Sampai ada yang cakap iras Zahirah Mcwilson, Warganet puji kejelitaan anak Vanida Imran

Baru berusia 18 tahun, namun anak gadis pelakon Vanidah Imran ini mencuri tumpuan ramai. Maryam Rashika merupakan anak kedua Vanidah hasil perkahwinannya dengan pelakon Rashidi Ishak. Baru-baru ini Vanidah berkongsi foto bersama anak gadisnya ketika meraikan hari ibu untuk tatapan umum. Menerusi beberapa foto yang dimuatnaik, Vanidah mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia Ternyata dari gambar yang dipamerkan sudah cukup menunjukkan pasangan anak-beranak ini memang akrab. Bukan itu sahaja, di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Maryam dan mengaitkan wajah nya mirip dengan model Zahirah McWilson.

Namun apa yang pasti Maryam mewarisi kejelitaan ibunya, Susan yang merupaka naib juara Miss World Malaysia 1993 . Sekadar info, Vanidah berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Walau bagaimanapun, Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perc3raian pada 9 Ogos 2018. Sumber, murai

Dedikasi buat ayah

Proses pembelajaran tidak akan pernah berhenti tanpa mengenal berapa pun usia seseorang individu dan sejauh mana sekalipun pengalamannya dalam sesuatu bidang. Itulah yang dibuktikan oleh pelakon, Vanidah Imran, 48, yang menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama) selepas empat tahun bertungkus lumus. Dalam hantarannya di Instagram, Vanidah berkongsi perasaannya dan ucapan terima kasih kepada bapanya yang banyak berkorban serta menjadi pembakar semangat utamanya. “Ijazah ini saya dedikasikan kepada cinta pertama, penasihat dan pembakar semangat saya iaitu ayah, Imran Abdullah atau Indiran Koothayan,” tulisnya.

Dalam hantaran yang begitu menyentuh hati itu, Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 itu juga turut berkongsi mengenai perjalanan ayahnya menuntut ilmu sambil membesarkan anak-anak sebagai bapa tunggal. “Bapa saya meneruskan pengajian ijazah ketika arwah mak jatuh sakit dan disahkan menghidap kanser. Ketika ibu meninggal dunia, saya berusia tiga tahun manakala adik saya baru sahaja berusia 10 bulan.”Bekerja dan menjaga kami adik beradik dengan bantuan arwah nenek, ayah saya juga perlu melalui detik penuh kesedihan atas pemergian mak sekaligus sangat terkesan sehingga terpaksa berhenti daripada meneruskan pengajiannya,” tulisnya.

Tambah Vanidah yang juga pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), doanya adalah supaya bapanya dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk bersamanya menjalani proses untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). “Abah saya menjadikan siapa saya sekarang adalah kerana kasih sayang yang tidak terhingga, segala restu, reda dan berkat doa buat saya. Terima kasih abah kerana menjadi tegas dalam menjaga maruah diri dan keluarga. “Semoga Allah SWT panjangkan umur dan berikan kesihatan yang baik untuk bersama-sama saya untuk perjalanan PhD. Insya-Allah. Amin, saya sayang abah,” tulisnya.

Vanidah juga juga turut berkongsi rasa sebagai ibu dengan dua cahaya matanya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika. “Kepada anak-anak, Mikail dan Maryam. Kejayaan dan kehidupan ini tak ada bermakna apa-apa sekiranya tanpa mereka di sisi. Kehidupan saya sentiasa akan sentiasa saya kongsikan untuk anak-anak. “Ibu mahu berikan kalian keyakinan untuk sentiasa tahu harga diri kita dan teruskan untuk mengejar impian. Ibu sayang kalian berdua,” tulisnya. Sebelum itu, Vanidah juga pernah melanjutkan pelajaran dan menerima ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Sumber, harian metro