Tak perlu lagi sampai cucuk botoks dan makan pil, Ini cara berhasil kembalikan keremajaan kulit wajah

Tahukah anda terdapat pelbagai punca wajah seseorang kelihatan cepat tua. Terdapat beberapa kebiasaan yang boleh membuatkan wajah seseorang kelihatan lebih tua sebelum usia. Namun masih belum terlambat untuk mengatasinya agar kulit wajah lebih berseri, sihat dan awet muda. Mens Health melaporkan ramai yang mengambil pelbagai produk atau suntikan botoks dan vitamin C untuk mencantikkan kulit namun ada cara lebih selamat melakukannya. Pakar kesihatan, Dr Myles Spar menjelaskan bahawa proses melambatkan penuaan boleh dilakukan sendiri tanpa mengeluarkan kos tinggi selain mengubah gaya hidup. Berikut adalah beberapa tabiat yang membuatkan wajah seseorang lebih tua berbanding usia sebenar.

Tidak menggunakan sunblock

Paparan sinaran UV boleh menyebabkan radikal bebas menyerang dan merosakkan kolagen pada wajah hingga menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat.Selain menyebabkan wajah mudah berkedut serta kemunculan bintik hitam, kesan radikal itu juga akan mengembangkan risiko kanser kulit.Kolagen dan elastin adalah protein daripada tubuh manusia yang berperanan menjaga kulit agar tetap menegang. Kajian menunjukkan penggunaan sunblock dengan SPF30 selama 12 minggu sudah cukup untuk mengembalikan kesegaran wajah.

Kurang tidur

Kurang tidur dapat membuatkan wajah nampak lebih tua kerana sel-sel kulit berfungsi untuk bekerja pada waktu malam bagi memperbaiki kerosakan yang berlaku pada waktu siang. Apabila kurang tidur, proses itu tidak dapat berlaku dengan baik dan kulit akan kelihatan tidak segar dan wajah nampak lebih tua. Kurang makan buah dan sayur, buah dan sayur mengandungi banyak nutrisi penting dan kurang pengambilan dua makanan itu akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat. Kita disarankan setidak-tidaknya makan dua jenis buah setiap hari kerana ia juga berfungsi sebagai pendinding diri bagi menghalang pelbagai sakit.

Gula berlebihan

Pengambilan gula berlebihan bukan sahaja menyebabkan diabetes tetapi boleh membuatkan wajah cepat tua. Gula berlebihan dapat memicu keradangan dan meningkatkan kadar gula dalam darah. Salah satu kesannya akan menyebabkan jerawat. Jerawat mungkin dilihat sebagai masalah kecil tetapi sebenarnya ia boleh meninggalkan parut kekal disebabkan kolagen pada wajah yang sudah rosak. Apabila itu berlaku, kolagen kulit menjadi keras dan kurang fleksibel dan menyebabkan wajah cepat tua.

Kurang minum air putih

Kurang minum air putih boleh membuatkan tubuh mudah mengalami dehidrasi dan memberi kesan kepada kulit. Apabila tubuh mengalami dehidrasi, tubuh akan menarik air daripada kulit untuk menjaga kestabilan dalam darah. Itu boleh menyebabkan mata kelihatan cengkung, kulit kering dan wajah nampak lebih tua.