Bagi pencinta kucing, semestinya penjagaan yang terbaik dan sempurna merupakan hal terpenting bagi kucing agar si bulus ni boleh hidup dengan sihat, aktif dan kuat. Ada orang yang sanggup menghabiskan beratus dan ribuan ringgit untuk kucing kesayangan mereka. Antara penjagaan asas kucing yang ramai perlu tahu adalah memberi makanan yang terbaik buat kucing, jaga kebersihan kucing dan kawasannya, sediakan tempat cakar dan bawa kucing ke klinik veterinar untuk memeriksa kesihatan. Menerusi satu video TikTokers @barangbestshopeemy yang memang terkenal dengan membuat content menunjukkan barang baru dan menarik dari Shopee, TikTokers ini berkongsi tentang manfaat ‘cat lollipop’ yang ramai warganet boleh cuba.
Dalam video tersebut, Tiktokers ini dilihat melekatkan beberapa ‘cat lollipop’ berbentuk Avocado di dinding untuk dijilat oleh kucing peliharaannya. TikTokers ini turut berkongsi beberapa manfaat produk penjagaan kucing ini dengan warganet. Menurutnya, antara kebaikan ‘cat lollipop’ ialah produk ini boleh membersihkan mulut dan meningkatkan selera makan kucing. Selain itu, produk ini boleh kurangkan bau mulut kucing, memudahkan kucing untuk muntahkan hairball, meningkatkan kecergasan dan menaikkan mood kucing. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa produk penjagaan kucing yang boleh dibeli dari Shopee ini sangat menarik. Ada juga yang baru tahu akan kewujudan produk ini dan teringin nak beli untuk kucing mereka. Sumber, TikTok. Korang bolehla cuba beli ‘cat lollipop’ untuk kucing kesayangan korang ni!
Boleh Dijadikan Penawar Stres Dan Juga Sunyi, Rupanya Si Bulus Dapat Bantu Kurangkan Sakit Ni. Si bulus mampu mengatasi masalah sakit jntvng pada manusia. Kecomelan dan kelincahan kucing sering dikatakan mampu menghilangkan tekanan dan kebosanan. Disebabkan itu, kucing sangat digemari untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ramai juga yang tidak tahu, memelihara kucing mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau lebih dikenali sebagai sakit jantung. Buktinya dinyatakan dalam buku bertajuk “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases” yang dikeluarkan oleh Journal of Vascular and Interventional Neurology. Kajian menunjukkan risiko kehilangan orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing.
Kajian mengenai buku ini dijalankan oleh Second National Health and Nutrition Examination Study Mortality Follow-up Study. Data daripada Health and Nutrition Examination Study juga memperlihatkan penurunan risiko serangan jantung dengan memelihara si bulus. Universiti Pennsylvania juga mendapati kajian berhubung individu yang memiliki kucing mempunyai risiko lebih rendah meninggal dunia disebabkan oleh sakit jantung. Data tersebut disesuaikan dan dipertimbangkan daripada faktor usia, jenis kelamin, tekanan darah, merokok, diabetes dan kolesterol.
Kucing bukan sahaja comel tetapi mampu membuatkan seseorang lebih sihat. Lebih mengejutkan, kajian menunjukkan risiko kehilangan orang yang memiliki si bulus jauh lebih rendah berbanding orang yang tidak pernah memelihara kucing. Kejayaan mengawal tekanan adalah kunci utama terhadap serangan sakit jantung. Bagi pemilik kucing, mereka mampu mengawal keresahan dalam jiwa sekaligus boleh meminimakan stres. Ml.4ngnya, belum ada kajian yang menunjukkan anjing mampu menurunkan risiko sakit jntung atau strok. Para penyelidik juga beranggapan bahawa mungkin disebabkan karakteristik setiap anjing yang berbeza. Sumber, Mstar
Kucing Pun Ada Jerawat Ingatkan Manusia Aja, Ketahui Punca Berikut. Tahukah anda kucing juga boleh mengalami masalah jerawat terutamanya pada bahagian dagu. Sepeti manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kulit termasuk jerawat. Perkara ini boleh berlaku disebabkan si bulus turut memiliki kelenjar minyak pada tubuhnya. Jerawat kucing disebabkan oleh folikel rambutnya yang tertutup disebabkan penghasilan keratin berlebihan yang merupakan protein pada kulit kucing apatah lagi kucing menghasilkan minyak di seluruh tubuhnya. Bagaimanapun terdapat beberapa bahagian pada tubuh kucing yang menghasilkan lebih banyak minyak seperti dagu, ekor, kelopak mata, tapak kaki dan testis bagi kucing jantan. Perkara ini menyebabkan jerawat mudah tumbuh pada bahagian-bahagian tersebut. Ada pelbagai sebab mengapa kucing tumbuh jerawat. Seperti manusia, jerawat pada kucing juga boleh menjadi teruk apatah lagi jika ia terdedah kepada bakteria dan kuman yang menyebabkan jerawat mengambil masa untuk sembuh termasuk boleh bernanah.
Penyebab kucing berjerawat
Beberapa kajian mendapati jerawat pada kucing boleh berlaku disebabkan tekanan, elergi terhadap persekitaran selain faktor pemakanannya dan biasanya jerawat pada kucing akan tumbuh di bawah dagunya. Seperti manusia, masalah ketidakseimbangan hormon juga boleh menjadi faktor tumbuhnya jerawat pada kucing selain kucing yang belum disteril, ia lebih rentan untuk mengalami masalah itu. Ini kerana kucing yang belum disteril memiliki kelenjar sebaceous yang sangat aktif sehingga boleh menghasilkan lebih banyak minyak dan jerawat. Meskipun jerawat pada umumnya tidak membahayakan, tetapi pemilik harus berhati-hati sekiranya ia dijangkiti kuman yang akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Selain sentiasa membersihkannya, penggunaan betadin dan air suam untuk membersihkan bahagian yang terkesan dapat membantu mempecepatkan proses pemulihan. Pemakanan kucing juga perlu diberi perhatian seperti memperbanyakkan pemberian makanan kering yang mengandungi Omega 3. Sumber, mstar
Bela Kucing Memang Bagus Untuk Membantu Anak Belajar, Ini Penjelasan Dari Doktor Mengapa Harus Membiarkan Anak Bermain Kucing. Menjadi lumrah buat anak-anak kecil kebanyakkannya suka akan binatang peliharaan yang comel dan manja seperti kucing.Meskipun anak-anak masih kecil namun keinginan mereka untuk menjaga dan memelihara kucing biasanya membuak-buak. Namun Mami Piqah faham, ibu bapa pasti bimbang jika kucing itu bakal terabai oleh anak-anak kerana keinginan yang bersifat sementara.Bagaimana pun, menerusi satu laporan dan kajian yang dibuat oleh sebuah portal ada 7 sebab mengapa ibu bapa perlu membiarkan atau memberi peluang kepada anak-anak untuk memeliharan haiwan kesayangan mereka terutama kucing.