat.

5. Tuvalu

Tuvalu atau Kepulauan Ellice terletak di antara Hawaii dan Australia, lebih tepat di Lautan Pasitik. Negara itu hanya memiliki keluasan 26 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk hanya 10,000 orang. Bagaimanapun, semakin ramai yang berpindah keluar daripada kepulauan itu disebabkan paras air laut yang terus meningkat apatah lagi kedudukan Tuvalu terletak di tanah rendah.