Terkejut temui gajah di atas highway, pengguna jalan raya cemas sampai sanggup patah balik

Meskipun bukanlah satu perkara kebiasaan tapi kejadian seperti harimau mahupun gajah yang muncul tiba-tiba di atas lebuhraya ini telah menimbulkan rasa gerun kepada pengguna jalan raya. Terbaru menerusi perkongsian video di TikTok milik @cikyus2uttok, kelihatan pengguna lebuhraya Gerik-Jeli sedang menghadapi satu detik cemas apabila sang gajah dilihat tiba-tiba muncul di tepi jalan.

Gajah yang berjalan agak laju itu dilihat sedang menuju ke arah kenderaan yang ingin melalui  highway berkenaan. Highway Gerik-Jeli ni kalau direzekikan nampak mmg akan keluarlah big guy yg sado ni😬. Tapi jarang. Bahaya woooo. Kedengaran juga suara perakam yang berada di dalam kereta meminta pemandu untuk memusing kenderaan kerana bimbang bakal dipijak gajah.

Pusing, pusing, pusing balik!” katanya. Video itu juga memberitahu yang pemilik video dalam perjalanan pulang ke Kampung Jeli, Kelantan ketika kejadian berlaku. “Sereeemmm napok sebab sekali dio pijak kereto kemek wooo,” tulisnya. “Agak-agak lepas terus pecut, tak toleh belake doh” .Pemilik akaun TikTok itu kemudian menerusi ruang komen menjelaskan bahawa video tersebut dirakam oleh anak saudaranya dan adik iparnya yang memandu ketika kejadian. Mereka yang terlibat walau bagaimanapun berjaya untuk mengundurkan kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan tersebut. “Apa nak buat eh kalau ada dalam situasi macam ni?” 

Rata-rata warganet yang melihat video tersebut turut sama merasa gerun melihat ‘Pak Belalai’ yang bimbang berubah menjadi agresif dan menyerang pemandu di jalan raya. Ada juga yang memberi tips supaya tidak membunyikan hon untuk tidak mengejutkan haiwan berkenaan. Bagi mereka yang kerap melalui highway ini, hati-hati ye gais. Bimbang pula kalau lalu malam-malam kat sini.