Sebak semasa menyanyikan lima lagu bersama Raihan, Alif Satar luah rindu kenangan waktu kecil dahulu

Memang sudah kita ketahui penyanyi Alif Satar dan kumpulannya The Locos bersama-sama kumpulan nasyid legendaris tanah air, Raihan kini kembali mengimarahkan bulan suci Ramadan. Pernah bekerjasama merakamkan lagu ‘Sesungguhnya’ dan ‘Damba Cintamu’, kali ini tampil dengan sebuah EP khas berjudul ‘The Sunnah The Better’. Alif Satar rasa sangat sebak, ketika ditemui OhBulan!, Alif, 32, menyatakan dia ada menitiskan air mata sebak kerana tidak menyangka dapat merakamkan lagu bersama kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa. Berkongsi cerita ketika proses menyanyikan semula lagu-lagu popular Raihan, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar berkata dia terpaksa meminta pihak produksi untuk berhenti seketika sesi rakaman bagi menenangkan dirinya.

Lagu-lagu Raihan amat penuh kesedaran.. saya terkenang zaman kanak-kanak dahulu. Ketika saya ikut ibu bapa untuk tinggal di luar negara, mereka bawa dua CD dan salah satunya adalah album Raihan. Lagu-lagu mereka ada aura tersendiri dan alunan muzik boleh menyentuh jiwa pendengar. Saya rasa sangat sebak ketika merakamkan semula lagu mereka sehingga minta produksi untuk berhenti seketika kerana tidak boleh menahan emosi. Tambah pengacara program Muzik-Muzik, Raihan adalah artis yang membuatkan dia berasa gementar setiap kali ingin membuat persembahan. Saya dah biasa membuat persembahan dengan rakan artis lain. Namun, hanya dua penyanyi sahaja yang akan buat saya gementar iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Raihan.

Senang bekerja dengan Alif

Sementara itu, Raihan akui tidak menyangka mendapat sambutan luar jangkaan daripada penggemar muzik selepas bekerjasama dengan Alif dan The Locus. Kata wakil ahli Raihan iaitu Che Am, tidak ada perkara rumit yang terjadi kerana sangat senang bekerja dengan Alif. Kerjasama dengan Alif bermula apabila kami sama-sama membuat persembahan untuk sebuah stesen televisyen ketika itu. Bermula dengan cakap-cakap kosong di belakang pentas akhirnya kami rekod lagu bersama dan tidak sangka ia mendapat sambutan. Alif Satar & The Locos bersama Raihan telah merakamkan lima buah lagu iaitu Bismillah, 25 Rasul, Pujian-Pujian & Syukur (medley), Assolatuwassalam dan Rayuan Rindu. Kesemua MV RP ini boleh ditonton berperingkat secara eksklusif di saluran Youtube Alif Satar bermula 3 April (semalam). Lagu-lagu ini boleh dimuat turun di iTunes dan boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer dan juga Youtube Music bermula 1 April. Sumber, oh bulan