Ramai yang tak sabar nak raya, ini beberapa cara mudah nak tukar duit baru tanpa perlu tunggu lama

Nampaknya tahun ini ramai dalam kalangan kita yang membuat persiapan besar-besaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buka. Maklumlah dah dua tahun kita tidak dapat beraya dengan meriah, jadi tahun ini kita gandakan kemeriahan tersebut. Selain persiapan dari segi pakaian dan makanan, elemen penting untuk raya adalah duit raya. Sebenarnya ada cara nak menukar duit raya dengan lebih mudah iaitu dengan cara singgah di mesin ATM saja, pun dah boleh dah tau. Cara ini juga boleh mengurangkan kesesakan di dalam bank dan kita lebih terlindung daripada risiko jangkitan virus Covid-19. Jom kita tengok cara-caranya menerusi perkongsian oleh saudara Mohd Shukur di laman Facebook ini.

Jadi, jom ikut cara tukar duit raya di mesin ATM seperti di bawah. Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru: Pergi ke Maybank yang besar sikit (selected branch). Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi. Pilih ATM yang ada papan tanda gambar tiga orang pakai baju Melayu sedang pegang duit raya (seperti gambar). Semua duit dalam mesin ATM tu ialah wang kertas bernilai RM10 yang masih baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

Maksimum jumlah untuk satu transaksi ialah RM300. Jadi, jika anda mahu sebanyak 60 keping wang kertas RM10 yang baru, perlu lakukan sebanyak dua kali transaksi. Mudahkan, Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan itu. Sumber, Mohd Shukur

Isteri Tak Kerja Tapi Boleh Beli Kereta Cash. Wanita Ni Kongsikan Cara Bijak Untuk Gunakan Duit. Serius, bab simpan duit sepatutnya dipegang oleh isteri. Sebab isteri ini Menteri Kewangan dalam keluarga. Sayangnya ada isteri, yang selalu beranggapan, dia tidak cukup duit untuk menyimpan. Lagi-lagi suri rumah sepenuh masa. Salah sebenarnya cara itu. Apa yang dikongsikan oleh Bonda Nor ini sangat-sangat bermanfaat untuk isteri baik yang bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa. Cerita bab simpan duit sendiri. Dan bagaimana caranya. Bacalah sampai hadam. Moga tahun ini mak-mak boleh letak azam, ada duit simpanan sendiri.

Perempuan Memang Perlu Ada Duit Simpanan Sendiri. Walaupun tidak bekerja. Sebab apa? Sebab senang kalau tiba-tiba terasa nak makan itu, nak makan ini. Senang kalau terasa nak beli baju, nak beli beg dan kasut sendiri. Senang kalau terasa nak beri mak duit atau nak bantu kawan-kawan yang sakit. Ah, kalau sesekali terasa nak manjakan diri di spa dan saloon pun, apa ada hal! Kita bukan minta duit sesiapa! Duit kita! Isteri memang perlu ada duit simpanan sendiri. Apatah lagi jika ada anak-anak. Sesekali tentu terasa nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak gembirakan hati mereka bawa main kolam renang dan shopping barang. Tapi yelah, kosnya bukan kecil juga. Kalau ada duit sendiri, apa ada hal! Suami pun tidak ada sebab nak halang hasrat kita. Bukan kita guna bajet dia! Ya! Saya sangat tekankan setiap perempuan, wanita dan isteri perlu ada duit simpanan sendiri!

“Duit yang ada sekarang pun tak cukup. Macam mana nak menyimpan!” Okey, daripada kita berbalah tentang soal tak cukup, cuba beritahu – berapakah jumlah yang dikatakan cukup itu? Kalau ada lebihan duit RM1000, cukup tak nak menyimpan? Kalau ada duit lebihan RM500 sebulan boleh tak nak menyimpan. Duit lebihan Percayalah, ini satu pencapaian yang satu dalam seribu! Hakikatnya, kebanyakan daripada kita struggle dengan kehidupan masing-masing. Maka betul kata awak, puan! Duit yang ada sekarang pun tak cukup, macam mana nak menyimpan!