Jangan gembira sangat nak balik raya, ketahui perkara yang anda harus lakukan sebelum balik ke kampung halaman

Macam tak percaya je kan puasa kalini cepat je berlalu. Tahu-tahu dah nak raya dah! Tambah pula, tahun ni ramai dah boleh balik kampung, memang semua teruja betul plan nak beraya belah mana kali ni. Haa, lepas dua tahun kita tak beraya dengan tradisi raya, mesti ada yang dah lupa beberapa perkara penting perlu dibuat sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing. So, min nak kongsikan 5 benda yang wajib masuk sebagai ‘checklist’ yang mungkin nampak remeh tapi penting sebenarnya dan boleh buat korang garu kepala kalau terlepas pandang.

Check kereta dahulu

Perjalanan balik ke kampung ni antara satu momen yang dinanti-nantikan oleh anak rantau. Bukan apa, tempoh perjalanan yang lama buatkan rasa rindu kepada yang tersayang semakin membuak-buak. Bukan tu je, kesesakan jalan raya juga tak dapat dielakkan bila menjelang musim perayaan. Tak kisah lah Raya Cina ke, Deepavali ke, memang boleh menangis kalau tersekat dalam jammed. Sebab tu, pastikan korang selalu check dulu keadaan tayar kereta, brek, penghawa dingin dan juga komponen kereta yang lain. Make sure semuanya berada dalam keadaan yang baik tau, barulah lancar je perjalanan balik kampung tu.

Beli tiket awal! Jangan last minit

Bagi korang yang balik naik pengangkutan awam terutamanya bas, ETS ataupun kapal terbang, pastikan korang dah book tiket perjalanan korang awal-awal okay. Jangan beli last minit pulak, menangis kang tak dapat balik beraya Bila dah beli, pastikan tarikh dan juga masa pada tiket tu betul tau. Double check tu lagi bagus.

Kunci rumah betul-betul

Benda yang ketiga korang wajib buat adalah pastikan segala pintu dan juga tingkap rumah dah dikunci dengan betul. Lagi bagus kalau setiap pintu tak kiralah pintu depan ke, pintu belakang ataupun pintu pagar, dah dimangga dengan baik. Bukan tu je, korang kena pastikan juga injap gas dapur dan barang elektrik yang lain dah ditutup dengan baik supaya tak terjadi sebarang kebakaran atau kebocoran sewaktu tiada orang di rumah.

Jangan lupa bagitahu jiran tetangga

Haa, yang ni pun penting juga ni! Jangan lupa bagitahu jiran terdekat yang korang takkan ada di rumah untuk pulang ke kampung. Penting sebenarnya untuk inform jiran korang ataupun pihak keselamatan di rumah. Sebabnya, supaya jiran korang boleh tahu kalau ada cubaan nak pecah masuk rumah dari orang yang tak bertanggungjawab tu boleh lah cepat-cepat diorang bagitahu pihak berkuasa.

Pastikan dah topup kad Touch N’ Go

Kalau korang nak balik kampung yang memerlukan perkhidmatan lebuhraya, kad Touch N’ Go (TnG) ni sangatlah penting dan bakinya perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan pulang beraya. Ini kerana, setiap lorong tambah nilai di semua plaza tol lebuhraya ditutup sepanjang Aidilfitri. Oleh itu, pastikan baki kad korang mencukupi tau. Itulah dia 5 perkara wajib yang korang kena lakukan sebelum balik ke kampung halaman masing-masing. Make sure semua dah berada dalam keadaan yang baik, barulah semangat nak beraya. Kalau korang nak balik raya, apa lagu raya yang wajib jadi playlist korang sepanjang perjalanan nak sampai tu. Sumber, lobak merah