Baru baru ini pemenang naib juara big stage musim ketiga berkongsi berita gembiranya di laman instagram. Penyanyi, Usop telah menerima satu kejutan istimewa daripada isteri tercinta, Nur Fatihah Md Hashim yang kini disahkan hamil anak pertama. Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkongsi momen gembira ketika menerima kejutan istimewa itu di Instagram. Di samping mengukir senyuman kegembiraan, penyanyi berusia 24 tahun ini menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. “Alhamdulilah rezeki Allah, I love u sayangku #usopjunior,” tulisnya ringkas. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi lagu Selamanya itu. “Happynya tahniah adikku,” titip rakan penyanyi, Shiha Zikir. “Syukur Alhamdulillah Tahniah @usopofficial & isteri bakal jadi mama & papa moga anak yg bakal lahir jadi anak yg soleh. AMINNN,” tulis rakan selebriti, Serina Redzuawan. “Jaga isteri tu elok² tau. Peringkat awall lagi tu, semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah. Congrats usop n wife !,” titip seorang peminat. Imbas kembali, Usop telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu. Sumber, media hiburan.
Berkat hari Jumaat, Usop sah jadi suami model Nur Fatihah, serah mas kahwin RM3,000. Dua tahun perkenalan akhirnya penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat. Pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam dekat Penaga, Pulau Pinang. Dalam majlis pernikahan itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang. Usop mahu jadi suami terbaik kepada Nur Fatihah. Penyanyi lagu Selamanya ini menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki. Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.
Buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Usop dan isteri enggan terburu-buru soal anak. “Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. “Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya. Berkongsi mengenai cahaya mata, naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 ini enggan terburu-buru kerana ingin fokus membina kehidupan sebagai suami isteri. “Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba. “Tapi buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” ujarnya. Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. Sumber, mstar