Teringin cuba sukan indoor yang menarik. Ini 7 tarikan sukan indoor di Selangor yang anda wajib cuba.

Meskipun tiada lagi PKP, pemilihan lokasi untuk melakukan aktiviti sangatlah penting. Jom kita lihat 7 lokasi sukan ‘indoor’ yang wajib dicuba selepas tamat PKP di Selangor menurut halaman Selangor.travel.

Camp5, 1Utama

Beroperasi sejak tahun 2005, Camp5 mempunyai dinding untuk sukan wall climbing dalam premis yang paling tinggi di Malaysia! Fasiliti ini juga sepenuhnya dilengkapi dengan penyaman udara dan terletak dalam menara berasaskan besi dan kaca di tingkat 5, 1Utama Shopping Centre (New Wing).

District21, IOI City Mall, Putrajaya

Dengan keluasan sebanyak 70,000 kaki persegi, taman tema ini mempunyai 10 tarikan, 8 bilik riadah dan terletak dalam atrium yang dilengkapi dengan pendingin hawa di IOI City Mall, Putrajaya. Menurut halaman Selangor.travel, di sini menawarkan pelbagai aktiviti yang kebanyakannya adalah baru diperkenalkan di Negara.

AirRider, 1Utama

AirRider, 1 Utama adalah sukan skydiving yang ditawarkan secara dalam-premis dengan stimulasi aktiviti skydiving yang sebenar seolah-olah pada ketinggian 14,000 kaki. AirRider adalah tarikan stimulasi penerbangan yang terhangat di benua Asia. Sesiapa sahaja yang pernah menginginkan untuk terbang di udara boleh singgah ke 1 Utama Shopping Centre.

FlowRider, 1Utama

Pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sukan luncur air di dalam sebuah pusat membeli-belah? Sekarang anda boleh melakukannya dengan aktiviti sukan flow-riding dan stimulasi luncur air di 1 Utama Shopping Centre. Menurut halaman Selangor.travel, FlowRider, 1 Utama menggabungkan teknik dari beberapa jenis sukan seperti luncur air, luncur salji, sukan papan selaju, wakeboarding dan skimboarding.

JumpStreet Trampoline Park

Jump Street Trampoline Park adalah sebuah taman tema urban yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dan memfokuskan kepada aktiviti lompatan, lantunan dan segala aktiviti melawan unsur graviti yang mampu anda fikirkan. Ia mempunyai beratus-ratus jumlah trampolin, dengan Main Court seluas 10,000 kaki persegi merangkumi pelbagai trampolin yang bersambung antara satu sama lain.

Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS)

Terletak di kawasan pembangunan Empire City, National Ice skating Stadium (MYNISS) adalah gelanggang ais yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan spesifikasi Sukan Olimpik. Menurut halaman Selangor.travel, terdapat pelbagai kemudahan serba lengkap bagi menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan luncur ais dengan standard antarabangsa.

Sunway Pyramid Ice

Sunway Pyramid Ice adalah hiburan sukan ais bertaraf dunia yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ia Ice adalah sebuah destinasi rekreasi yang popular di Malaysia dengan mampu menerima lebih 15,000 orang pengunjung setiap bulan. Aktiviti dengan elemen keseronokan dan keterujaan mudah dan senang didapati di mana-mana sahaja di Negeri Selangor. Namun harus diingatkan, amalan berlandaskan SOP perlu diberikan penekanan pada setiap masa demi kesejahteraan bersama. Sumber: murai.my

Panggung Wayang Paling Kecil Dalam Dunia Diiktiraf Di Kanada. Hanya 13 Orang Sahaja Boleh Muat.

Bagi sesiapa yang biasa tengok wayang, bilangan tempat duduk dalam sesebuah hall berbeza bergantung kepada saiz. Kalau hall dia kecik, memang tak ramailah orang yang boleh dipenuhkan kat dalam. Ada juga hall wayang yang menggunakan kerusi lain daripada biasa contohnya hall beanie yang menggunakan bean bag sebagai seat. Bercakap pasal tempat duduk di panggung wayang, korang tahu tak ada sebuah pawagam di dunia ini yang hanya mempunyai 13 tempat duduk je. Habislah kalau dia buat tayangan filem Marvel kat situ, confirm berebut!

Little Prince Micro-Cinema telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai panggung wayang paling kecil yang masih beroperasi di dunia. Terletak di Stratford, Ontario, Kanada, panggung wayang yang dihias mengikut gaya teater kecil era Ratu Victoria ini dibuka pada Oktober 2021. Menurut portal Kosmo!, Leigh Cooney iaitu pemilik dan pengendali pawagam berkata, tapak Little Prince Micro-Cinema dahulunya adalah galeri dan kedai cenderamata bernama Meet Your Maker. Pada awalnya, pawagam mikro itu hanya dilengkapi skrin dan kerusi lipat.

Untuk info, Little Prince Micro-Cinema secara rasminya dianugerahkan Guinness World Record bagi kategori panggung wayang paling kecil pada 27 November 2021 selepas disahkan mempunyai luas sekitar 16.29 meter persegi. Sumber :lobakmerah

Mengejutkan 7 Negara Ini Terima Pelancong Tanpa Vaksin. Tetapi Ada Syarat Lain Yang Perlu Dipatuhi.

Walaupun beberapa negara ini menerima pelancong tanpa vaksinasi, namun masih perlu menyediakan bukti ujian PCR yang negatif. Covid-19 telah mengubah arus kehidupan di dunia sehingga meruntuhkan sektor ekonomi, malah pelbagai negara menampung kerugian yang besar. Jalan keluar dan masuk ke setiap negara turut ditutup di samping masyarakat disarankan untuk mengambil vaksin dan kuarantin diri di rumah jika terdapat gejala awal Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara yang menolak ‘kebenaran’ pandemik ini sehingga menerima atau memberi peluang kepada pelancong untuk datang atau masuk ke negara mereka. Namun perlu diketahui, pelancong dinasihatkan untuk menyemak garis panduan negara-negara destinasi tujuan yang menerima pelancong tanpa vaksin;

1. Greece

Sesiapa yang ingin melawat Greece akan dikehendaki mengisi Borang Penumpang selewat-lewatnya sehari sebelum ketibaan. Menurut laporan, borang itu akan mempunyai maklumat terperinci mengenai lokasi berlepas penumpang, dan juga tempoh penginapan sebelumnya di negara lain. Selain itu, semua orang akan dikehendaki menyerahkan keputusan ujian Covid-19 negatif yang telah diperoleh dalam masa 72 jam selepas ketibaan di Greece. Sijil vaksinasi juga tidak diperlukan.

2. Portugal

Portugal terbuka kepada pelawat yang tidak divaksinasi, selagi mereka dapat membuktikan bahawa pengunjung tidak dijangkiti virus itu apabila memasuki negara itu.Menurut laporan, pengembara dikehendaki menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil dalam tempoh 72 waktu ketibaan mereka, atau 48 jam jika telah mengambil ujian antigen.

Pengembara juga perlu menyerahkan borang soal selidik pengembara sebelum berlepas. Dalam pada itu, syarikat penerbangan mungkin akan menolak pelancong untuk menaiki pesawat jika gagal menunjukkan dokumen yang berkaitan.

3. Croatia

Bagi mereka yang tidak memiliki vaksin juga, boleh berkunjung ke negara Croatia bersama bukti ujian PCR Covid-19 negatif. Saringan perlulah diambil dalam tempoh 72 jam selepas ketibaan di negara itu, atau ujian antigen yang telah diambil dalam tempoh 48 jam selepas ketibaan. Pelancong juga boleh masuk dengan mendapatkan sijil doktor yang membuktikan bahawa mereka telah pulih, jika pernah positif antara 11 dan 180 hari sebelumnya.

4. Turki

Walaupun divaksinasi adalah salah satu cara melawat Turki, pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki negara ini dengan mengikuti peraturan tertentu. Pelancong perlu menunjukkan bukti ujian PCR negatif yang telah diambil 72 jam sebelum ketibaan mereka, atau telah menjalani ujian antigen pantas dalam masa 48 jam selepas ketibaan mereka. Pun begitu, pengunjung akan dikehendaki menunjukkan borang dalam talian yang telah dilengkapkan 72 jam sebelum perjalanan, malah mungkin tertakluk kepada saringan perubatan.

5. Mexico

Mexico juga terbuka kepada semua jenis pengembara, yang dilaporkan sebelum ini tiada sebarang keperluan untuk pelawat memberikan ujian PCR negatif atau kuarantin semasa ketibaan. Seperti yang diketahui, pengembara akan dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu, dan menunjukkan kod QR daripada borang semasa memasuki negara ini. Sebagai tambahan, penginapan di sana juga akan meminta tetamu mengisi borang soal selidik kesihatan semasa ketibaan.

6. Maldives

Sama seperti negara lain, Maldives juga mewajibkan semua pelawat memberikan ujian PCR negatif semasa ketibaan di sana. Ujian dan sijil PCR negatif mestilah dikeluarkan tidak lebih dari 96 jam sebelum berlepas, walaupun pelawat yang diberi vaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin. Selain itu mereka yang tidak diberi vaksin sepenuhnya akan dibenarkan masuk tetapi perlu mengasingkan diri selama 14 hari dan mengambil ujian sebelum meninggalkan kuarantin.

7. Costa rica

Pengembara yang tidak divaksinasi juga boleh memasuki Costa Rica, tetapi peraturan di negara itu lebih ketat. Tidak seperti kebanyakan negara, pelancong yang tidak divaksinasi tidak perlu mengemukakan ujian Covid-19 untuk memasuki Costa Rica. Walau bagaimanapun, pelancong perlu membeli insurans perjalanan kesihatan khas dan melampirkannya pada pas Kesihatan.