Pohon doa agar dipermudahkan perjalanan, Kalini Zulin Aziz dan pasangan pula berangkat menunaikan umrah di mekah

Artis

Umum lagi kita ketahui baru baru ini pelakon ini mendirikan rumahtangga dengan pasangannya. Pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali sebagai suami isteri bersama suaminya, Farhan Norzaini. Dalam hantarannya di Instagram, Zulin yang berangkat hari ini memohon doa agar perjalanannya bersama Farhan dipermudahkan. “Saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana. “Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Semoga mendapat umrah yang makbul, Insya-Allah,” tulisnya. Dalam hantaran sama, Zulin turut memuat naik gambar dia bersama suami ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terdahulu, Zulin ketika ditemubual di majlis persandingannya berkata, umrah kali ini umpama mengimbau kenangan ketika dilamar oleh suaminya. Zulin dan Farhan diijabkabulkan pada 20 Februari lalu selepas berkenalan selama dua tahun sebagai rakan kongsi perniagaan. Sumber, harian metro

Kali Ini Siti Nordiana Pula Tunaikan Umrah, Ramai Rakan Selebriti Dan Peminat Doakan Urusan Ibadah Umrah Siti Nordiana. Kali ini Siti Nordiana pula tunaikan umrah. Ramai rakan selebriti dan peminat doakan urusan ibadah umrah Nana dipermudahkan Dalam pada artikel ini ditulis penyanyi jelita dan berbakat, Siti Nordiana atau lebih mesra di sapa Nana kini telah berangkat ke tanah suci bersama anak lelakinya Mohd Rayyan Nakhaie dan mengerjakan ibadah umrah. Menerusi muatnaik Nana di Instagram nya semalam, penyanyi ini berkongsi berita keberangkatannya ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Mohon Doa Dapat Umrah Yang Mabrur: Pelatun lagu Angkara ini memohon agar orang ramai mendoakan diri dan anaknya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan urusan ketika di sana. Dalam pada masa yang sama, Nana juga memohon maaf jika ada melakukan silapan kepada sesiapa.“Bismillahirrahmanirrahim, InsyaAllah Nana dan Rayyan akan berangkat mengerjakan Umrah, Doakan kami mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segalanya, Ampun maaf kalau ada salah dan silap dari kami” tulisnya. Rakan artis dan peminat titip doa. Muatnaik penyanyi tersebut mendapat banyak respon dan komen dari rakan artis, kenalan rapat dan peminatnya, rata-rata mereka mendoakan agar urusan ibadah umrah selebriti tersebut dipermudahkan urusan sepanjang menunaikan umrah.

Ini apa yang dititipkan oleh rakan artis “Semoga dipermudahkan” ucap Tomok. “Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan dan beroleh kemanisan suci” kata Fedtri Yahya. “Semoga Allah permudahkan segalanya.. Yang baik-baik semoga semuanya mudah @sitinordiana” komen Shuib. “Jaga diri kak Nana”. “Amin amin. Moga Allah permudahkan segala urusan ibadah umrah kak Nana dan Rayyan. Moga mendapat umrah mabrur amin”. “Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimudahkan urusan untuk beribadah” komen peminat. Semoga Siti Nordiana dan Rayyan memperoleh ibadah umrah yang mabrur di tanah suci. Sumber: murai.my