Kisah lama jangan diungkit, Noorkhiriah titip pesan buat warganet untuk bertanya dahulu

Kalini pelakon, Noorkhiriah tampil memberikan penjelasan selepas tular berita lamanya mengenai dirinya yang pernah mencukur keningnya suatu ketika dahulu. Kisah Lama Diungkit Kembali, menerusi hantaran di Instagram. Noorkhiriah menjelaskan bahawa kisahnya pernah mencukur kening itu adalah kisah lama yang diungkit kembali. “Lah..lama sangat dah tapi UP balik..”-Noorkhiriah

Menegur Etika Portal Terkenal

Tambahnya lagi, dia turut menegur portal terkenal yang dikatakan tidak beretika kerana tidak bertanyakan padanya terlebih dahulu padahal isu itu sudah terlalu lama. “Kita kan ada adab apa salahnya sebagai penulis tanya dulu. Sedangkan story tu dah berkurun lama. Mana etika kerja yakni mencedok tanpa tanya terlebih dahulu. Tak masai ko kritik h3ntam dan dalam masa yang sama dapat pahala free. Terima kasih ya.”-Noorkhiriah

Warganet Tak Perasan Kisah Lama Atau Baru

Pelakon yang popular menerusi drama Nur ini turut memberitahu bahawa tidak semua netizen akan menyedari dengan kisahnya itu masih baru atau sudah lama kerana mereka hanya komen mengikut pandangan masing-masing. “Tak semua warganet perasan benda ni baru atau lama. Dorang hanya komen ikut pandangan masing-masing tapi pedih laa..”-Noorkhiriah. Di akhirnya hantaran nya di Instagram, Noorkhiriah turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk bertanyakan pada dirinya terlebih dahulu. Sumber, murai

Kereta dah habis bayar, suami Noorkhiriah tukar jadi van jenazah percuma. Kuala Lumpur: Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, yang sebelum ini akan menolak untuk bercerita mengenai kerja amal dilakukan, akhirnya sudi berkongsi perkara  baik yang diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah miliknya. Khiriah yang ditemui Harian Metro berkata, kerja-kerja amal dilakukan sejak dua tahun lalu itu bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksana pada Mac 2020. “Sebenarnya kereta Starex saya dah habis bayar. Nak jual sayang, jadi saya tanya suami apa patut buat. Dia kata jom buat van jenazah. Saya pandang dia dan tak sangka pun akhirnya jadi kenyataan. “Apapun, saya gembira atas sokongan ramai pihak terhadap ikhtiar yang dilakukan ini dan yakin atas rezeki Allah yang sentiasa ada untuk kami terus membantu mereka yang memerlukan. “Syukur alhamdulillah, orang kita memang bermurah hati. Ada yang memberikan pujian, bantuan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Noorkhiriah, untuk pihaknya dia tidak melakukan apa-apa pun kerana semua itu dibuat oleh suaminya dan pasukan mereka. “Saya hanya bantu dari segi perkongsian di Instagram dengan memberitahu usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan muslim dari awal hingga selesai pengurusan jenazah. “Ia dilakukan kepada semua peringkat usia jenazah termasuk bayi baru lahir. Malah, ada juga kes yang mana bahagian kaki dipotong akibat kencing manis juga kami bantu uruskan,” katanya. Khiriah berkata, kini mereka mempunyai empat van jenazah iaitu dua milik sendiri dan dua lagi hasil infak masyarakat.  “Saya nak terus istiqamah meneruskan usaha ini dan apa yang dilakukan cukup menginsafkan. Urusan jenazah yang diterima tak menentu, ada empat kes sehari dan kadang-kadang tiada langsung.  “Bagaimanapun, suami saya juga pernah menguruskan jenazah yang empat tahun tersimpan dalam peti m4yat kerana dipercayai tiada waris,” katanya.

Menurutnya, ada juga kes kemtian individu pada usia muda yang secara tidak langsung menyentuh perasaan. Katanya, bayangkan ada yang masa pergi kerja, sihat dan kemudian meninggal mengejut dengan pakaian kerja. “Ada juga yang bertanya saya, kenapa buat usaha ini dan tak lakukan perkara lain. Jujurnya, saya tiada jawapan. Awalnya, suami saya hanya hantar jenazah ke tanah perkuburan saja.  ‘Kemudian ada juga kes dia sama-sama terlibat dalam proses mandi, kafan, solat dan hantar jenazah ke tanah kubur. Suami pun ada kata, moga ramailah waris jenazah hubungi kami kerana nak belanjakan wang yang ada, sebab ia amanah orang,” katanya. 

Noorhiriah berkata, walaupun pihak mereka mendapat panggilan sekitar jam 2 pagi atau jam 3 pagi pun suaminya bersama lima ‘orang kuat’ yang menggerakkan pertubuhan itu tetap akan pergi menguruskan jenazah berkenaan. Sumber, harian metro