Excel sangat penting untuk memudahkan pengiraan dan pengolahan data nombor atau angka. Berbeza dengan aplikasi Microsoft yang lain, Excel sangat penting untuk memudahkan pengiraan dan pengolahan data nombor atau angka. Aplikasi ini berbentuk jadual yang sering dipanggil ‘speardsheet’. Aplikasi Excel ini juga berfungsi mengira aritmetik dan juga statistik. Lebih spesifik, aplikasi ini digunakan untuk membuat laporan kewangan, melakukan daftar nilai dan daftar kehadiran, dan menghasilkan grafik data. Walaupun Excel menjadi pilihan ramai, tetapi ia mempunyai kepentingan dan keburukannya tersendiri.
Mudah digunakan dan dijalankan. Aplikasi ini sangat mudah digunakan untuk memasukkan data nombor. Jadi, mudah untuk pengguna menggunakan aplikasi tersebut untuk kerja- kerja berkaitan data. Mempunyai reka bentuk membuat grafik data. Berbanding aplikasi Microsoft yang lain, Excel mempunyai kelebihan dalam membuat grafik data. Antara grafik yang terdapat di dalam Excel adalah jadual, carta bar, diagram garis, dan carta pai. Mampu menyimpan data yang besar. Selain membuat grafik data, Excel mampu menyimpan data yang besar. Pengguna berasa seronok menggunakan Excel dan tidak perlu berfikir soal isu yang bersaiz besar. Mudah dikendalikan dengan menggunakan rumus dan logik. Oleh kerana aplikasi yang mudah dikendalikan, pengguna lebih gemar mengakses Excel untuk membuat kerja yang berkaitan data. Ini akan memudahkan kehidupan pengguna menggunakan rumus dan logik yang disediakan di dalam Excel.
Keburukan Microsoft Excel
Sukar digunakan bagi pengguna baru. Bagi pengguna yang belum mahir atau masih baru dengan aplikasi Excel ini, mereka sukar untuk menjalankan dan mengoperasikan serta mengolah data. Hal ini kerana mereka belum memahami sebetul- betulnya bagaimana cara menggunakan aplikasi ini. Harga langganan yang mahal. Untuk menggunakan Excel,pengguna harus memuat turun dahulu. Tetapi, untuk mengakses aplikasi Microsoft Excel pengguna haruslah melanggan aplikasi tersebut dahulu. Pastikan Excel tersebut adalah aplikasi yang original, bukanlah daripada sumber yang meragukan.
Salah rumus akan memberikan impak pada data. Apabila menggunakan Excel haruslah berhati- hati memasukan data. Apabila salah memasukkan rumah, ia akan memberikan impak yang besar kepada data yang dihasilkan. perkiraan akan menjadi tidak tepat atau tidak boleh dibaca. Pengguna perlu melakukan semula untuk menmenyelesaikan isu tersebut. Hal ini akan memakan masa pada hari tersebut. Mengambil masa yang agak banyak. Walaupun Excel adalah aplikasi yang mudah untuk memasukkan data, tetapi ia juga akan memakan masa yang agak banyak untuk memasukkan data ke dalam Excel secara manual. Hal ni biasanya terjadi apabila data tersebut dalam jumlah yang banyak. Sumber, Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.