Mohon doakan yang terbaik untuk dirinya, Ziana Zain tidak melatah apabila ditanya soal jodoh

Siapa tak kenal dengan penyanyi terkenal Malaysia ini. Baru baru ini Ziana Zain tidak melatah ketika disoal mengenai jodoh, penyanyi bersuara lantang Ziana Zain sebaliknya akui dia kini lebih memikirkan tentang anak-anak dan kerjayanya sebagai penyanyi. Malah, setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain memohon doa agar diberikan yang terbaik. Katanya, “Carikanlah jodoh untuk kita, korang carikanlah. “Saya lebih tertumpu kepada kehidupan saya sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya. Apa yang terjadi di masa hadapan, kita tak tahu.

Menurut Ziana, dia enggan mengatakan hatinya sudah tertutup untuk mencari teman hidup atau sebaliknya kerana semuanya ketentuan Illahi. “Saya tak berani cakap tutup hati ke tak, sebab di masa hadapan kita tak tahu. “Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya. “Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Allahu a’lam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya.

Tambah Ziana, dia juga akui tidak pernah menerima mesej peminat yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya. Malah, dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan mesej atau komen yang dianggap mengarut. “Tak ada pun, benda-benda ini saya tak layan. Bila kita layan benda mengarut ini akan jadi berpanjangan jadi benda tak baik. “Baik-baik saja barulah saya reply,” katanya.

Ziana yang kini berusia 54 tahun itu ditemui ketika sidang media The Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini. Buat julung kalinya, gabungan dua adik-beradik itu dalam sebuah konsert yang akan diadakan di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 6 Ogos depan. Sekadar info, Ziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki serta seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun. Namun ikatan perkahwinan mereka berakhir apabila Ziana dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Sumber, gempak