Tular pasal tangan Ustaz Kazim Elias, tak boleh berdiam sekali individu ni tampil bongkarkan apa yang dia nampak masa mekap Ustaz

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya. Beliau dalam satu hantaran di media sosial hari ini memuat naik gambar sebelah tangannya yang ditumbuhi beberapa ketulan kecil warna hitam. Namun timbul pelbagai dakwaan yang kesan tersebut adalah hasil dari jurusolek utuk pengambaran filem. Dalam pada itu, seorang jurumekap kesan khas di kenali sebagai Fatimah Ishak tampil memberi penjelasan sebenar mengenai apa yang berlaku kepada DUKE. “sebelum aku memulakan kerja.. ustaz suruh aku duduk atas kerusi depan dia untuk dia bacakan ayat ayat doa dan hembuskan kat aku supaya aku selamat dan dilindungi Allah sepanjang penggambaran filem zim zim ala kazim..

dia risau aku takut..ustaz memang sakit..aku tengok sendiri keadaan kulit dia..cuma aku tambah lagi untuk menampakkan efek di dalam skrin..semoga ustaz sembuh dan boleh menjalani kehidupan normal macam orang lain.” Sebelum ini Rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati terhadap keadaan Ustaz Kazim dan mendoakan semoga penyakit dialaminya cepat sembuh. Tidak kurang juga warganet yang berpendapat Ustaz Kazim sekali lagi menjadi sasaran sihir seperti dialaminya pada tahun lalu yang menyebabkan kaki kirinya membengkak. Kosmo! Online pada 1 Oktober 2021 melaporkan Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat dipercayai terkena buatan orang. Beliau ketika itu mendakwa menemui kotak berisi abu dan gambarnya yang dibkr di pusat pengajiannya. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.