Ketahui rahsia cantik Bella Hadid, Rupanya ini rutin harian supermodel dunia ini

Bella Hadid bukan calang-calang model. Namanya dikenali sebagai salah seorang supermodel paling terkenal bersama kakaknya, Gigi Hadid. Di usia 20 tahun Bella sudah pun bergelar model jenama terkemuka iaitu Chanel, Oscar de la Renta dan Balmain. Bella juga merupakan wajah rasmi bagi iklan-iklan Christian Dior. Sebagai public figure dan tuntutan karier, Bella ‘wajib’ menjaga kecantikannya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. NONA dedahkan rahsia cantik supermodel yang nama sebenarnya Isabella Khair Hadid.

SERUM ATAU FACIAL OIL

Bella mengakui, dia mula belajar menjaga kulit dengan baik daripada ibunya yang merupakan supermodel senior serta sosialit, Yolanda Hadid. Menurut Bella, ibunya tidak banyak mengajar tentang solekan sebaliknya sering mengingatkan Bella agar menjaga kulit terlebih dulu kemudian barulah solekan. Maka, Bella memegang pesanan ibunya itu sehingga kini dan konsisten dengan rutin penjagaan kulit. Bella memastikan wajahnya sentiasa disapu dengan serum atau facial oil sebelum mengenakan solekan. Cara ini membantu kulit sentiasa lembap, sihat dan terlindung daripada kerosakan.

CUCI MUKA & SAPU PELEMBAP SEBELUM TIDUR

Menurut Bella, sebelum ini dia hanya mencuci muka pada waktu malam dan tidak memakai sebarang produk kecantikan selepas itu. Tetapi kini jika dia tidur tanpa pelembap, mukanya akan terasa kering dan ketat. Mencuci muka sebelum tidur adalah rutin kecantikan yang betul kerana ia perlu dibersihkan dari kotoran, minyak, dan sisa solekan agar pori-pori tidak tersumbat. Manakala fungsi pelembap untuk menyuburkan kulit pada waktu terbaik iaitu ketika tidur. Untuk tujuan ini, sleeping mask atau krim malam amat penting.

MINUM AIR

Cecair badan yang mencukupi adalah penting dalam penjagaan kecantikan. Jika kulit dan badan terhidrat dengan betul, maka nutrien dalam produk penjagaan kecantikan dapat diserap dengan baik oleh kulit. Facial mask, kata Bella dia tidak melakukan sebarang rawatan muka. Pun begitu, Bella suka memanjakan dirinya dengan masker. Rawatan ini dilakukan pada masa lapang termasuk di dalam kapal terbang, atau sebelum pertunjukan fesyen. Cara ini akan menjadikan kulit terasa tegang, lebih lembap dan serasi dengan solekan.

CONCEALER & BRONZER

Selalunya Bella menggunakan concealer di bawah mata, dagu dan sekitar hidung, diikuti dengan bronzer. Info menarik tentang Bella, dia sebenarnya sangat sukakan jeragat semulajadi di wajahnya dan tidak akan menutup ciri-ciri tersebut dengan solekan. Untuk penampilan yang lebih elegan, Bella biasanya mengenakan solekan ‘cat eyes’ menggunakan celak hitam, coklat atau biru tua. Sumber, nona