Pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa mendedahkan dia mula jatuh cinta terhadap suaminya, Haris Mohd Ismail ketika menjadi imam Solat Tarawih di rumah keluarganya pada dua tahun yang lalu (2020). Pendedahan ini dibuat sendiri oleh pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menerusi sebuah program, MeleTOP. Ujar Neelofa, PU Riz ketika itu menjadi orang terakhir dipanggil selepas beberapa nama lain yang tidak berkelapangan. Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.
Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta. Bukan itu sahaja, PU Riz dilihat tersipu-sipu malu dan beberapa kali mencelah ketika isteri tersayang memperincikan momen manis itu. Kata PU Riz “Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai”. Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 bulan
Bersyukur Dapat Merasai Nikmat Bergelar Ibu, Neelofa Bahagia Dengan Kehadiran Bilal Sebagai Pelengkap Hidupnyan. Memang tak asing lagi kita dengan selebriti terkenal ini. Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 8 Mei, selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk merasai nikmat bergelar ibu. Menurut pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor ini, bergelar ibu merupakan perkara yang melengkapi kehidupannya. “Terima kasi kepada my sweet, sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Perkara yang terbaik dan melengkapkan di dalam dunia ini,” tulisnya. Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu menerusi sebuat ciapan yang dimuat naik di Twitter pada Ahad.
Malah, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz ini juga turut merakam ucapan penghargaan buat anak lelakinya, Bilal kerana telah merialisasikan impiannya untuk bergelar ibu. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan Hari Ibu buat Neelofa. Antara komen dari warganet “Happy mother’s day to you doakan saya pun dapat merasa jadi ibu one day. Masih menanti zuriat. “Masih tak percaya yang Neelofa sekarang seorang ibu. “Seronok untuk awak Lofa sayang. “Si Kecil Bilal. Tak sabar nak tengok awak membesar. “Berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bagi saya kesempatan untuk merasa jadi seorang ibu.
My ultimate goal in this world is to be a mother. Hopefully can be fulfilled, InsyaAllah,” antara komen-komen warganet di Instagram. Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, Januari lalu. Bagaimanapun, sehingga kini kedua pasangan tersebut masih belum mendedahkan wajah anak mereka itu buat tatapan umum. Sumber, media hiburan