Rozita Ibrahim perkenalkan teknik urutan tradisional kepada kaum wanita, Rupanya banyak kebaikan tanpa kita ketahui

Umum lagi kita ketahui dengan ibu kepada Usahawan Alif Syukri ini iaitu pengasas Jamu Ratu Malaya dan Rumah Hutan. Kalini, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai bonda Rozita kini di lihat sibuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang urutan tradisional di media sosialnya. Rozita percaya urutan tradisional yang digunakan Rumah Hutan dapat bantu kaum wanita yang alami masalah dalaman

Rumah Hutan Patuh Syariah

Rozita yang aktif dalam perniagaan Jamu Ratu Malaya ini di lihat memberi fokus pula dalam perusahaan pusat urutan tradisional yang diasaskannya dan dikenali sebagai Rumah Hutan. Kini Rozita banyak berkongsi tentang manfaat urutan tradisional di media sosialnya. Dalam video yang dimuatnaik, Rozita mendedahkan Rumah Hutan telah dibangunkan sejak empat tahun lalu dan memiliki staf urutan yang berpengalaman dan pakar dalam seni urutan tradisional badan dan patuh syariah.

Katanya lagi “Rumah Hutan dah lebih empat beroperasi untuk urutan tradisional. Kita ada wanita-wanita yang sangat pakar. Dekat sini bonda buat macam mana tau, bonda buat sangat bersistem syariah compliant. Wanita urut wanita. Lelaki urut lelaki.” Ujarnya

Rawatan Alternatif Tanpa Kos Mahal

Melihat penulisan Rozita pula, wanita ini mendedahkan beliau mengetahui tentang urutan tradisional ini menerusi arwah neneknya dan meneroka bidang tersebut kerana percaya ilmu urutan tradisional sangat bagus dan memberi banyak manfaat. Menurut Rozita lagi, urutan tradisional ini juga merupakan salah satu rawatan alternatif untuk wanita dan pasangan suami isteri tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal. “Saya tahu tentang urutan kerana arwah nenek rajin bercerita. Zaman dulu tentang bentan, keluar peranakan, pantang.

Saya teroka dan perhatikan pada badan saya dan kenalan yang merujuk pada saya. Masya Allah sangat bermanfaat ilmu ni. “Rawatan alternatif tanpa pembedahan dan kos yang mahal” Saya yakin teknik saya buat dalam urutan herba yang saya makan bagus untuk kesihatan saya, baru saya jual sebagai produk.” Dedahnya lagi.

Tukang Urut Mahir

Rozita juga mendedahkan bahawa tukang urut di Rumah Hutan sangat mahir dan pakar dalam mengenal saraf dan organ penting wanita, dan menawarkan pakej urutan istimewa buat kaum hawa yang mempunyai masalah dalaman. “Bukan senang nak jumpa tukang urut mahir macam ni.. !! Kepakaran mengenal saraf dan organ penting wanita, untuk masalah organ peranakan wanita, prolapse atau tombong. Nak hamil, urutan lepas bersalin.” Kongsinya. Ada yang dah cuba mengurut di Rumah Hutan bonda Rozita belum? kalau belum boleh lah cuba. Sumber, murai