Lepas kesoh hal anak, Kini Kazar pula mahu perhatian dari Rita Rudaini

Pelakon tanah air Kazar Saisi sememangnya dikenali gemar memuatnaik foto-foto beserta kapsyen yang kelakar. Kazar juga sering menyunting fotonya bersama artis antarabangsa, Jennifer Lopez dengan kapsyen-kapsyen mencuit hati sebelum ini. Terdahulu, pelakon jelita Rita Rudaini memuatnaik kapsyen perbualannya bersama anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin yang mahukan bakal ayah yang merupakan seorang pemain bola sepak telah menarik perhatian Kazar serta pengikutnya. “Perbualan malam tadi semasa dalam perjalanan balik dari penggambaran drama. Ryan: Mommy carilah daddy baru. Mommy: Kenapa pula tiba-tiba suruh Mommy cari daddy? Ryan: Ryan nak dia ajar main bola. Mommy: Macam mana kalau daddy baru tu tak pandai main bola? Ryan: Mommy carilah footballer, Mommy: (krik,krik)” tulisnya di Instagram.

Beberapa hari kemudian, Kazar telah memuatnaik foto memakai jersi pemian bola sepak dan menyuruh pengikutnya menunjukkan foto itu kepada Rita. Foto tersebut telah menarik perhatian pelakon jelita itu dan Rita dilihat telah memberi respons terhadap perkongsian yang dibuat oleh Kazar. Instagram Rita juga dibanjiri komen-komen daripada pengikutnya yang turut berasa lucu dengan foto dan kapsyen yang dimuatnaik. Respon yang dibuat oleh Rita telah meraih lebih 25,000 tanda suka daripada pengikutnya. Kazar tidak pernah menghampakan pengikutnya dengan memuatnaik foto dan kapsyen yang menghiburkan hati sesiapa saja yang membacanya.

Rita sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan dikurniakan dua oranh cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 namun berpisah dengan talak satu pada 4 Ogos 2013. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Instagram Kazar, Rita rudaini

Nekad Untuk Ambil 2 Orang Peguam, Tak Sangka Selamba Je Ini Respon Dari Ira Kazar

Kontroversi melibatkan pelakon terkenal, Puteri Sarah Megat Kamaruddin melibatkan rumah tangganya yang dikatakan diganggu pihak ketiga menjadi perbualan ramai sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Hal tersebut berlaku setelah pelakon berkenaan mendedahkan nama anak kepada aktor senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang dikatakan cuba mengganggu suaminya serta memberikan pelbagai ugtn menerusi media sosial sejak 4 tahun lepas. Guna khidmat 2 peguam. Perkara itu dipanaskan lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas rakan kepada Ira yang mendakwa perangai selebriti muda itu memang tidak pernah berubah dan kini Puteri Sarah pula menjadi sasaran ‘kelicikan’ dalam mengejar lelaki.

Disebabkan tidak tahan dengan segala gangguan sehingga mengakibatkan rumah tangganya berada di hujung tanduk, Puteri Sarah dilihat bakal mengambil tindakan apabila memaklumkan menerusi Insta Story akan menggunakan khidmat dua orang peguam bagi berhadapan dengan perempuan tersebut. “Sembang macam pandai” ‘Kita pakai 2 lawyer lah. Ke pakai 10 lawyer mcm Siti Bainun. Cacing halus macam ni, dua pun cukuplah”-Puteri Sarah “OK next! Kita pakai dua lawyer lah. Ke pakai 10 lawyer macam Siti Bainun. Small worm like this 2 pun cukuplah,” “Ss I dapat sembang macam pandai. You do not know the real world sweety. Jangan nanti kena isytihar bankrup tinggal bawa jambatan,” tulisnya.

Terdahulu, Puteri Sarah telah mendedahkan yang Ira Kaza telah menganggunya dengan membuat pelbagai akaun palsu di media sosial dan meninggalkam mesej-mesej yang menyakitkan hati. Dia juga mendakwa wanita itu seperti tidak tahu malu kerana mengacau suami orang sedangkan sudah mempunyai kekasih hati. Sekadar info, sekitar Februari lalu, Sarah mendedahkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu selepas lama memendam rasa dan bersabar. Sarah bagaimanapun enggan mendedahkan indentiti individu dan punca tindakan serius tersebut terpaksa diambil. “Akhirnya, nak sangat saman orang yang saya dah lama nak saman. Ya jumpa kau di mahkamah,” tulisnya.

Mesti anda tertanya-tanya, siapa Ira Kazar? Gadis cantik ini adalah anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar. Siapa sangka pelakon lagenda, Kazar Saisi mempunyai seorang anak gadis yang begitu cantik sekali. Gaya fesyen dan penampilannya dikatakan mirip Avril Lavigne membuatkan dia juga punya peminatnya sendiri. Tidak hairanlah menjadi tumpuan, apatah lagi daripada sang jejaka. Tidak kurang juga dengan pelbagai kontroversi yang dicetuskan membuatkannya seringkali tular di laman sosial dan menjadi perhatian serta bualan warganet. Jika anda masih ingat, sebelum ini Ira pernah menjadi bualan sensasi di media sosial gara-gara aksi geleknya yang menjolok mata berlatarkan lagu One Dance nyanyian Drake. Kerana video kontroversi selama 30 saat itu menjadikan carian namanya “Ira Kaza” trending di laman mikro Twitter.

Kini, kontroversi sekali lagi tercetus disebabkan Puteri Sarah dengan sebuah posting di instagram “Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah” Kepada anda yang tertanya-tanya siapakan beliau, berikut kami kongsikan biodata ringkas dan imej terkini. Ira Kaza atau nama penuhnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, berumur 27 tahun (2022). Asal Kampar, Perak. Merupakan nak ke-4 dari 5 beradik. (Melor Hariante, Yasmin Mariante, Elya Amirul Naim, Faghirah Fatini dan Adam Amirul Latiff). Sebelum ini, kisah rumah tangga Puteri Sarah itu didakwa dilanda badai sehingga mereka sudah lama tidak tinggal sebumbung. Malah, Puteri Sarah juga mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin. Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. Sumber, omm