Mahu cari kerja tapi kehilangan Sijil Pelajaran Malaysia. Ketahui lang mudah mendapatkannya

Tahukah anda untuk memohon pekerjaan, kebiasaannya majikan akan meminta sijil-sijil berkaitan dengan latar belakang pelajaran orang yang memohon. Antara dokumen yang akan diperiksa adalah salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, bagaimana pula jika sijil SPM kita sudah lama hilang? Nak cari, memang susah nak jumpa. Nak buat baharu di pejabat kerajaan, prosesnya terlalu lama dan memakan masa. Rupanya boleh mohon secara atas talian, untuk pengetahuan anda, sbeenarnya sijil peperiksaan boleh dimohon secara atas talian tanpa perlu beratur secara fizikal di pejabat kerajaan. Lebih mudah dan menjimatkan masa! Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

1. Pergi ke laman web seperti yang tertera

elp.moe.gov.my/auth/login

2. Daftar dengan menggunakan e-mel

3. Daftar masuk dan tekan ‘Salinan Keputusan’

4. Pada bahagian ‘Salinan Keputusan’, tekan simbol ‘+’

5. Pilih keputusan peperiksaan yang anda mahu mohon

6. Pilih untuk ambil sendiri atau melalui penghantaran

Untuk rekod, bayaran akan dikenakan ke atas servis ini dan ia tidak termasuk dengan caj penghantaran. Selamat mencuba. Sumber, lobak merah

Pelajar bukan calon SPM pulang bercuti, tidak dibenar balik ke asrama. Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan bahawa pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina, tidak dibenarkan pulang ke asrama sebaliknya melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Menterinya Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, keputusan itu, bagi memastikan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, berada dalam keadaan terlindung daripada jangkitan Covid-19. “Kita akan terus memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama khususnya, dapat dipertingkatkan. KPM juga telah meningkatkan pemantauan di sekolah di bawah KPM, bagi memastikan segala SOP dapat dipatuhi dan dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan isu berkaitan peningkatan kes Covid-19 dalam sektor pendidikan, di mana sebanyak 118,238 jumlah kumulatif kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 1 Januari hingga 1 Februari tahun ini. Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 8,451 kes (7.15 peratus) adalah kes berkaitan kluster pendidikan, manakala selebihnya iaitu 109,787 (92.85 peratus) membabitkan lain-lain kluster. “Secara keseluruhan terdapat 303 kluster di seluruh negara dalam (1 Januari hingga 1 Februari), daripada jumlah kluster ini, 100 kluster atau 33 peratus, membabitkan institusi pendidikan di bawah KPM manakala, 86 kluster atau 28.38 peratus membabitkan institusi bukan bawah KPM. “100 kluster di bawah institusi bawah KPM tadi, membabitkan keseluruhannya 5,494 kes, dan daripada 100 kluster ini, 96 kluster membabitkan institusi bawah KPM manakala empat kluster adalah institusi swasta yang berdaftar bawah KPM,” katanya.

Menurutnya, daripada 96 kluster yang membabitkan institusi di bawah KPM, sebanyak 84 kluster membabitkan institusi berasrama, terdiri daripada 76 kluster daripada asrama harian dan lapan kluster daripada institusi berasrama sepenuhnya. “Jika kita ambil kira keseluruhan institusi berasrama di bawah KPM, iaitu 1,918 buah institusi, 84 kluster ini adalah bersamaan 4.38 peratus daripada keseluruhan institusi berasrama di bawah KPM,” katanya. Selain itu, beliau berkata bagi institusi bukan berasrama, terdapat 12 kluster direkodkan membabitkan dua kluster sekolah menengah dan 10 kluster daripada sekolah rendah. “Jika dilihat 12 kluster ini dan bandingkan dengan keseluruhan 8,356 institusi bukan berasrama di bawah KPM, kita dapati bahawa jumlah 12 kluster ini adalah bersamaan dengan 0.14 peratus daripada keseluruhan,” katanya. Sumber, harian metro