Mahu rupa paras yang berbeza jika kembar, Fazura rancang mahu tambah cahaya mata lagi

Pelakon, Nur Fazura berkongsi mengenai perancangannya untuk menambah bilangan cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin. Fazura ketika ditemui berkata, anaknya, Nur Fatima Aisya juga kerap kali menunjukkan reaksi suka apabila menonton video berkaitan dengan bayi. “Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Fatima pun dah nak masuk dua tahun dan dia selalu menonton video yang berkaitan dengan bayi.

Katanya lagi “Jadi, saya tahu dia sangat sukakan bayi. Insya-Allah, sekarang saya masih lagi sibuk dengan urusan kerja. Jadi, penghujung tahun ini mungkin masa yang sesuai untuk kami mulakan usaha,” katanya kepada Harian Metro. Pada masa sama, dia juga mengakui berdoa agar dikurniakan tiga cahaya mata. “Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya nak anak lelaki. Tapi, pada masa sama, saya juga memohon dan berdoa semoga ada bayi nombor tiga pula sebab saya nak tiga anak.

Katanya lagi “Kalau kembar, saya lebih suka kalau mereka memiliki rupa paras yang berbeza dan bukan kembar seiras,” katanya. Terdahulu, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020. Sumber, harian metro

Bersyukur Bila Sering Dihargai Oleh Pasangan, Fazura Terharu Terima Kejutan Sejambak Bunga Dari Suami. Umum lagi kita ketahui dengan pasangan yang lengkap paras rupa ini. Fazura kongsi sesuatu di instagram, dia menerima kejutan berupa sejambak bunga daripada Fattah Amin, aktres terkenal tanah air, Nur Fazura, 38, meluahkan rasa senang dan terharu dengan pemberian suaminya itu sempena sambutan Hari Ibu semalam. Luahan itu dizahirkan oleh Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram malam tadi dengan memuat naik sebuah video ringkas di platform media sosial tersebut. “Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby. Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah,”katanya.

Selain itu, menerusi sekeping nota yang ditulis oleh Fattah kepada isterinya itu, tertera luahan pelakon drama Khilaf Asmara tersebut yang melayangkan ucapan terima kasih buat Fazura selama bergelar isteri dan juga ibu kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya. “Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima. Terima kasih mommy selalu jaga saya, jaga Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindunganNya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu. “Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,”katanya.

Perkongsian Fazura itu telah meraih banyak tanda suka daripada peminat dan pengikut dengan rata-ratanya warganet menyifatkan pasangan ini begitu manis dan bahagia sebagai suami isteri. Tidak cuma itu, ramai juga memuji Fattah yang disifatkan pandai menghargai isterinya. Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia setahun setengah. Sumber, utusan