Memang membawa klasik dahulu kala, Warganet puji lagu raya Erni Zakri berjaya tambat hati semua

Pejam celik, pejam celik kurang lagi seminggu kita akan menyambut Aidilfitri. Terasa cepat benar masa berlalu dan kelihatan ramai orang berpusu-pusu keluar membeli barangan raya di pusat membeli-belah dan sebagainya. Selain itu, kemeriahan Aidilfitri tidak lengkap jika kita tidak mendengar lagu raya di corong-corong radio, kan? Kehangatan tersebut semakin dirasai sejak dua-menjak ini apabila lagu-lagu raya baru dimainka sejak puasa hari pertama lagi. Namun, terdapat beberapa lagu raya generasi terkini yang baharu dilancarkan dikatakan tidak sedap didengari dan ia seolah-olah meniru gaya barat. Keaslian irama muzik tradisional Melayu kian terhakis sehingga menjejaskan suasana hari raya.

Erni Zakri dan Zapin Lebaran

Terbaharu, penyanyi berlunak merdu, Erni Zakri memberitahu para peminatnya bahawa lagu raya baharu berjudul Zapin Lebaran yang dinyanyikan oleh dirinya sudah keluar di saluran Youtube Rocketfuel Entertainment. Pertahankan irama tradisional melayu. Menariknya, irama yang disampaikan oleh Erni atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri dilihat mempertahankan irama tradisional melayu dalam lagu raya terbaharunya itu. Tahniah Erni Zakri. Menjengah ke ruangan komen saluran Youtube tersebut, rata-rata warganet memuji lagu raya tersebut dan kagum kerana penyanyi berusia 29 tahun itu benar-benar membawa mood raya kepada mereka, jika hendak dibandingkan dengan lagu-lagu terbaharu yang lain.

Lagu Erni penyelamat raya kami. Di samping itu, ada yang mengatakan lagu Zapin Lebaran ini sebagai penyelamat mereka daripada mendengar lagu-lagu yang tiada vibes perayaan Aidilfitri seperti dulu kala. Baru tak bingit kalau nak dengar. Menerusi perkongsian penyanyi wanita tersebut di laman Instagram miliknya, terdapat warganet meluahkan kesyukuran kerana genre yang dibawakan oleh Erni amat tenang didengari dan tidak ‘bingit’ serta merimaskan mata melihat. Sumber, rose merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri