SELEPAS membawa pulang beberapa trofi dalam Anugerah Juara Lagu, nama penyanyi Aina Abdul dilihat semakin kukuh dalam industri muzik tanah air. Namun di sebalik kejayaan itu, timbul pula cakap-cakap mendakwa kononnya Aina kini mula demand mengenai soal bayaran termasuklah harga tiket konsertnya yang akan berlangsung bulan depan. Menjawab mengenai perkara itu, Aina berkata dia meletakkan harga itu bukanlah disebabkan populariti yang diraih. Sebaliknya memikirkan tentang nasib staf dan kru yang berkerja di bawah Aina Abdul Entertainment. “Bukan sebab saya dah lama dalam industri saya letak harga yang tinggi. Saya masih sama. “Cuma bezanya sekarang ni saya ada ramai staf untuk bekerjasama dan bekerja. Mereka memerlukan duit. Itulah kenyatannya. “Bukan la up tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. Bila kita letak harga sedemikian kita kena beri lebih dalam semua aspek,” katanya kepada mStar.
Ramai Yang Pertikaikan Bila Harga Tiket Mahal, Tak Boleh Beridam Sekali Tuan Badan Tampil Bagi Respon Macam Ni. Peminat hiburan tanah air terkejut apabila mendapati harga tiket konsert A Night with Aina Abdul di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Jun depan laku keras walaupun mencecah sehingga RM 1,199 sekeping. Harga tiket itu menjadi perdebatan dalam kalangan warganet selepas ia tular di medial sosial yang menunjukkan harga-harga tiket mengikut kelas. Tiket konsert pada 25 dan 26 Jun depan itu berharga antara RM 109 102 tempat duduk hingga RM 1199 21 tempat duduk. Perbezaan harga telah menyebabkan beberapa warganet meluahkan kekecewaan mereka di Twitter. Lagu dah banyak macam Datuk Siti ke sampai letak harga tiket begitu, luah AdikManja97.
Aina Abdul siapa kamu? Tiket Yuna di Istana Budaya lebih murah, komen Hiatus. Walaupun begitu, ada juga warganet yang sokong dan faham mengapa harga tiket konsert itu berharga sedemikian. Teknik vokal yang dimiliki Aina adalah luar biasa, hinggakan Datuk Siti juga membuat lagu untuk Aina, jadi berbaloi untuk harga yang begitu, kata encahtressfish. Dengan bakat yang dimiliki Aina, harga itu tidak patut dipersoalkan, ujar Syafiqihkmal. Tiket konsert Justin Bieber pun tak semahal ini. Itu antara komen warganet mengenai harga tiket konsert A Night with Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Jun depan.
Aina ketika dihubungi berkata, tiket untuk kedua-dua malam pada konsert itu sudah terjual lebih 80 peratus. Alhamdulillah, tiket untuk kedua-dua malam konsert A NightWith Aina Abdul 2.0 Live at Istana Budaya pada Jun ini sudah 80 peratus terjual. Terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya. Apa boleh dikatakan, saya sedia untuk menjanjikan yang terbaik. Mereka yang hadir pada persembahan saya sebelum ini atau showcase 1.0 tahun lalu mesti tahu yang saya tak main-main dalam mengadakan persembahan, saya berikan 300 peratus. Sebagai seorang penyanyi yang menguruskan karier seni sendiri, menjadi impian besar saya untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak menoleh ke belakang, katanya.
Berkongsi lanjut mengenai konsert itu, Aina berkata persembahannya bakal diiringi barisan pemuzik profesional. Komposer dan penerbit muzik tersohor, Mac Chew dan Jenny Chin bakal memimpin konsert saya di samping nama-nama besar lain seperti Jamie Wilson, Wan Gigi, Andy Peterson, John Thomas, Pa’ang, Jae Sern dan ramai lagi. Saya juga bakal membuat persembahan dengan 15 strings, lima hornsection dan 7pieces band serta sistem audio terbaik. Busana, solekan, penata gaya, rekaan pentas, LED. Semuanya saya berikan yang terbaik. Biarpun berhadapan dengan cabaran seperti prosedur operasi standard SOP penjarakan sosial di konsert yang hanya boleh memuatkan 75 peratus kapasiti penonton sahaja serta masih belum dapat bertemu dengan mana-mana penaja, saya ambil risiko besar untuk merealisasikan cita-cita ini, katanya. Kredit, HM/IG