Bukan semua boleh sama sama tahan sejuk, tapi kalau ya mungkin kerja ni untuk anda

Hidup sambil dikelilingi haiwan merupakan dream come true buat para pencinta haiwan di seluruh dunia. Macam mana kalau min bagitau korang boleh merealisasikan impian korang untuk bangun dan tidur dikelilingi haiwan comel dan korang akan dibayar gaji hanya untuk menjaga kebajikan diorang?

UK Antartic Heritage Trust kini sedang mencari mana-mana individu sama ada dari dalam atau luar negara untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai base leader, pengurus kedai dan pembantu am di Port Lockroy, Antartika bagi sesi 2022/2023. Kalau korang diterima bekerja, korang perlu hidup selama lima bulan dari bulan November hingga Mac di Base A iaitu sebuah pangkalan bersejarah British yang terletak di Goudier Island.

Job scope korang pula adalah perlu menguruskan sebuah kedai hadiah dan British Antartic Territory Post Office, memastikan kebajikan bangunan, artifak dan hidupan liar (kebanyakannya adalah penguin) di kawasan terbabit terjaga supaya ia boleh dikongsikan kepada sekitar 18,000 pelawat setiap musim.

Port Lockroy mula-mula dibangunkan pada tahun 1944 dan beroperasi sebagai stesen kajian British sehingga penutupannya pada tahun 1962. Pada tahun 1996, kawasan ini dibangunkan semula sebagai muzium dan sejak itu, ia menjadi kawasan tumpuan bagi mereka yang mengembara ke Antartika.

Korang boleh tahan cuaca sejuk?

Dengar macam mudah, bukan? Tapi, bekerja di Port Lockroy ini juga banyak cabarannya. Menurut UK Antartic Heritage Trust, bekerja di Antartika mungkin nampak macam indah buat mereka yang tak suka bersosial dengan manusia namun, hari-hari korang akan diuji secara fizikal dan mental. Jom kita tengok pula apa cabaran yang perlu korang tempuhi kalau nak mohon kerja di sini:

Suhu extreme. Suhu di Antartika mencecah antara 23 hingga 50 darjah Fahrenheit (sekitar -5 hingga 10 darjah Celcius). Tapi kalau hari biasa, selalunya cecah beberapa darjah sahaja di atas takat beku. Suasana berangin juga akan buat keadaan jadi lebih sejuk. Selain itu, Base A tak dilengkapi dengan sistem pemanasan dan korang kena kerja di luar dan di dalam pangkalan. Pakaian bersesuaian akan dibekalkan untuk elakkan korang kesejukkan. Tiada bekalan air Goudier Island tidak mempunyai bekalan air langsung. Jadi, kalau korang nak mandi, air perlu diambil dari kapal yang datang melawat. Korang juga perlu bersedia dengan kemungkinan korang mungkin takkan mandi selama 2 minggu kalau tiada kapal yang melawat. Tidak cukup dengan itu, tandas juga tak dilengkapi dengan kemudahan flushing. Jadinya, korang sendiri yang berlu kosongkan tangki kumbahan setiap hari.

Gas Propana sebagai sumber tenaga. Walaupun tiada air, korang masih boleh memasak di Port Lockroy kerana ada kemudahan memasak disediakan di dapur. Bekalan makanan terdiri daripada makanan kering dan makanan dalam tin pula selalunya akan dihantar dari United Kingdom. Kalau korang bertuah, akan ada hari-hari dimana korang boleh memasak menggunakan barangan segar jika kapal yang melawat sedekahkan bekalan mereka.

Korang rasa korang sesuai dengan kerja ini? Layari laman web UK Antartic Heritage Trust kalau korang rasa pekerjaan ini adalah sesuai dengan korang. Tapi perlu diingatkan, tarikh tutup permohonan adalah pada Isnin, 25 April 2022 pada jam 23.59 GMT. Bagi pemohon dari luar negara pula, korang kena pastikan dulu korang ada kebenaran untuk bekerja di United Kingdom sebab tiada tajaan visa ditawarkan. Selain itu, beberapa dokumen penting juga perlu korang sertakan semasa proses interview nanti. Sumber, New York Post, UK Antartic Heritage Trust