Tak kisah duduk di bazar berniaga, Kini Hazama dan isteri berniaga Asam Laksa di Bazar

Penyanyi Hazama dan isterinya, Genervie Kam mengambil inisiatif untuk meneruskan perniagaan Asam Laksa yang dijalankan sejak Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Menurut Hazama, tidak ada apa yang perlu dimalukan dalam usaha mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.“Alhamdulillah, sejak masuk fasa endemik ini kerja dah ada cuma masa PKP dulu kita cuba meniaga dan sambutannya agak baik.“Sayang pula kalau nak berhenti jadi kita teruskan. Sekurang-kurannya adalah juga pendapatan sampingan.“Saya tidak kisah duduk di bazar sebab sebelum ini kehidupan saya bermula daripada situ.“Saya pun memang dah ada pengalaman bekerja di bazar sebelum bergelar artis. Jadi saya tidak berasa segan untuk berada di tempat asal saya kembali,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai perniagaannya, Hazama menyatakan ada menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran. “Saya teringin nak buka restoran tapi buat masa ini tak boleh nak fokus lagi tetapi adalah ke arah itu. Cuma kekangan dari modal, kalau ada Insya-Allah.“Perniagaan keluarga, kita cuba perlahan-lahan mana tahu ada rezeki nanti dapatlah buka restoran,” ujarnya.Tambah Hazama lagi, dia tidak melihat usaha perniagaan dalam bidang makanan ini sebagai sesuatu yang sia-sia tetapi sebaliknya. “Sebenarnya ini perniagaan isteri saya dan ini kali pertama jual di bazar sebab itu dia bersungguh, saya dah melalui pengalaman ini, jadi saya beri galakan pada dia. “Kalau tak ada aktiviti seni saya akan tolong dia sebab seronok juga dapat pengalaman beramah mesra dengan pengunjung di bazar. “Pada saya ini bukan satu benda sia-sia sebaliknya sesuatu yang bagus dan sebagai seorang suami, selagi perkara itu isteri saya minat atau suka saya akan beri sokongan asalkan tidak menyalahi mana-mana etika,” jelasnya. Hazama dan isterinya sudah pun memulakan perniagaan mereka di bazar yang terletak di Gamuda Cove, Dengkil, sejak 14 April sehingga 27 April kelak. Sumber, gempak