Umum lagi sudah kita ketahui mengajak ahli keluarga terutama kanak-kanak ke masjid atau surau sering dianggap menyusahkan bagi segelintir masyarakat, tapi lain pula di Turki di mana mereka berusaha mencari idea untuk memeriahkan masjid dengan kedatangan kanak-kanak. Warganet berharap banyak masjid di Malaysia dan Indonesia dapat ikut cara seperti di Turki
Kunci Rahsia Tarik Kanak-Kanak Minat Ke Masjid
Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Azwir Nazal, bagi menarik minat kanak-kanak untuk lebih bersemangat dan rajin beribadah ke masjid, imam masjid di Turki mengajak kanak-kanak bermain selepas selesai solat tarawih. Selain itu, beberapa masjid baru siap di bina di Turki mempunyai ruang khas sebagai tempat bermain di dalam masjid yang dibina. Dengan adanya tempat seperti ini, kanak-kanak akan berminat untuk datang ke masjid setiap hari disamping memupuk minat beribadah. “Di Turki setelah tarawih anak-anak di ajak main sama Imam nya. Supaya mereka senang ke masjid. Malahan beberapa masjid baru di Turki seperti masjid Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga.
Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan diluar masjid seperti taman-taman. Masjid menjadi pusat orang berbahagia. Orang nampaknya menyakini apa yang dititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan Al-Fateh bahwa, “Khawatir lah oleh mu bila masjid-masjid mu sudah tak lagi kedengaran suara anak kecil” tulisnya
Warganet Kagum Dengan Pendekatan Diambil Turki
Melihat perkongsian di laman Facebook itu, ramai pengguna media sosial dari Malaysia dan Indonesia memberi komen dan pandangan masing-masing dan rata-rata mereka berharap agar banyak masjid-masjid di Malaysia dan Indonesia dapat mengikuti cara seperti di Turki. “Imam di Turki faham dan tahu cara memahami anak-anak” . Kata mereka lagi “MasyaAllah mempersiapkan generasi yang Islami. Semoga anak-anak yang lain pun ikut senang ke masjid” ,“Sangat menarik dan bermanfaat”, “Masyaa Allah, patut di contoh untuk masjid yang ada di Indonesia” komen mereka, “Bagusnya di Turki. Alangkah bagus kalau Malaysia pun macam ni”. “Inilah lumrah kehidupan kanak-kanak yang ibu bapa kena fahamkan. Bermain itu adalah naluri dan lumrah mereka. Jangan halangi sifat mereka.
Hampiri mereka, main bersama mereka. InsyaAllah mereka akan membesar dengan baik”,“Bagus begini jadi kita yang ada anak nak sembahyang terawih pun boleh bawa”, “Moga menjadi ikutan di bumi Malaysia tercinta.. Inshaallah”, “Best kan.. Kalau macam ni hari-hari aku bawa anak aku..” kata mereka. Bagus cara pendekatan yang dilakukan Turki bagi memupuk rasa cinta kanak-kanak ke masjid dari awal, di Malaysia juga patut contohi seperti ini. Sumber, murai