Bukan kelulusan biasa biasa, Rupanya ini ijazah yang dipegang anak perempuan Datuk Seri Najib

Umum sudah kita ketahui dengan bekas perdana menteri kita ini. Rupanya anak perempuan Dato Seri Najib Razak ini ialah seorang yang bijak dan berjiwa penyayang! Itu sikap bagi menggambarkan peribadi anak perempuan bekas Perdana Menteri ini. Walau berstatus seorang ibu tapi ia sama sekali tak menjadi halangan buat Nooryana Mohammad Najib atau mesra disapa Yana Najib ini untuk menuntut ilmu. Buktinya, ketika anak sulungnya iaitu Adam Razak baru berusia tiga tahun Yana berjaya menggenggam Ijazah dari Harvard University! Bukan calang-calang.

Yang pasti nama Nooryana mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, tentu mengenali personaliti berkenaan. Yana kini merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan anak kepada Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Meniti usia 33 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu kepada pasangan pemimpin negara ini.

Selamat melahirkan anak keduanya yang diberi nama Aidan Najib Daniyar pada 1 November tahun lalu, Yana yang menetap di Singapura ketika ini sempat berkongsi foto Aidilfitri di samping keluarga dan anak-anak buat tatapan followers kesayangan. Kongsinya, “A little late to the Raya party but finally we got there. Sorry, Singapore tak boleh handle last minute kecoh. This Ramadan was all about being grateful. I cannot thank Allah enough for my partner for life, our precious boys, our families as well as our nannies, aunties who make our household tick. Selamat Hari Raya and Eid Mubarak to all. Maaf Zahir Batin.”

Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga. Pendek kata, media sosial milik Yana sarat dengan gambar dirinya bersama suami dan anak termasuklah kedua-dua ibu bapa tersayang. Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah. Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.

Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan kira-kira dua tahun lepas iaitu pada tanggal 31 Mei dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University! Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan dua anak lelaki iaitu Adam Razak yang meniti usia lima tahun dan Aidan Najib, enam bulan.

Walau berpendidikan tinggi, Yana tidak lupa untuk meraikan insan memerlukan terutamanya kanak-kanak. Ketika negara dilanda pandemik Covid-19, dia dan Datin Seri Rosmah menghulurkan bantuan berupa makanan kepada para frontliners. Tidak cukup itu Yana dan abangnya, Riza turut pernah menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke restoran makanan segera di samping menonton wayang bersama anak-anak istimewa tersebut. Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini. Sumber, nona