Ramai ingat Zoeyy lelaki buaya, sekali tuan badal tampil bersuara buat ramai yang terkedu

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman menafikan dia sedang bercinta dengan aktres baharu Shakira Stephen sebaliknya mereka hanya berkawan rapat. Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu dia sudah mengenali Shakira sejak empat tahun lalu ketika menyertai program On Air. “Selepas itu, kami ‘lost contact’ dan baru-baru ini jumpa balik. Saya terkejut juga baca artikel di Harian Metro,” kata Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman pada majlis berbuka puasa, semalam. Malah pelakon drama Inikah Dikatakan Cinta itu berkata,

dia tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres berusia 26 tahun tersebut setelah beberapa selebriti sering menjadi ‘teman tapi mesranya’ sebelum ini. “Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar. “Hingga ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan ‘buaya’. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya,” ujarnya. Sumber, Harian Metro 

Ular sawa 50kg ‘sembunyi’ di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman. Pelakon dan pengacara Zoey Rahman, 36, mengaku terkejut dengan penemuan seekor ular sawa seberat 50 kilogram, semalam, di kediaman keluarganya di Terengganu.Zoey dihubungi berkata keberadaan ular sawa itu yang bersembunyi di siling tandas bahagian belakang dalam rumahnya difahamkan sejak dua minggu lalu. “Mujur tandas itu jarang digunakan oleh ahli keluarga saya. Cuma, semalam ayah saya masuk ke tandas berkenaan untuk mengambil barang dan mendapati terlalu banyak debu di lantai walaupun persekitarannya bersih.

“Jadi, ayah berasa curiga dan memanggil bapa saudara yang tinggal berdekatan untuk memeriksa keadaan siling tandas itu. Bila disuluh dengan lampu, baru nampak ada seekor ular sawa berlingkar di situ. “Ayah saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk datang ke rumah menangkap ular sawa berkenaan. Selepas ditangkap, tak sangka ia agak besar dan dianggar seberat 50 kilogram,” katanya kepada Harian Metro. Zoey berkata ular sawa itu mungkin datangnya dari kawasan semak berdekatan di belakang rumah kerana berhampiran sungai dan ada dusun buah-buahan.

“Biasalah, kawasan rumah kampung. Semak sikit-sikit mesti ada, ditambah dusun buah-buahan lagi. Apapun, saya bersyukur ular sawa itu sudah ditangkap oleh pihak APM semalam. “Kalau tidak risau juga dengan keselamatan ibu bapa serta abang saya bersama keluarganya yang duduk dalam rumah itu. Situasi keberadaan ular sawa terbabit sangat mengejutkan,” katanya. Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak APM kerana tindakan pantas dan segera dilakukan untuk menangkap ular sawa berkenaan.

Menurut Zoey, dia tidak tahu ke mana ular sawa berkenaan dihantar dan dilepaskan pihak APM. Apapun, Zoey turut berkongsi video penangkapan ular sawa berkenaan di Instagram. Rata-rata pengikutnya dan warganet yang menonton video itu meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan keluarga Zoey termasuk ramai mendoakan agar semua yang tinggal di rumah itu terus dilindungi Allah SWT dari segala bahaya.